PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Malaysia Tidak Boleh Putus Asa Perjuang Pembebasan Gaza

Go down

Malaysia Tidak Boleh Putus Asa Perjuang Pembebasan Gaza Empty Malaysia Tidak Boleh Putus Asa Perjuang Pembebasan Gaza

Post  xiaowen_U6B Mon Aug 02, 2010 10:39 pm

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Malaysia tidak boleh berputus asa dalam usahanya memperjuangkan pembebasan rakyat Palestin di Gaza daripada pendudukan Israel walaupun menghadapi cabaran hebat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, perjuangan rakyat Palestin adalah perjuangan kita semua.

Muhyiddin berkata, peristiwa serangan ke atas kapal Mavi Marmara baru-baru ini telah membuka mata masyarakat dunia terhadap kekejaman melampau rejim zionis Israel.

Masyarakat antarabangsa telah bangkit bersuara mendesak agar kekejaman tentera rejim itu dihentikan segera, katanya.

"Malaysia juga tidak terkecuali menzahirkan kutukan keras terhadap kekejaman tentera rejim zionis Israel melalui satu usul yang telah diluluskan di Parlimen baru-baru ini.

"Kerajaan Malaysia sedang mengambil langkah-langkah perlu untuk membawa mereka yang bertanggungjawab dalam serangan ke atas kapal Mavi Marmara ke muka pengadilan dan mendesak rejim zionis Israel membuka kepungan ke atas Gaza," katanya.

Muhyiddin berucap pada Majlis Deklamasi Puisi Riong ABIM-Berita Harian dan Pelancaran Tabung Pendidikan dan Kemanusiaan Palestin ABIM di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) di sini malam Isnin.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menyeru umat Islam supaya bersatu hati dan berpadu suara memperjuangkan kebebasan bagi mereka yang tertindas.

Beliau berkata, trajedi yang melanda bumi Palestin adalah satu iktibar yang amat jelas tentang betapa perlu umat Islam bersatu untuk mempertahankan maruah ummah.

Dalam hal ini katanya, tidak ada ruang bagi perbezaan politik atau fahaman mazhab untuk menghalang umat Islam daripada memperjuangkan pembebasan rakyat Palestin secara bersama.

"Kealpaan umat Islam akan menyebabkan kita berpecah dan melupakan tali persaudaraan dan keimanan yang mengikat kesatuan hati kita.

"Tidak ada apa yang lebih penting daripada tali persaudaraan dan ikatan keimanan dalam Islam yang boleh menghalang kita daripada berjuang dalam satu saf yang teguh untuk mempertahankan kesucian Islam dan membela mereka yang tertindas," katanya.

Pada majlis tersebut Muhyiddin turut mendeklamasikan sebuah sajak bertajuk "Kita Hampakan Iktibar" serta menyerahkan sumbangan peribadi sebanyak RM10,000 kepada tabung yang baru dilancarkan itu.

-- BERNAMA

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum