PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Peniaga kedai runcit Kuala Terengganu jual gula RM1.70

Go down

Peniaga kedai runcit Kuala Terengganu jual gula RM1.70 Empty Peniaga kedai runcit Kuala Terengganu jual gula RM1.70

Post  HanXin (U6A/10) Sun Jan 03, 2010 7:13 am

KUALA TERENGGANU 2 Jan. - Hampir kebanyakan peniaga kedai runcit di sekitar pinggiran bandar di sini menjual gula dengan harga RM1.70 sekilogram walaupun kerajaan menetapkan harga RM1.65 sekilogram di Semenanjung dan RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak.

Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati, rata-rata mereka tidak mengendahkan arahan kerajaan yang hanya membenarkan kenaikan 20 sen sahaja untuk sekilogram gula.

Seorang peniaga runcit yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli, mengakui terpaksa menjual dengan harga 5 sen lebih mahal daripada harga yang ditetapkan kerana mendapat bekalan gula dengan RM1.50 sekilogram dari pembekal.

Katanya, dia tiada pilihan lain memandangkan pembekal menjual dengan harga tersebut.

"Saya mengetahui tentang kenaikan harga gula semalam, bagaimanapun saya terpaksa menjual dengan RM1.70 disebabkan harga kos yang diperolehi daripada pembekal adalah RM1.50.

"Lagipun saya peniaga kecil-kecilan sahaja, jika dijual dengan harga RM1.65 perniagaan tidak untung," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang pekerja kedai runcit di Seberang Takir pula memberitahu, dia hanya berniaga di kawasan kampung dan bekalan gula juga agak terhad.

Katanya, permintaan gula tidak banyak dan jika dijual dengan harga RM1.65, mereka bakal menanggung kerugian.

"Peniaga runcit tidak sama dengan peniaga borong yang boleh menjual dengan harga murah, jadi kita terpaksa menjual harga RM1.70 jika kenaikannya 20 sen," jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri, Mohd. Helmi Mohd. Noor berkata, walaupun keuntungan jualan barang kawalan margin kecil, namun permintaan ke atas barang tersebut tinggi.

Sehubungan itu, katanya, tiada alasan peniaga perlu mengambi keuntungan lebih memandangkan mereka telah memperolehi keuntungan dengan harga yang telah ditetapkan kerajaan.

Beliau turut menasihati pengguna agar membuat aduan jika mendapati mana-mana peniaga yang menjual harga gula lebih daripada RM1.65 sen.

"Setakat pemantauan yang kita jalankan tiada kedai runcit yang menjual pada harga RM1.70, bagaimanapun jika pengguna menjumpai kes seperti ini diminta menyimpan resit pembelian dan membuat laporan kepada kami untuk siasatan," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar memberi amaran kepada peniaga runcit agar menjual gula dengan harga yang telah ditetapkan.

Katanya, jika mana-mana peniaga yang didapati menaikkan harga gula lebih daripada 20 sen, mereka bakal dikenakan tindakan tegas.

"Peniaga-peniaga yang bertindak menjual gula dengan harga RM1.70 bakal ditarik balik lesen perniagaan mereka," tegasnya.

Semalam, kerajaan mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM1.65 sekilogram di Semenanjung, serta RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak

HanXin (U6A/10)

Posts : 19
Join date : 2009-09-14

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum