Warga Nigeria, Liberia, Cameroon 'bermasalah'

View previous topic View next topic Go down

Warga Nigeria, Liberia, Cameroon 'bermasalah'

Post  Tee Yee Yean (U6B/'10) on Tue Dec 22, 2009 8:55 am

LELAKI Afrika bersantai dalam keadaan yang mencurigakan di luar sebuah premis di Metro Prima Kepong, Selangor, seolah-olah berada di negara asalnya.

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Warga Nigeria, Liberia dan Cameroon dikenal pasti sering terlibat dalam kegiatan jenayah di negara ini berikutan keadaan ekonomi dan sosial penduduk di negara asal masing-masing.

Perkara itu diakui seorang pelajar sarjana warga Afrika yang sedang melanjutkan pengajian di sebuah universiti tempatan di sini.

Pelajar dikenali sebagai Albert itu berkata, latar belakang penduduk yang secara semula jadinya dibesarkan dalam situasi 'kasar' mendorong mereka terikut-ikut dengan gaya hidup yang sama di negara orang.

"Mereka memang dikenali sebagai golongan yang berani berhadapan dengan risiko bagi mendapatkan apa jua mereka inginkan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada masa sama Albert sedia maklum mengenai penglibatan golongan itu dalam jenayah termasuk black money.

Ditanya mengenai senario itu, Albert menjelaskan, kelonggaran kolej swasta di negara ini memberi tempat kepada warga asing bagi melanjutkan pelajaran telah disalahgunakan sebagai 'senjata' untuk mendapatkan pas pelajar.

"Niat sebenar mereka bukanlah belajar sebaliknya melakukan 'kerja' lain di sini.

"Ramai antara mereka tidak mendapat keputusan cemerlang. Tetapi menghairankan kolej tersebut masih 'menyimpan' mereka dengan hanya alasan mereka membayar yuran. Kenapa tidak membuang saja mereka?" soalnya.

Pada masa sama dia mengakui bukan semua warga Afrika yang memasuki negara ini mempunyai niat sebegitu.

Sebaliknya, kata beliau, ada antara mereka yang memasuki negara ini untuk menuntut ilmu kerana kelulusan pengajian di Malaysia mendapat pengiktirafan di negara mereka.

"Golongan yang terlibat dengan jenayah terutama black money boleh dikenali dengan memiliki kereta dan tinggal di kondominium mewah selain gemar berbelanja besar.

"Mereka memang gemar mendapat duit dengan cara mudah dan pantas. Itu yang mendorong mereka sehingga ada yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan dadah," katanya.

Menurutnya, kemewahan golongan itu kadang kala menyebabkan sebahagian gadis tempatan 'jatuh' ke tangan mereka.

Albert juga mengaku warga Afrika memang pandai memujuk untuk menarik perhatian seseorang gadis.

"Trend terkini yang dapat dilihat adalah kecenderungan warga Afrika mengahwini gadis tempatan untuk mendapat 'keistimewaan' di sini," katanya

Tee Yee Yean (U6B/'10)

Posts : 29
Join date : 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum