PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bakal pengantin dituduh merogol, samun wanita

3 posters

Go down

Bakal pengantin dituduh merogol, samun wanita Empty Bakal pengantin dituduh merogol, samun wanita

Post  wai peng[L6A] Thu Nov 26, 2009 4:34 pm

BUTTERWORTH: Seorang lelaki yang bakal melangsungkan perkahwinannya Disember ini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol dan enam tuduhan menyamun wanita tempatan dan warga asing di Seberang Prai Tengah (SPT) dari Julai hingga September lalu.

Bagi dakwaan merogol, Lee Chun Yong, 25, dari Bagan Lalang di sini, dituduh melakukan kesalahan itu kira-kira jam 8 malam pada 20 September lalu di dalam sebuah kereta di SPT.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan.



Bagi tuduhan menyamun, Lee juga didakwa melakukan kesalahan itu ke atas wanita yang dirogolnya dengan mengugut menggunakan sebatang besi.

Tertuduh juga didakwa melakukan kesalahan itu ke atas seorang wanita pada jam 5 petang, 14 Julai lalu di Taman Nagasari, Bukit Mertajam dengan melarikan telefon bimbit dan cincin bernilai RM375.

Dia juga didakwa melakukan kesalahan sama ke atas seorang wanita lain di belakang kilang di Taman Nagasari pada 20 September dengan melarikan telefon bimbit dan wang tunai RM40 selepas mengugut dengan pisau dan besi.

Bagi pertuduhan keempat, kelima dan keenam, Lee didakwa melakukan kesalahan itu pada 30 September lalu antara jam 6 petang hingga 6.40 petang di Taman Arowana, Permatang Pauh dengan melarikan telefon bimbit, wang tunai dan barangan kemas milik tiga wanita.

Lee didakwa mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan atas kesemua tuduhan samun dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan didenda atau sebatan.

Tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

wai peng[L6A]

Posts : 7
Join date : 2009-07-07
Age : 32

Back to top Go down

Bakal pengantin dituduh merogol, samun wanita Empty Bakal pengantin dituduh merogol, samun wanita

Post  You Lee Shuen Thu Nov 26, 2009 7:49 pm

Pada pendapat saya, tertuduh mungkin adalah seorang lelaki yang tidak mempunyai kuasa dalam hidup.
Misalnya, dia mungkin tidak dipandang tinggi oleh keluarganya atau bakal isterinya, sering dipandang rendah oleh keluaganya atau majikannya. Di bawah tekanan sebegini, seseorang mungkin akan kehilangan fikiran yang rasional dan ingin membuktikan kegunaan diri kepada masyarakat dengan melakukan jenayah.
You Lee Shuen
You Lee Shuen

Posts : 23
Join date : 2009-06-30

Back to top Go down

Bakal pengantin dituduh merogol, samun wanita Empty Re: Bakal pengantin dituduh merogol, samun wanita

Post  CikguPA Fri Nov 27, 2009 2:22 am

Lee Shuen,

Pandangan saya, individu ini mengambil kesempatan ke atas golongan yang lemah. Dari berita kita maklum bahawa semua mangsanya adalah wanita yang sepatutnya di lindungi oleh kaum lelaki.

Banyak cara lain lagi boleh di lakukan untuk membuntikan bahawa beliau adalah berguna kepada masyarakat contohnya menjadi sukarelawan kepada pelbagai pertubuhan Kebajikan, mengadakan kelas tuisyen kepada kanak-kanak yang tidak mampu ke kelas berbayar dll.


TQ
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Bakal pengantin dituduh merogol, samun wanita Empty Re: Bakal pengantin dituduh merogol, samun wanita

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum