Lelaki tiga isteri jadikan ipar hamba seks diburu
Page 1 of 1

GEMAS: Polis memburu seorang kontraktor yang mempunyai tiga isteri kerana dipercayai menjadikan adik iparnya berusia 13 tahun sebagai hamba seks sejak tiga tahun lalu.
Lelaki berusia 53 tahun itu didakwa menawarkan pelbagai hadiah termasuk barangan berjenama dan wang bagi memujuk mangsa mengadakan hubungan seks setiap kali adik isteri ketiganya itu datang ke rumahnya pada cuti persekolahan.
Bagaimanapun, perbuatan lelaki itu akhirnya terbongkar apabila mangsa membuat pengakuan selepas didesak seorang lagi kakaknya sebelum membuat laporan di Balai Polis Gemas di sini pada hari raya kedua, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Zull Aznam Haron, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa, tetapi enggan mengulas kerana siasatan masih dijalankan.
Difahamkan, pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di Jempol itu kali pertama dirogol abang iparnya pada Jun 2006 ketika mangsa berusia 10 tahun dan perbuatan itu tidak disedari isteri ketiga lelaki berkenaan yang berusia lingkungan 20-an.
Mangsa dikatakan diberi pelbagai hadiah, termasuk barangan berjenama dan wang bagi merahsiakan perbuatan itu.

WAN SEN (U6A)- Posts : 33
Join date : 2009-05-20
Similar topics
» Dakwa jadi hamba seks
» Tiga suspek rompak kedai runcit 24 jam diburu
» Suami isteri 'jual' tiga anak buat laporan polis
» Lelaki bunuh kekasih isteri warga Malaysia

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|