PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Perompak letup ATM tetapi lari bila penggera berbunyi

Go down

Perompak letup ATM tetapi lari bila penggera berbunyi Empty Perompak letup ATM tetapi lari bila penggera berbunyi

Post  yeeleng(L6A) Mon Sep 21, 2009 4:36 pm

KUALA LUMPUR: Mngkin kerana beranggapan bunyi letupan tidak akan menarik perhatian semasa kemeriahan Aidilfitri, tiga lelaki cuba merompak wang dalam sebuah mesin juruwang automatik (ATM) menggunakan bahan letupan buatan sendiri.

Namun, percubaan mereka di sebuah bank di Putra Heights, Puchong pagi tadi gagal akibat takut dengan penggera keselamatan.

"Saya tergamam dan cuba mencari dan memberkas mereka yang terbabit namun penglihatan saya terhalang kerana asap dan debu akibat letupan itu," kata seorang pengawal keselamatan di bank itu.



Katanya, beliau terkejut dan takut apabila terdengar bunyi letupan yang kuat itu.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, ketiga-tiga lelaki terbabit masuk ke dalam bank dan menyembur cat merah pada kamera sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di premis itu sebelum meletupkan ATM berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, ACP Khaw Kok Chin, berkata kejadiaan itu bagaimanapun disedari pengawal keselamatan yang segera mengaktifkan penggera keselamatan.

Katanya, ketiga-tiga lelaki yang dipercayai berumur 30-an itu melarikan diri selepas terdengar bunyi penggera itu.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum