Kualiti udara baik tetapi belum stabil: JAS

View previous topic View next topic Go down

Kualiti udara baik tetapi belum stabil: JAS

Post  l.ting-L6A/12 on Wed Aug 22, 2012 6:14 pm

KUALA LUMPUR: Status kualiti udara di beberapa kawasan di sebelah utara dan pantai barat Semenanjung Malaysia hari ini bertambah baik dengan penurunan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkata bagaimanapun, kualiti udara itu masih belum stabil kerana cuaca panas berterusan di rantau ini menyebabkan berlakunya kebakaran tempatan dan peningkatan bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia.Mutakhir
Kualiti udara baik tetapi belum stabil: JAS
22/08/2012 - 20:01:54 PM Cetak Emel Kawan
KUALA LUMPUR: Status kualiti udara di beberapa kawasan di sebelah utara dan pantai barat Semenanjung Malaysia hari ini bertambah baik dengan penurunan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkata bagaimanapun, kualiti udara itu masih belum stabil kerana cuaca panas berterusan di rantau ini menyebabkan berlakunya kebakaran tempatan dan peningkatan bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia. Sehingga semalam, bilangan titik panas di Sumatera meningkat secara mendadak kepada 428 berbanding 310 pada hari sebelumnya, kata JAS dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu laporan peta jerebu serantau menunjukkan wujudnya lingkaran jerebu sederhana di pantai timur Sumatera Tengah serta merangkumi negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia.

l.ting-L6A/12

Posts : 4
Join date : 2012-06-24

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum