PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Dua lelaki gaduh guna pistol dan parang ditahan

Go down

Dua lelaki gaduh guna pistol dan parang ditahan Empty Dua lelaki gaduh guna pistol dan parang ditahan

Post  ong poh lee U6B Thu Apr 08, 2010 1:14 pm

KUALA LUMPUR 8 April - Polis menahan dua lelaki dan merampas sepucuk pistol serta sebilah parang dalam satu kejadian pergaduhan di belakang sebuah kilang di Taman Desa Minang dekat Taman Greenwood, Gombak hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, kedua-dua lelaki tempatan yang berusia 30 dan 49 tahun itu tidak sempat melarikan diri sejurus melihat ketibaan kereta peronda.

"Polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai satu pergaduhan membabitkan dua lelaki sebelum dua anggota polis peronda dikejarkan ke tempat tersebut bagi meleraikan pertengkaran.

"Suspek yang terkejut dengan kehadiran polis tidak sempat melarikan diri dan tiada sebarang pergelutan berlaku dengan pihak polis ketika kami menggari mereka,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, suspek berusia 49 tahun itu bagaimanapun pada mulanya cuba membuang pistol semi auto yang dipegangnya dan melarikan diri dengan memanjat pagar di kawasan kilang berkenaan namun gagal sebelum diberkas.

Katanya, polis merampas pistol semi auto .38 tersebut beserta enam butir peluru. Polis juga merampas sebilah parang panjang 21 inci daripada suspek berusia 30 tahun.

"Hasil siasatan mendapati suspek berusia 49 tahun itu memiliki 12 rekod jenayah yang melibatkan kes dari tahun 1979 hingga 1998 termasuk kes samun dan pecah rumah. Suspek berusia 30 tahun pula memiliki lima rekod jenayah termasuk samun bersenjata,” katanya.

Abdul Rahim berkata, polis sedang menyiasat sekiranya kedua-dua mereka terlibat dengan mana-mana kes samun dan jenayah lain di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. — Bernama

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum