PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Wajarkah DATUK Seri Dr. Chua Soi Lek dipecat?

Go down

Wajarkah DATUK Seri Dr. Chua Soi Lek dipecat? Empty Wajarkah DATUK Seri Dr. Chua Soi Lek dipecat?

Post  leeyoong_U6B Fri Aug 28, 2009 7:41 am

Chua Soi Lek dipecat daripada MCA
KUALA LUMPUR 26 Ogos –Krisis kepimpinan MCA semakin meruncing apabila Majlis Presiden menerima cadangan Jawatankuasa Disiplin parti untuk memecat keahlian Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkuat kuasa serta merta.

Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, keputusan sukar itu terpaksa dibuat kerana cakera padat digital skandal seks Soi Lek yang tersebar sebelum ini telah merosakkan imej parti.

“Berdasarkan Artikel 127 (A) Soi Lek boleh merayu dalam masa 14 hari. Bagaimanapun, di bawah Artikel 128, sebarang keputusan oleh jawatankuasa pusat atas kesalahan disiplin adalah muktamad,” katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini, 12.30 pagi (Khamis).

Tee Keat enggan menerima sebarang soalan wartawan. Soi Lek meletakkan semua jawatan dalam kerajaan dan parti pada 2 Januari tahun lalu. Bekas Menteri Kesihatan itu bagaimanapun berjaya memenangi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Oktober lalu.

Terdahulu, Soi Lek ketika ditemui pemberita berkata, beliau tidak terkejut dengan cadangan Jawatankuasa Disiplin parti itu.

Beliau akan mematuhi keputusan Majlis Presiden dan belum memutuskan soal rayuan.

“Mencemarkan imej parti adalah satu jenayah yang serius. Saya bernasib baik mereka tidak mengantung saya sampai mati.

“Jika cadangan itu dipersetujui Majlis Presiden, saya yakin Presiden akan tidur lena malam ini,” katanya.


Memandangkan perkara ini berlaku, sesetengah pihak telah memberi pendapatnya terhadap perkara ini....Seperti
Veteran MCA, Tan Sri Michael Chen Wing Sum mempersoalkan kenapa tindakan ke atas Soi Lek baru diambil sedangkan skandal seks Soi Lek telah berlalu hampir dua tahun lalu.


Apakah pula pendapat anda terhadap perkara ini? Patutkah DATUK Seri Dr. Chua Soi Lek yang telah berkhidmat kepada MCA sebagai Pengerusi Bahagian sejak 1985 dipecat?


leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Wajarkah DATUK Seri Dr. Chua Soi Lek dipecat? Empty Re: Wajarkah DATUK Seri Dr. Chua Soi Lek dipecat?

Post  leeyoong_U6B Fri Aug 28, 2009 7:45 am

***kemaskini berita terkini...

http://drchua9.blogspot.com.
# DATUK Seri Dr. Chua Soi Lek menyifatkan kedudukannya kini lebih teruk jika dibandingkan dengan keadaan sewaktu beliau melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan parti pada awal tahun lalu.
# Bekas Timbalan Presiden MCA itu berkata, walaupun sudah melepaskan semua jawatannya pada
2 Januari tahun lalu, namun beliau pada masa itu masih seorang ahli parti.
# Namun hari ini, saya tidak mempunyai parti. Jadi kedudukan saya hari ini lebih teruk berbanding sewaktu saya meletakkan jawatan " kata Soi Lek.

Majlis Presiden MCA malam tadi menerima cadangan Jawatankuasa Disiplin untuk memecat Soi Lek berkuat kuasa serta merta berikutan penyebaran video skandal seks membabitkannya pada penghujung 2007. Jawatankuasa Disiplin MCA yang diketuai seorang peguam yang meningkat tua (Datuk Ng Cheng Kiat) layak mencadangkan penyingkirannya selepas 21 bulan beliau meletak jawatan di atas sebab yang sama.

(dipetik daripada UTUSAN MALAYSIA ONLINE)

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum