PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

ISA perlu diadakan di malaysia?

+5
PnLeela
sim
Jennifer Ong
ChanLM
lim siew yuen
9 posters

Go down

ISA perlu diadakan di malaysia? Empty ISA perlu diadakan di malaysia?

Post  lim siew yuen Sat Feb 23, 2008 6:49 pm

Adakah ISA mesti ada di Malaysia?
untuk menjaga keamanan?
kalau demikian..........apakah kegunaan polis?
jika ditangkap perlu dikurung selama 2 thn.........
kalau orang itu memang tidak bersalah.......
masa 2 thn itu tidak akan dikembalikan..........
peranan ISA sangat penting di malaysia?
kenapa hanya negara yang tertentu mempunyai organisasi ini?

lim siew yuen

Posts : 40
Join date : 2008-01-13

Back to top Go down

ISA perlu diadakan di malaysia? Empty Re: ISA perlu diadakan di malaysia?

Post  ChanLM Sun Feb 24, 2008 9:58 am

pada pandangan saya, ISA merupakan salah satu cara untuk sesebuah negara memantau rakyat negara tersebut supaya tidak melakukan sesuatu perkara yang diperkatakan akan membahayakan keselamatan atau keamanan negara, dan ISA hanya akan digunakan apabila dalam keadaan terdesak, jadi ia boleh diperkatakan penting kerana ia dapat menyelesaikan sesuatu perkara dengan cepat walaupun mungkin ada orang yang tidak bersalah juga dilibatkan dalam hal ini. oleh kerana ISA terus memenjarakan orang yang disyaki bersalah tanpa ke mahkamah, jadi kurang negara ada organisasi ini... Rolling Eyes

ChanLM

Posts : 8
Join date : 2008-01-13

Back to top Go down

ISA perlu diadakan di malaysia? Empty ISA!! Diperlukan atau tidak??

Post  Jennifer Ong Sun Feb 24, 2008 3:26 pm

ISA diperlukan di Malaysia untuk menjaga keamanan jika kekecohan berlaku di negara ini dan polis tidak mampu mengawalnya..
Maksud saya adalah ketika polis memerlukan surat berkuasa untuk menangkap sesetengah orang yang melakukan sesuatu seperti memberi syarahan tentang isu-isu sensitif dan sebagainya.. Tambahan pula, ISA boleh digunakan juga untuk memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang ingin menimbulkan kekecohan dengan membincangkan isu-isu sensitif secara terbuka.. Mereka akan berfikir secara berkali-kali sebelum melakukan perbuatan tersebut.

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

Back to top Go down

ISA perlu diadakan di malaysia? Empty ISA

Post  sim Mon Feb 25, 2008 10:04 am

Dalam pendapat saya,ISA perlu diwujudkan kerana dalam negara yang berbeza kaum seperti negara Malaysia tidak dapat dielakkan mempunyai isu-isu yang akan menimbulkan salah kefahaman antara kaum,oleh itu ISA ditubuhkan untuk menjamin keselamatan negara,tetapi tubuhan ini akan menangkap dan mengurung seseorang yang mungkin tidak bersalah selama 2 tahun dengan alasan seseorang itu membahayakan keselamatan atau keamanan negara, ini adalah tidak saksama kepada orang tersebut kerana telah menyeberangi undang-undang hak asasi manusia.

Jika pihak ISA mempunyai alasan dan bukti yang cukup untuk memastikan seseorang itu mempunyai motif untuk menimbulkan kekecohan di negara Malaysia,bolehlah menangkap dan mengurung orang tersebut secara rasmi.


(os:saya tidak mempunyai motif yang hendak menimbulkan kekecohkan di Malaysia,hanya memberi pendapat sahaja....)

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

ISA perlu diadakan di malaysia? Empty ISA

Post  lim siew yuen Mon Feb 25, 2008 3:17 pm

Cikgu..............boleh tak beri pendapat anda?

lim siew yuen

Posts : 40
Join date : 2008-01-13

Back to top Go down

ISA perlu diadakan di malaysia? Empty Keperluan ISA

Post  PnLeela Tue Feb 26, 2008 4:47 pm

Hi kelas,

Sila teruskan perbincangan anda tentang Internal Security Act (ISA).
Saya amat tertarik dengan hujah-hujah anda semua yang memperlihatkan kematangan fikiran.
ISA diperlukan apabila didapati terdapat ancaman dalaman yang boleh menjejaskan keamanan dan keselamatan masyarakat umumnya.
Sekiranya ISA digunakan dalam keadaan yang amat diperlukan dan menepati tujuannya sebenar yang diamalkan, maka ia akan membawa kebaikan kepada masyarakat. Tetapi sekiranaya Akta ini dimanupulasi oleh beberapa pihak untuk kepentingan diri, maka terjejaslah hak asasi manusia.

Jumpa lagi Very Happy
Pn Leela

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

ISA perlu diadakan di malaysia? Empty Re: ISA perlu diadakan di malaysia?

Post  siewMei Wed Feb 27, 2008 10:18 am

Seperti yang dikatakan oleh rakan-rakan sekalian,ISA diwujudkan demi keamanan dalam negara,oleh itu kita tidak boleh menafikan kepentingan ISA dalam negara kita.ISA memegang peranan yang sangatpenting dalam menjaga keamanan dan ISA mampu menyekat ataupun mengelakkan sesuatu perkara yang membahayakan neara daripada berlaku.Jadi,cuba fikir jika tiada ISA ini,maka apa akan terjadi kepada negara kita,lebih-lebih lagi negara kita terdiri daripada pelbagai kaum,perpaduan amatlah penting..saya rasa,jika tiada ISA,kemungkinan akan berlaku banyak hal-hal ataupun demonstrasi jalan yang menganggu keharmonian negara.
Akan tetapi,dikatakan orang yang ditahan atas ISA ini tidak mempunyai peluang untuk membela dirinya dan ini telah menjejaskan hak asasi manusia. Namun demikian,peranan ISA tidak boleh dinafikan.
Jadi,apa patut dipilih? ISA wujud ataupun tidak diperlukan?
Sebagai seorang pelajar,saya rasa ISA diperlukan dalam negara ini kerana tanpa negara yang aman dan harmoni,bolehkah kita membincang tentang hak-hak asasi lagi di negara ini?tetapi sebagai seorang individu yang memelihara kepentingan hak asasi,ISA perlu digubahkan dari aspek kuasa sekatannya terhadap orang yang disyaki,orang yang ditahan haruslah berpeluang membela dirinya. Sekian sahaja.

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

ISA perlu diadakan di malaysia? Empty ISA

Post  wenze Wed Feb 27, 2008 10:26 am

Pada pendapat saya, ISA(Akta Keselamatan Negeri) perlu ada di negara kita.Walaupun ISA telah diwujudkan,ini tidak bermakna kewujudan polis tidak lagi berguna untuk masyarakat kerana tujuan ISA & tugasan polis adalah dua pihak yang berlainan dalam pelaksanaan funginya.Akan tetapi,dengan kewujudan ISA, keamanan negara akan lebih terjamin.Dalam akta ini ,sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. ISA digunakan secara konsiten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan ia juga untuk mempertahankan hak asasi manusia.Selain itu, akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam.Namun demikian,akta ini tidak harus disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu supaya tujuan kewujudan akta ini masih boleh berfungsi dengan baik.Dalam aspek lain pula,disebabkan sifat ISA yang tidak berperikemanusiaan, beberapa pertubuhan hak asasi manusia dan parti pembangkang telah mengritik Akta ini dan memanggil pemansuhannya. Kerajaan asing, terutama kerajaan Barat, juga telah menekan kerajaan untuk memansuhkan Akta ini.Akan tetapi,saya masih berpendapat bahawa ISA harus ada di negara Malaysia selagi akta ini tidak disalahgunakan untuk tujuan kepentingan pihak tertentu.

wenze

Posts : 7
Join date : 2008-01-14

Back to top Go down

ISA perlu diadakan di malaysia? Empty ISA PERLU DIADAKAN DALAM MALAYSIA?

Post  NCH CHEAN Fri Feb 29, 2008 4:37 pm

Tahanan ISA lazimnya diletakkan di bawah tahanan di Pusat Tahanan Kamunting.Seseorang yang ditahan di bawah ISA semasa 60 hari pertama tidak dibenarkan berkomunikasi dengan dunia luar. Tambahan pula, peguam dan ahli keluarga tidak dibenarkan melawat orang yang ditahan semasa tempoh awal ini. Jika satu perintah penahanan dua tahun ditandatangani, orang yang ditahan akan dibawa ke Pusat Tahanan Kamunting untuk tempoh yang ditetapkan, dan ahli keluarga lazimnya dibenarkan melawat semasa tempoh ini. Jika tidak, orang yang ditahan akan dibebaskan.Penyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian tahanan ISA. Mereka yang pernah ditahan menyatakan bahawa mereka telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu daripada senarai ini: pukulan, penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka. Juga, tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara, dalam yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia. Teknik dan aksi penyeksaan ini direka untuk memalukan dan menakutkan tahanan supaya mendedahkan kekurangan dan memecahkan pertahanan mereka.Disebabkan sifat ISA yang tidak berperikemanusiaan, beberapa pertubuhan hak asasi manusia dan parti pembangkang telah mengritik Akta ini dan memanggil pemansuhannya. Kerajaan asing, terutama kerajaan Barat, juga telah menekan kerajaan.

Beberapa parti politik pembangkang termasuk Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyatakan bantahan mereka terhadap ISA. Ramai diantara pemimpin dan ahli terkenal mereka yang telah ditahan di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dari DAP dan Anwar Ibrahim dari PKR.

Namun Akta ini juga pernah dikritik oleh beberapa ahli politik gabungan Barisan Nasional, termasuk parti komponen terbesarnya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang telah memerintah Malaysia semenjak kemerdekaannya juga telah mengritik ISA. Perdana Menteri Malaysia kelima, Abdullah Ahmad Badawi, telah menyatakan pada tahun 1988 "Jika kita semua hendak menyelamatkan Malaysia dan UMNO, Dr Mahathir (Perdana Menteri ketika itu) mesti diguling. Dia menggunakan undang-undang kejam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk mendiamkan pengkritiknya." Tahun sebelumnnya, dia juga telah menyatakan "Undang-undang seperti ISA tidak punyai tempat di Malaysia moden. Ia merupakan perundangan tidak berperikemanusiaan dan jahat." Pada tahun 2003 apabila beliau menjadi Perdana Menteri pula, beliau mengatakan bahawa ISA adalah "undang-undang yang perlu," dan mengemukakan argumentasi "Kami tidak pernah menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Kesemua mereka yang ditahan dibawahnya terbukti mengancam masyarakat secara umum."

Pada pendapat saya ,ISA perlu diadakan di Malaysia . Hal ini disebabkan dunia kini yang sering mempunyai masalah sosial yang serius, oleh itu ISA yang tidak berperikemanusiaan dapat mengawal masyarakat sosial daripada melakukan kesalahan.Di samping itu, ISA juga dapat menolong polis menjalankan tugas untuk menahan seseorang yang mereka tidak dapat tahan .Oleh itu saya berpendapat bahawa polis juga memainkan peranan penting dalam mengawal ketenteraman dalam negara tetapi ISA juga boleh membantu polis dalam mengekalkan keselamatan negara.Jika ISA tidak disalahgunakan oleh pihak tertentu maka ISA boleh dikatakan merupakan undang yang perlu diadakan dalam Malaysia.

NCH CHEAN

Posts : 39
Join date : 2008-01-15

Back to top Go down

ISA perlu diadakan di malaysia? Empty Re: ISA perlu diadakan di malaysia?

Post  vinclam1314 Sat Mar 01, 2008 9:55 am

Orang bertanya:" Apakah rahsia Malaysia sehingga kini berjaya mencapai tahap negara membangun yang paling maju. Rakyatnya gembira dan riang, negara aman makmur. Tidak ada perbalahan besar berlaku di kalangan penduduk yang berbilang kaum, budaya dan agama. Semua rakyat sayangkan negara ini. Mereka mahu hidup di bumi ini dan kalau boleh, mati pun mahu di sini."

Tidak kedengaran rakyat Malaysia berhijrah ke Indonesia, Filipina, Thailand, Bangladesh, India atau China kerana mencari sesuap nasi.Sebaliknya, rakyat negara-negara itu pula berebut-rebut mahu berhijrah ke Malaysia. Sehingga hari ini, lebih dua juta rakyat Indonesia berada di Malaysia. Malaysia negara kecil saja. Bumi dan udaranya sama dengan Indonesia, Thailand dan Filipina. Fizikal orangnya pun serupa. Bahkan dari segi hasil bumi, negara-negara tersebut lebih kaya dari Malaysia. tetapi apa rahsianya Malaysia menjadi destinasi pilihan rakyat asing mencari rezeki?Jawabnya pendek saja, iaitu kami di Malaysia mempunyai ISA. Akta inilah yang menyelamatkan negara daripada tersungkur ke lembah pergolakan yang ditimbulkan oleh anasir-anasir yang ingin mencetuskan huru-hara di kalangan rakyat.”

ISA memanglah memainkan peranan yang penting di negara kita, ini tidak dapat dinafikan. Akan tetapi, ISA ditentang oleh banyak badan/organisasi terutamanya orang yang perlu dipenjarakan di bawah akta ISA. Mereka mangatakan bahawa kerajaan mungkin akan menyalahgunakan akta ini untuk menentang dan menakut-nakutkan aktivis-aktivis sosial, pengkritik kerajaan dan ahli-ahli politik pembangkang. Selain itu, banyak orang juga berpendapat bahawa ISA ini telah mencabari hak asasi manusia seperti apa yang kakak Chean Hui post di atas.

Walaubagaimanupun, ISA telah banyak memberi manfaat kepada masyarakat kita. Manfaat yang diberi oleh ISA jauh lebih banyak daripada Keburukan ISA. Sebagai contohnya, negara China juga mempunyai banyak akta yang dikatakan oleh orang ramai bahawa akta tersebut mencabari hak asasi manusia. Akan tetapi, negara China amat maju dan harmoni pada masa sekarang kerana akta tersebut berjaya menentangkan banyak penentangan kerajaan akan mungkin akan wujudkan huru-hara di negara China. Jadi, saya amat bersetujui tentang kewujudan ISA walaupun saya tidak begitu setujui tentang kekejamannya.. bounce

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

ISA perlu diadakan di malaysia? Empty Re: ISA perlu diadakan di malaysia?

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum