PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Badan Peguam Malaysia

Go down

Badan Peguam Malaysia Empty Badan Peguam Malaysia

Post  Adam(L6B) Tue Jul 16, 2013 11:41 am

Badan Peguam Malaysia atau Majlis Peguam Malaysia ialah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Ordinan Peguam Bela dan Peguam Cara 1947 (kemudian dimansuhkan digantikan oleh Akta Profesion Undang-undang 1976). Tujuan badan ini adalah untuk mendukung kedaulatan undang-undang dan perjuangan keadilan serta untuk melindungi kepentingan profesion undang-undang dan kepentingan orang ramai.
Profesion undang-undang Malaysia mempunyai lebih kurang 12,000 ahli dan keahliannya sedang bertambah sebanyak 10-15% setahun. Setiap peguam bela dan peguam cara adalah ahli Badan Peguam Malaysia secara automatik asalkan mereka memegang perakuan amalan yang sah.

Ahli-ahli jawatankuasa Badan Peguam Malaysia yang terdiri daripada Presiden, Naib Presiden, Setiausaha dan Bendahari dipilih setiap tahun oleh Badan Peguam dalam mesyuarat pertama yang secara tradisi diadakan sebaik saja Mesyuarat Agung Tahunan bertamat. Ahli-ahli jawatankuasa adalah pengamal undang-undang penuh masa dan pelantikan-pelantikan kehormat ini adalah tertakluk kepada pemilihan semula setiap tahun. Kecuali jawatan Bendahari yang tidak diperuntukkan dalam Akta, setiap ahli jawatankuasa tidak boleh memegang jawatannya melebihi dua tahun berturut-turut. Ahli-ahli jawatankuasa memegang jawatan ketika dipilih oleh mesyuarat pertama selepas Mesyuarat Agung Tahunan bertamat sehingga Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikut. Mereka berkhidmat secara sambilan dan sukarela kerana Akta Profesion Undang-undang melarang sebarang pembayaran yuran atau gaji.

Untuk memastikan keberkesanan dan kecekapan pengurusan tentang urusan-urusan Badan Peguam Malaysia, badan peguam ini menugaskan kuasa dan fungsi-fungsi Jawatankuasa dari semasa ke semasa kepada jawatankuasa-jawatankuasa negeri di seluruh Malaysia atau kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang dilantik dalam Badan Peguam sendiri. Bagaimanapun jawatankuasa peguam negeri dan jawatankuasa Majlis Peguam adalah tidak bebas dan tidak mempunyai kuasa di bawah Akta untuk mengemukakan sebarang pendapat bagi pihak Badan Peguam Malaysia.

Jenis Peguam Di Malaysia
Peguam Negara Malaysia
-Penasihat undang-undang utama kerajaan Malaysia.
-Ketua Pendakwa Raya di negara. Bidang kuasa dan tugas Peguam Negara diperuntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan Malaysia.
-Tugas Peguam Negara ialah menentukan sama ada sesuatu kes itu boleh diteruskan atau tidak.

Peguambela
-Peguam yang berperanan membela kita apabila dicaj di Mahkamah kerana kesalahan atau disaman di Mahkamah.

Peguamcara
-Peguam yang membantu kita dalam hal-hal beli rumah atau perjanjian perniagaan atau apa-apa urusan kewangan khususnya. Mereka ini membetulkan cara atau beri cara nak mengelat pihak sebelah sana.

Adam(L6B)

Posts : 6
Join date : 2013-05-22

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum