PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Remaja 15 tahun ditahan polis disyaki curi motosikal

Go down

Remaja 15 tahun ditahan polis disyaki curi motosikal Empty Remaja 15 tahun ditahan polis disyaki curi motosikal

Post  Lee Bee Ying (L6A/2012) Tue Sep 25, 2012 9:36 am

KOTA KINABALU 24 Sept. - Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun kerana disyaki mencuri sebuah motosikal milik seorang pembantu jualan di City Apartmen, Inanam, dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, dalam kejadian pukul 6 pagi itu, pengadu yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun terkejut apabila motosikal jenis Honda miliknya hilang di pekarangan lokasi tersebut.

Katanya, pengadu kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Menurutnya, bertindak atas laporan, sepasukan anggota menyiasat di lokasi itu dan mengesan seorang remaja lelaki dalam keadaan mencurigakan pada pukul 5.50 petang pada hari yang sama.

"Hasil soal siasat, suspek mengaku mencuri motosikal terbabit dan menyembunyikannya berhampiran sebuah balai raya, tidak jauh daripada tempat kejadian," katanya di sini hari ini.

Pada pendapat saya , remaja pada masa kini memerlukan didikan yang sepenuhnya dalam semua bidang.Hal ini kerana remaja bertindak sesuka hati tanpa memikirkan kesan yang dibawa,Remaja merupakan modal insan negara yang amat diperlukan pada masa yang akan datang.Jadi , semua pihak termasuk ibu bapa remaja perlu bertanggungjawab untuk memberikan didikan yang sihat kepada anak masing-masing supaya negara berada dalam keadaan aman dan harmoni.

Lee Bee Ying (L6A/2012)

Posts : 7
Join date : 2012-06-22
Age : 30

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum