PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Duit raya hangus bersama rumah

Go down

Duit raya hangus bersama rumah Empty Duit raya hangus bersama rumah

Post  wong suk may/L6A/2012 Sat Aug 25, 2012 12:43 pm

BATU PAHAT: Lima sekeluarga kerugian lebih RM30,000 termasuk RM3,000 duit raya apabila rumah mereka di Kampung Seri Dalam, Parit Raja di sini, musnah dalam kebakaran, malam kelmarin.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 10.30 malam itu, semua empat penghuni rumah berkenaan berjaya menyelamatkan diri, manakala ketua keluarga berada di gerainya di kampung berhampiran. Mangsa, Rahman Masri, 48, berkata, ketika kejadian dia berada di warungnya di Kampung Lapis Baru, di sini, sebelum jirannya menelefon dan memberitahu rumahnya terbakar.


“Saya hanya mampu fikirkan keselamatan ibu dan tiga anak yang berada di rumah.


“Saya bergegas pulang untuk mengetahui keadaan mereka.


“Alhamdulillah, sebaik tiba di pekarangan rumah, saya dapati tiga anak dan ibu selamat namun sedih melihat rumah kami hangus,” katanya.


Menurutnya, dia difahamkan ketika kejadian anak bongsunya mengulang kaji pelajaran di ruang tamu sebelum terhidu bau asap dari dapur.


Katanya, sebaik melihat api itu, anaknya memberitahu keluarga lain sebelum mereka bergegas keluar menyelamatkan diri.


“Kami sekeluarga tidak sempat menyelamatkan apa-apa termasuk duit raya ibu dan anak-anak kira-kira RM3,000.




“Kami sedih kerana ia berlaku ketika kami menyambut Aidilfitri namun reda dan syukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku.


“Ketika ini, kami menumpang di rumah saudara terdekat dan berharap ada pihak menghulurkan bantuan bagi meringankan beban kami,” katanya.


Nasib malang keluarga Rahman mendapat perhatian apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parit Raja, Datuk Ab Aziz Kaprawi yang menghulurkan bantuan.

Saya berasa simpati terhadap Rahman sekeluarga keran menghadapi masalah sebegini waktu raya dan berasa gembira kerana ada ADUN yang sanggup menghulurkan bantuan Neutral

wong suk may/L6A/2012

Posts : 8
Join date : 2012-06-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum