PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Isu kos sara tentukan masa depan negara

Go down

Isu kos sara tentukan masa depan negara Empty Isu kos sara tentukan masa depan negara

Post  Tan Pei Ying Wed Feb 15, 2012 3:54 pm

Isu kos sara tentukan masa depan negara


2012/02/15

PUTRAJAYA: Isu berhubung kos sara hidup, penting untuk dibincang dan ditangani kerana ia sebenarnya menentukan masa depan sesebuah negara, kata Pengerusi Majlis Profesor Negara, Prof Emiritus Datuk Dr Zakri Abdul Hamid.

Beliau memberi contoh mengenai kemelut ekonomi Greece dan juga pemilihan semula Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, yang menurutnya turut mempunyai kaitan dengan isu kos sara hidup.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga, baru-baru ini mengatakan bahawa kos sara hidup turut menjadi penentu kesinambungan dan kesejahteraan kerajaan,” katanya ketika berucap pada Persidangan Meja Bulat: Menangani Kenaikan Kos Sara Hidup, Majlis Profesor Negara (MPN), di sini, semalam.
Beliau berkata, persidangan meja bulat selama dua hari mulai semalam bertujuan menyediakan cadangan kepada kerajaan untuk menangani isu kos sara hidup rakyat Malaysia terutama golongan berpendapatan rendah.

Katanya, sebanyak dua kertas kerja utama dan empat kertas kerja kecil merangkumi pelbagai aspek, termasuk punca dan kaedah terbaik bagi menangani masalah kenaikan kos sara hidup akan dibentangkan oleh pakar ekonomi, tokoh akademik dan penyelidik dari universiti tempatan serta sektor swasta.

Antara tokoh terbabit ialah pakar ekonomi, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali dan Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan, Syarikat Kecil dan Sederhana, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-SESMED), Prof Dr Mohd Fauzi Mohd Jani.

“Justeru, selaku kumpulan pemikir negara dan badan bersifat akademik, MPN mempunyai peranan penting untuk mengetengahkan masalah mengenai kos sara hidup dan memberikan saranan kepada kerajaan bagi menangani isu terbabit,” katanya.
Beliau yang juga Penasihat Sains kepada Perdana Menteri berkata, langkah menangani isu itu perlu kerana tahap pengeluaran produk pertanian terutama bahan makanan seperti padi dan beras negara kini hanya berada pada paras 73 peratus berbanding sepatutnya 100 peratus.

Berikutan itu, katanya, kerajaan perlu mencari jalan menangani masalah kenaikan kos sara hidup terutama bahan makanan dengan bijaksana kerana ia akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat serta masa depan negara

Tan Pei Ying

Posts : 4
Join date : 2011-06-16

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum