PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Esei 1: Jenayah Bukan Indeks

Go down

Esei 1: Jenayah Bukan Indeks Empty Esei 1: Jenayah Bukan Indeks

Post  PnLeela Thu Jun 02, 2011 5:59 pm

Jenayah Bukan Indeks (JBI) berlaku disebabkan budaya hidup materialistik.Oleh itu langkah-langkah berkesan menangani gejala ini hendaklah dilaksanakan.
Bincangkan.

Formula: 2+2 ( Punca + Langkah)

Jenayah Bukan Indeks ialah jenayah seperti pemalsuan wang, penipuan kad kredit,pecah amanah dan penyelewengan. Peningkatan kadar jenayah ini boleh menjejaskan perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara.

Antara punca berlaku jenayah bukan indeks berlaku ialah budaya hidup materialistik.Mereka ingin mendapatkan kemewahan dengan cepat.Ini menyebabkan mereka melakukan jenayahtersebut.Mereka yang hidup mewah bangga dengan kekayaan yang dimililki oleh mereka.Mereka beranggapan kekayaan melambangkan imej ,justeru terikat dengan sikap tamak dan mengikut nafsu haloba.

Pada masa yang sama, kurangnya didikan agama dan didikan moral mendorong berlakunyajenayah bukan indeks seperti rasuah dalam masyarakat kita. Individu yang tidak mempunyaiiman yang kukuh dan mantap akan mudah terpesong.Mereka tidak mendapat didikan agamayang secukupnya semasa kecil lagi. Golongan seperti ini akan menggunakan kedudukan danpeluang yang ada pada dirinya untuk menerima habuan tanpa berasa bersalah. Dengan tidak memikirkan akibatnya, rasuah menjadi rutin dalam tugas mereka.


Terdapat beberapa langkah untuk mengatasi jenayah bukan indeks.Salah satunya ialah penguatkuasaan undang-undang.Undang- undang perlu diperketatkan untuk menbasmi jenayahbukan indeks.Pesalah yang melakukan jenayah bukan indeks seperti rasuah,perlu diberi hukumanyang lebih berat seperti hukuman penjara dan sebat mandatori harus dikenakan.Harta merekajuga patut dirampas.Hukuman berat itu bukan sahaja menjadi pengajaran kepada pesalah,malahmenjadi amaran kepada yang lain.

Kempen kesedaran tentang bahayanya jenayah bukan indeks juga perludilancarkan.Masyarakat akan diberi pendedahan tentang kesalahan jenayah bukan indeks sepertirasuah.Ini memberikan penerangan tentang jenayah bukan indeks agar masyarakat tidak terlibatdalam gejala ini.Melalui kempen ini,orang ramai akan sedar bahawa jenayah ini merugikansemua orang.Selanjutnya mereka akan menjauhinya.

Kesimpulan
Semua pihak perlu bekerjasama dalam membanteras gejala jenayah bukan indeks. Keupayaan untuk membendung Jenayah Bukan Indeks akan memajukan negara.

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum