GST bukan cukai tambahan membebankan rakyat

View previous topic View next topic Go down

GST bukan cukai tambahan membebankan rakyat

Post  keat sin (U6A) on Fri Mar 19, 2010 8:19 am

DATUK Seri Najib Razak menjelaskan bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dicadangkan kerajaan bukan bertujuan menambahkan satu lagi bebanan cukai kepada rakyat tetapi bagi menggantikan struktur percukaian sedia ada.
“GST bukan cukai tambahan. Ia dicadangkan untuk menggantikan cukai sedia ada dan dirangka bagi memberikan kesan yang neutral. Malangnya, ada pihak memutarbelitkan perkara ini sehingga menimbulkan keresahan di kalangan orang ramai,” katanya. Perdana Menteri berkata, memandangkan kesan sebenar GST serta matlamat pelaksanaannya belum difahami sepenuhnya banyak pihak, kerajaan menangguh-kan bacaan kedua rang undang-undang struktur percukaian baru itu di Dewan Rakyat yang sepatutnya dibentangkan minggu ini.

Beliau berkata, kerajaan belum menetapkan tarikh khusus bagi melaksanakan GST selepas penangguhan bacaan kali kedua rang undang-undang GST itu.

Perdana Menteri turut menegaskan penangguhan itu bukan bermakna kerajaan mengubah semula dasar yang telah dirancang.

“Ini bukan pusingan U. Apa yang penting adalah untuk mendapatkan sokongan orang ramai dan mereka memahaminya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pusat pameran Audi Kuala Lumpur serta melancarkan kereta mewah, Audi R8 V10 di Kuala Lumpur, semalam.
Turut hadir, Duta Jerman ke Malaysia, Dr Guenter Gruber, Pengerusi Euromobil Sdn Bhd, Datuk Sri Mohd Khamil Jamil dan Pengerusi DRB-Hicom Bhd, Datuk Syed Mohamad Syed Murtaza.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Najib berkata, beliau yakin industri automotif negara akan kembali mengalami pertumbuhan memberangsangkan tahun ini sejajar dengan pertumbuhan ekonomi negara.

“Jika kadar pertumbuhan ekonomi berada pada kadar yang baik, ia biasanya ada kaitan secara langsung dengan prestasi industri automotif.

“Jika tahun ini kita mengunjurkan pertumbuhan ekonomi antara lima peratus dan enam peratus, maka sektor automotif akan dapat mencapai pertumbuhan yang baik,” katanya.

Beliau berkata, jumlah jualan kereta di negara ini juga telah menunjukkan pertumbuhan positif sejak suku keempat tahun lalu.

“Jualan industri dalam suku keempat 2009 menunjukkan peningkatan sebanyak 20,753 unit kereta berbanding suku terakhir 2008,” katanya.

Sementara itu, Mohd Khamil berkata, Euromobil akan membelanjakan kira-kira RM20 juta tahun ini termasuk bagi pembukaan pusat servis dan jualan Audi baru di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur dan di Queens Bay Mall Pulau Pinang sebelum akhir tahun ini.

“Ini termasuk pusat pameran Audi Kuala Lumpur yang baru ini,” katanya.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum