PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

RMK-10 bawa Malaysia ke era kemajuan berteras sama rata

Go down

RMK-10 bawa Malaysia ke era kemajuan berteras sama rata Empty RMK-10 bawa Malaysia ke era kemajuan berteras sama rata

Post  keat sin (U6A) Sat Jun 19, 2010 11:29 am

KUALA LUMPUR 17 Jun – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yakin Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membawa Malaysia ke era kemajuan berteraskan kesamarataan.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, keyakinan itu berasaskan kepada jaminan yang diberikan kerajaan bahawa kumpulan sasaran kementerian iaitu wanita, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) akan diberi perhatian yang khusus tanpa mengira bangsa dan agama.

“Perdana Menteri juga telah menyatakan sokongan terhadap pembabitan wanita di setiap peringkat, terutamanya di tempat membuat keputusan dalam sektor awam dan swasta.

“Ini akan memperkukuhkan usaha kementerian dalam memperjuangkan polisi sekurang-kurangnya 30 peratus wanita perlu berada di tempat membuat keputusan,” katanya dalam satu kenyataan akhbarnya di sini hari ini.

Shahrizat berkata, ketelusan kerajaan akan mewujudkan persekitaran yang boleh diakses oleh semua di samping memberi peluang kepada anggota masyarakat untuk bersama menyumbang kepada pembangunan negara.

Dalam perkembangan lain, RMK10 telah memperlihatkan kerajaan telah memperuntukkan 30 peratus daripada bajet keseluruhan untuk inisiatif pembangunan sosial sebagai bukti pentingnya pembangunan sosial di negara ini.

Menurutnya lagi, kementeriannya telah memulakan usaha meningkatkan pendapatan 40 peratus rakyat berpendapatan rendah terutamanya golongan yang diklasifikasi berpendapatan RM2,300 ke bawah sebagai langkah ke arah pembangunan sosial.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum