PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lesen peruncit jual barang kawalan untuk sekat ketirisan

Go down

Lesen peruncit jual barang kawalan untuk sekat ketirisan Empty Lesen peruncit jual barang kawalan untuk sekat ketirisan

Post  yeeleng(L6A) Wed Jun 16, 2010 7:13 am

KUALA LUMPUR: Tujuan kerajaan memperkenalkan lesen bagi peruncit menjual barang kawalan untuk menyekat ketirisan barang kawalan di kawasan sempadan dan bukan berniat membebankan mereka.

Datuk Seri Najib Razak berkata, tumpuan diberikan kepada peruncit di kawasan sempadan kerana di kawasan itu banyak barang kawalan dibawa keluar untuk tujuan lain. Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata beliau sudah meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berunding dengan Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia bagi menyelesaikan masalah lesen yang menjadi isu. “Kita tidak mahu membebankan peruncit, cuma tujuan kerajaan untuk menyekat dari segi ketirisan barangan ini, dan kita nak beri tumpuan kepada peruncit di kawasan sempadan,” katanya pada sidang media selepas majlis perjumpaan bersama guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ugutan persatuan itu yang mengancam mahu memboikot jualan tiga barang kawalan iaitu gula, minyak masak dan tepung gandum mulai semalam, yang dilihat akan menyukarkan pengguna.

Diminta mengulas kenaikan harga barangan yang turut menjejaskan golongan berpendapatan sederhana, Najib berkata pihaknya mengambil kira kepentingan semua pihak terutama golongan berpendapatan rendah dalam membuat sebarang keputusan termasuk menentukan polisi pemberian subsidi.

“Kalau kita hendak bagi subsidi, kita bagi kepada golongan sasaran sebab kebanyakan subsidi disalahgunakan dan ini menyebabkan beban kepada rakyat sebenarnya. Kalau kita dapat jimatkan perbelanjaan ini, kita dapat guna untuk kesejahteraan dan kebaikan rakyat,” katanya.
Mengulas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Keshvinder Singh keluar DAP dan menjadi wakil Bebas yang mesra Barisan Nasional (BN), Najib berkata sudah tentu ada sebab mengapa ADUN berkenaan keluar parti.

“Kena tanya dia sendiri (apa sebab), tentu ada sebab kenapa dia keluar, tentu dia tidak puas hati... hilang keyakinan, elok tanya dia sendiri,” katanya enggan mengulas lanjut.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum