PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

fakta rancangan Malaysia ke-10

3 posters

Go down

fakta rancangan Malaysia ke-10 Empty fakta rancangan Malaysia ke-10

Post  S.Teng(U6A/2010) Fri Jun 11, 2010 8:53 am

Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini adalah rancangan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun.

Pelaksanaan RMK-10 akan bermula dari tahun 2011-2015.

Intipati ucapan Perdana Menteri pada pembentangan RMK10 adalah bertemakan "Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial".

Ia dilihat amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

Berikut adalah fakta-fakta penting RMK-10:

* Memperuntukkan RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan bagi tempoh lima tahun tersebut.

* Daripada jumlah itu, 55 peratus diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan lima peratus untuk pentadbiran am.

* Laporan ekonomi itu bagi tempoh 2011-2015 setebal 449 muka surat untuk edisi Bahasa Melayu dan 429 muka surat bagi edisi Bahasa Inggeris, yang diterbitkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri akan dijual pada berharga RM80.

*kerajaan akan berpegang kepada empat tiang utama yakni formula empat campur empat.
Dua komponen ini boleh dibahagikan kepada empat Tiang Utama, terdiri daripada:
1. Falsafah induk 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan;
2. Program Transformasi Kerajaan atau GTP;
3. Program Transformasi Ekonomi atau ETP yang bersandarkan Model Baru Ekonomi, dan
4. Dua rancangan pembangunan lima tahun yakni RMKe-10 dan RMKe-11.

Empat tiang utama ini pula didukung oleh empat nilai asas pelengkap.
1. Membudayakan Kreativiti dan Inovasi.
2. Mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan.
3. Nilai untuk wang atau ‘Value for money’’
4. Nilai Integriti.


Last edited by S.Teng(U6A) on Fri Jun 11, 2010 9:18 am; edited 3 times in total

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

fakta rancangan Malaysia ke-10 Empty Re: fakta rancangan Malaysia ke-10

Post  S.Teng(U6A/2010) Fri Jun 11, 2010 8:54 am

Rancangan ini digagaskan daripada 10 idea yang kini diterjemahkan sebagai 10 premis utama seperti berikut:

1. Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.

2. Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.

3. Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.

4. Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.

5. Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.

6. Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.

7. Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.

8. Menyokong perkongsian pintar yang efektif.

9. Menghargai khazanah alam sekitar.

10. Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.


* RMKe-10 – Lima Teras Strategik
Dalam menerajui hala tuju bagi mencapai aspirasi RMKe-10, lima teras strategik utama dikenal pasti ke arah mencapai objektif serta sasaran ditetapkan dalam rancangan ini:

1. Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.

2. Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

3. Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

4. Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

5. Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.


Last edited by S.Teng(U6A) on Fri Jun 11, 2010 9:14 am; edited 2 times in total

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

fakta rancangan Malaysia ke-10 Empty Re: fakta rancangan Malaysia ke-10

Post  S.Teng(U6A/2010) Fri Jun 11, 2010 8:59 am

* Peruntukan RMK-10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK-9, tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka.

* Sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan untuk meningkatkan keupayaan penjawat awam.

* Tumpuan kepada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) akan diumumkan Oktober nanti iaitu:
(i) Minyak dan gas
(ii) Minyak sawit dan produk berkaitan
(iii) Perkhidmatan kewangan
(iv) Pemborongan dan peruncitan
(v) Pelancongan
(vi) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
(vii) Perkhidmatan Pendidikan
(viii) Elektrik dan elektronik
(ix) Perkhidmatan perniagaan
(x) Penjagaan kesihatan swasta
(xi) Pertanian
(xii) Greater Kuala Lumpur

* Satu unit khas, iaitu Unit Transformasi Ekonomi, akan ditubuhkan untuk merancang, menyelaras pelaksanaan dan pembangunan NKEA.

* Suruhanjaya Persaingan dan Tribunal Rayuan akan ditubuhkan untuk memastikan pelaksanaan undang-undang lebih teratur dan berkesan.

* Kerajaan terus berusaha untuk meletakkan Malaysia di lima tangga terbaik negara paling kompetitif di dunia.

* 1MDB akan membangunkan projek strategik KL meliputi Lapangan Terbang TUDM Sg Besi dan KL International Financial District.

* RMK-10 juga akan memastikan sasaran ekuiti korporat sebanyak 30% untuk Bumiputera dikekalkan.

* Dana berjumlah RM20 bilion akan disediakan melalui Dana Mudahcara atau Facilitation Fund bagi memudahkan sektor swasta membiayai projek perkongsian awam-swasta.

* Melalui Dana Mudahcara, kerajaan anggar menarik pelaburan swasta sekurang-kurangnya RM200 bilion; Antara projek yang dipertimbangkan ialah penambakan tanah di Westport, Pelabuhan Klang, Pembangunan Malaysia Truly Asia Centre di Kuala Lumpur dan Taman Teknologi Tinggi Senai di Iskandar Malaysia, Johor.

* Sebuah unit khas ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memandu dan mengarah keberkesanan sistem inovasi negara serta program pembangunan inovasi sedia ada.

* Pembiayaan kerajaan kepada syarikat modal teroka awam akan berbentuk ekuiti dan bukan pinjaman.

* Dana Inovasi Mudharabah (MIF) dengan peruntukan sebanyak RM500 juta akan diperkenal bagi menyediakan modal berisiko kepada syarikat modal teroka kerajaan.

* Dana Perkembangan Perniagaan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM150 juta akan ditubuhkan bagi merapatkan jurang pembiayaan antara pengkomersilan peringkat awal dan pembiayaan modal teroka bagi produk berteknologi tinggi.

* Undang-undang kebankrapan akan dipermudah untuk menyokong budaya mengambil risiko terhitung, menghapuskan stigma kegagalan dan membenarkan usahawan berkaliber lagi wibawa yang gagal untuk kembali aktif.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

fakta rancangan Malaysia ke-10 Empty Re: fakta rancangan Malaysia ke-10

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Sat Jun 12, 2010 1:01 pm

Di dalam perancangan RMKe-10, penekanan akan diberikan kepada projek-projek yang menawan hati rakyat dan secara tidak langsung memberi manfaat kepada rakyat jelata contohnya penyediaan perumahan yang selesa melalui Projek Perumahan Mesra Rakyat; peluang pekerjaan dan pendapatan sampingan melalui Projek Agropolitan dan juga peluang perusahaan tani melalui Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Lanchang.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

fakta rancangan Malaysia ke-10 Empty Re: fakta rancangan Malaysia ke-10

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Sat Jun 12, 2010 1:06 pm

Salah satu "highlight" semasa pembentangan RMK10

“Bagaimanapun, keputusan pengurangan subsidi akan dilaksanakan setelah mengambil kira maklum balas dan merundingi rakyat.

“Di atas segalanya, saya memberi jaminan dalam usaha mengurangkan subsidi, golongan berpendapatan rendah dan mereka yang paling memerlukan akan terus diberi bantuan untuk meringankan impak pengurangan subsidi ke atas kos sara hidup masing-masing,” katanya.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

fakta rancangan Malaysia ke-10 Empty Re: fakta rancangan Malaysia ke-10

Post  leeyoong_U6B Sat Jun 12, 2010 5:07 pm

Ada satu berita yang agak menggembirakan ingin saya berkongsi dengan semua rakan Tingkatan 6..
Cikgu tuisyen saya mengatakan bahawa terdapat 5% daripada biasiswa kerajaan akan diberi kepada pelajar tingkatan 6 yang mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam STPM pada masa yang akan datang. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha untuk mencapai keputusan yang baik dalam STPM~ Gambatte! Very Happy

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

fakta rancangan Malaysia ke-10 Empty Re: fakta rancangan Malaysia ke-10

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Sat Jun 12, 2010 5:50 pm

biasiswa untuk dalam negara atau luar negara?

Malaysia mempunyai satu cara yang baik untuk pemberian biasiswa...

dikatakan,
jikalau anda mendapat semua A, tiada A-, maka kemungkinan besar anda akan ditolak mendapat biasiswa luar negara kerana kerajaan "mahu mengekalkan bakat dalam negara"
dan kalau anda mendapat A- B+ maka anda berpotensi mendapat biasiswa luar negara...

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

fakta rancangan Malaysia ke-10 Empty Re: fakta rancangan Malaysia ke-10

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum