PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

industri pelancongan

2 posters

Go down

industri pelancongan Empty industri pelancongan

Post  juannajuann Fri Sep 12, 2008 11:45 am

saya perlu membuat pembentangan berkaitan dengan industri pelancongan. jadi saya sedang mencari idea tentang tajuk tersebut.misalnya apakah kesannya, masalah,usaha-usaha dalam mempromosikan industri pelancongan, kebaikannya dan sebagainya. jadi boleh tak diantara kamu memberikan sedikit idea tentang tajuk tersebut.

juannajuann

Posts : 1
Join date : 2008-09-09

Back to top Go down

industri pelancongan Empty Re: industri pelancongan

Post  PnLeela Sat Sep 20, 2008 1:35 am

Apa khabar juan, Smile

harap ini dapat membantu anda

INDUSTRI PELANCONGAN PENJANA BARU EKONOMI - Lidah Pengarang
PADA tahun lalu, kira-kira 10.2 juta pelancong melawat negara ini - angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur - selepas China dan Hong Kong.

Malah Asia Timur diramalkan akan terus menyaksikan peningkatan jumlah pelancong daripada 110 juta pada tahun lepas kepada 192 juta pada tahun 2005. Apakah Malaysia akan terus mengecapi 10 peratus daripada jumlah pelan-cong tersebut?

Semua ini menunjukkan betapa industri pelancongan mampu menjanakan pendapatan yang besar bagi ekonomi negara. Pada tahun lalu, industri pelancong menjanakan hasil sebanyak RM18.81 bilion (AS$4.95 bilion). Apakah industri ini berupaya menyaingi industri elektronik dan elektrik sebagai penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia?

Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memaju dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia.

Ini kerana kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit) di dalam dan luar negara. Ia sedikit sebanyak bergantung kepada `cerita-cerita' (pengalaman-pengalaman) para pelancong yang sudah melawat Malaysia.

Kalau baik `cerita'nya, baiklah hasilnya. Begitu jugalah sebaliknya. Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik melancong di Malaysia, tentunya akan datang semula dan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik.

Tetapi, apakah para pelancong yang melawat Malaysia mempunyai `cerita-cerita' baik tentang negara ini?

Jika diperhalusi, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden pelancong ditipu oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem pengangkutan awam, pencemaran sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya tidak menyumbang kepada pengalaman yang baik kepada para pelancong.

Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untuk memajukan lagi industri pelancongan kita. Bagaimanapun, sikap kita menerima aduan para pelancong dengan lewa dan tanpa rasa prihatin menambahkan lagi `cerita-cerita' buruk tentang Malaysia. Satu anjakan sikap perlu berlaku dalam memberi layanan terbaik kepada pelancong.

Malah siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan semua kementerian, jabatan, agensi dan sektor swasta bagi merangka perancangan dan program bersepadu bagi memajukan industri pelancongan tempatan. Usaha-usaha menggalakkan pelancongan tidak akan membuahkan hasil jika setiap pihak di dalam industri berkenaan tidak menjalankan peranan mereka dengan sebaik-baiknya.

Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzil mungkin bersetuju jika dikatakan bahawa fungsi dan tanggungjawab memajukan industri pelancongan negara tidak terletak pada bahu kementeriannya sahaja. Namun, kementeriannya sewajarnya memainkan peranan yang lebih besar dan penting dalam memastikan para pelancong pulang dengan `cerita-cerita' yang menarik dan menggembirakan dari Malaysia.

Pn Leela

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum