PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kerajaan kaji bina bangunan baru Parlimen di Putrajaya

Go down

Kerajaan kaji bina bangunan baru Parlimen di Putrajaya Empty Kerajaan kaji bina bangunan baru Parlimen di Putrajaya

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Wed Jun 09, 2010 1:39 pm

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan membina bangunan baru Parlimen di Putrajaya manakala bangunan sedia ada akan dibaik pulih dan dikekalkan sebagai bangunan warisan, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Katanya belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat berhubung perkara itu.
"Benda ini akan dibawa balik ke Jemaah Menteri untuk dibincangkan, kita akan timbang dari semua aspek dan fikir cara mana yang terbaik tetapi belum ada keputusan muktamad mengenainya.

"Sebenarnya Parlimen dah jadi bangunan warisan, kita tak boleh runtuhkan dan dalam masa yang sama kita kena pastikan bangunan ini juga diguna pakai, jadi kita akan fikir cara mana yang terbaik," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Pada persidangan Dewan Rakyat sebelum itu dan dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka), Mohamed Nazri berkata Jemaah Menteri baru-baru ini telah memutuskan bangunan Parlimen yang baru dibina di Putrajaya manakala bangunan yang lama akan dibaik pulih dan dikekalkan sebagai bangunan warisan.

"Bagaimanapun butiran lanjut mengenainya masih dalam peringkat kajian oleh Jabatan Kerja Raya," katanya.

Beliau berkata, terdapat juga cadangan untuk membina sebuah Kompleks Parlimen yang baru dalam kawasan sedia ada bagi memenuhi keperluan Parlimen Malaysia di masa akan datang dengan mengambil kira aspek keselesaan, keperluan, kemudahan dan pertambahan bilangan Ahli Parlimen.
"Kerja membaik pulih, menaik taraf dan mengubahsuai bangunan Parlimen sedia ada pula adalah bagi membaik pulih struktur bangunan dan mengganti sistem mekanikal yang telah uzur. Cadangan ini telah dibawa ke peringkat mesyuarat Jemaah Menteri untuk pertimbangan," katanya.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum