PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pelajar bumiputera lebih ramai dalam bidang kompetitif

+2
vinclam1314
claraliew04 (U6A)
6 posters

Go down

Pelajar bumiputera lebih ramai dalam bidang kompetitif Empty Pelajar bumiputera lebih ramai dalam bidang kompetitif

Post  claraliew04 (U6A) Fri Jun 20, 2008 3:28 pm

Pelajar bumiputera lebih ramai dalam bidang kompetitif

PUTRAJAYA 18 Jun - Jumlah pelajar bumiputera mendahului jumlah pelajar kaum lain dalam bidang pengajian kompetitif yang ditawarkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akademik 2008/2009.

Jumlah pelajar bumiputera lebih ramai berbanding pelajar Cina dan India dalam bidang pengajian seperti perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan elektronik, kejuruteraan kimia, kejuruteraan mekanikal dan undang-undang.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata, seramai 491 pelajar bumiputera ditawarkan pengajian dalam bidang perubatan berbanding pelajar Cina (359) dan pelajar India (80).

''Ini bermakna sebanyak 52.8 peratus pelajar perubatan merupakan bumiputera berbanding Cina sebanyak 38.6 peratus dan India sebanyak 8.6 peratus," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, trend sama berlaku dalam bidang pergigian dan farmasi apabila masing-masing 58.05 peratus dan 50 peratus tempat pengajian diperuntukkan kepada pelajar bumiputera.

''Seramai 119 pelajar bumiputera telah ditawarkan tempat untuk pengajian pergigian berbanding 79 pelajar Cina dan tujuh pelajar India.

''Untuk farmasi pula, seramai 145 pelajar bumiputera ditawarkan tempat pengajian berbanding 140 pelajar Cina dan lima pelajar India," katanya.

Apakah pandangan/pendapat kalian tentang perkara ini..?? Dasar pendidikan Malaysia berdasarkan bangsa warga ataupun keputusan-keputusan pelajar ?? confused

claraliew04 (U6A)

Posts : 8
Join date : 2008-06-10
Age : 34

Back to top Go down

Pelajar bumiputera lebih ramai dalam bidang kompetitif Empty Re: Pelajar bumiputera lebih ramai dalam bidang kompetitif

Post  vinclam1314 Fri Jun 20, 2008 3:36 pm

Menurut isu ini, saya berasa perkara begini berlaku kerana dasar Matrikulasi. Pelajar Matrikulasi mempunyai pilihan utama / lebih awal tentang course yang mereka ingin belajar / masuk. Oleh itu, kebanyakan daripada pelajar dalam course yang amat popular adalah pelajar daripada matrikulasi.. Tempat belajar yang tinggal yang masih terdapat dalam course tertentu barulah diberikan kepada pelajar STPM untuk bertanding untuk masuk.. Ini adalah agak tidak adil kepada pelajar STPM.. ( Kebanyakan pelajar matrikulasi adalah pelajar bumiputera, bangsa / kaum bukan bumiputera adalah sangat sedikit ) Selain itu, terdapat juga banyak pelajar STPM yang berbangsa bumiputera juga.. Saya berasa bahawa bumiputera adalah berpeluang lebih tinggi berbanding dengan pelajar bukan bumiputera untuk mendapatkan sesuatu tempat course ( jikalau bukan begitu, kenapa kita perlu mengisi tempat bahawa apakah bangsa kita dan agama kita dalam pemohonan STPM ? ) Neutral

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Pelajar bumiputera lebih ramai dalam bidang kompetitif Empty Re: Pelajar bumiputera lebih ramai dalam bidang kompetitif

Post  hawjiun Fri Jun 20, 2008 3:50 pm

vinclam1314 wrote:Menurut isu ini, saya berasa perkara begini berlaku kerana dasar Matrikulasi. Pelajar Matrikulasi mempunyai pilihan utama / lebih awal tentang course yang mereka ingin belajar / masuk. Oleh itu, kebanyakan daripada pelajar dalam course yang amat popular adalah pelajar daripada matrikulasi.. Tempat belajar yang tinggal yang masih terdapat dalam course tertentu barulah diberikan kepada pelajar STPM untuk bertanding untuk masuk.. Ini adalah agak tidak adil kepada pelajar STPM.. ( Kebanyakan pelajar matrikulasi adalah pelajar bumiputera, bangsa / kaum bukan bumiputera adalah sangat sedikit ) Selain itu, terdapat juga banyak pelajar STPM yang berbangsa bumiputera juga.. Saya berasa bahawa bumiputera adalah berpeluang lebih tinggi berbanding dengan pelajar bukan bumiputera untuk mendapatkan sesuatu tempat course ( jikalau bukan begitu, kenapa kita perlu mengisi tempat bahawa apakah bangsa kita dan agama kita dalam pemohonan STPM ? ) Neutral

Saya bersetuju dengan pandangan abang tohwai. Penubuhan matrikulasi sememangnya memberi tamparan hebat kepada pelajar yang mengambil STPM. Ini memang tidak adil kepada pelajar STPM. Mereka belajar bersungguh-sungguh untuk apa Question Demi ingin memasuki universiti yang diingini dan meneruskan bidang yang ingin diceburi. Malahan, jika dibandingkan STPM dengan matrikulasi, syllabus matrikulasi adalah lebih mudah berbanding dengan syllabus STPM. Bukan itu sahaja, kertas peperiksaan matrikulasi disemak oleh guru-guru di matrikulasi sahaja tetapi kertas peperiksaan STPM disemak oleh guru-guru yang berpengalaman. bagi pelajar matrikulasi, mereka akan diberi keutamaan terlebih dahulu manakala pelajar STPM tidak. Sekiranya matrikulasi tidak ditubuhkan, maka bolehlah bertanding secara adil dan saksama. Penubuhan matrikulasi ini sememangnya melemahkan sistem pendidikan negara kita dan kualitinya semakin merosot. Demi masa depan kita, kita mesti membuktikan bahawa pelajar STPM adalah lebih baik daripada pelajar matrikulasi Exclamation Exclamation

hawjiun

Posts : 58
Join date : 2008-01-11
Age : 34
Location : Kuala Lumpur

http://hawjiun.blogspot.com

Back to top Go down

Pelajar bumiputera lebih ramai dalam bidang kompetitif Empty Re: Pelajar bumiputera lebih ramai dalam bidang kompetitif

Post  vinclam1314 Fri Jun 20, 2008 4:20 pm

Urm.. saya setuju dengan kata adik yang mengatakan kualiti mahasiswa malaysia samakin menurun.. matrikulasi adalah juga merupakan salah satu faktornya, akan tetapi, kewujudan matrikulasi tidak boleh dibincangkan secara terbuka kerana isu ini adalah isu sensitif. Jika matrikulasi tidak boleh dinafikan, then saya berasa sistemnya patutnya semacam STPM supaya adil dengan pelajar lain... dengan pertandingan yang adil ini, tentulah kualiti mahasiswa akan dipertingkatkan lagi kerana pertandingan akan menyebabkan pelajar lebih bersemangat dalam pembelajaran..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Pelajar bumiputera lebih ramai dalam bidang kompetitif Empty Re: Pelajar bumiputera lebih ramai dalam bidang kompetitif

Post  siewMei Sun Jun 22, 2008 3:09 pm

dalam tanggapan kerajaan,matrikulasi memang setanding dengan STPM,mereka tidak anggap STPM lebih susah berbanding matrikulasi. Tambahan pula,matrikulasi memang ditubuhkan untuk kaum bumiputera,oleh itu pelajar matrikulasi akan diberi keutamaan dahulu lepas itu baru tiba giliran pelajar STPM.. Memang sejak dari dulu kaum bumiputera diberi keutamaan semasa masuk universiti,oleh itu,kita tidak boleh kata apa-apa tentangnya kerana kita bukan bumiputera jadi terimalah hakikat ini,kita perlu curahkan lebih banyak usaha berbanding kaum bumiputera jika kita ingin mendapat tempat di universiti.sama-sama kita berjuang ya abang dan kakak sekalian.. Very Happy

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 35

Back to top Go down

Pelajar bumiputera lebih ramai dalam bidang kompetitif Empty Re: Pelajar bumiputera lebih ramai dalam bidang kompetitif

Post  hawjiun Sun Jun 22, 2008 3:32 pm

siewMei wrote:dalam tanggapan kerajaan,matrikulasi memang setanding dengan STPM,mereka tidak anggap STPM lebih susah berbanding matrikulasi. Tambahan pula,matrikulasi memang ditubuhkan untuk kaum bumiputera,oleh itu pelajar matrikulasi akan diberi keutamaan dahulu lepas itu baru tiba giliran pelajar STPM.. Memang sejak dari dulu kaum bumiputera diberi keutamaan semasa masuk universiti,oleh itu,kita tidak boleh kata apa-apa tentangnya kerana kita bukan bumiputera jadi terimalah hakikat ini,kita perlu curahkan lebih banyak usaha berbanding kaum bumiputera jika kita ingin mendapat tempat di universiti.sama-sama kita berjuang ya abang dan kakak sekalian.. Very Happy

Betul kata kakak siewmei. Kita perlu terima hakikat ini. Tetapi sekarang kerajaan telah mengamalkan dasar meritokrasi. Lebih banyak kaum bukan bumiputera boleh melanjutkan pelajaran di universiti tempatan. Jadi, saya juga ingin belajar dari kakak siewmei, rajin seperti kakak siewmei. Very Happy.Sekiranya anda tidak dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan, apakah rancangan anda?

hawjiun

Posts : 58
Join date : 2008-01-11
Age : 34
Location : Kuala Lumpur

http://hawjiun.blogspot.com

Back to top Go down

Pelajar bumiputera lebih ramai dalam bidang kompetitif Empty Re: Pelajar bumiputera lebih ramai dalam bidang kompetitif

Post  siewMei Sun Jun 22, 2008 3:41 pm

Bila-bila masa pun boleh abang hawjiun jika terdapat sebarang pertanyaan.. Very Happy saling membantu salah satu strategi untuk mencapai kejayaan.. Razz
jika saya tidak mendapat tempat di universiti tempatan,terpaksalah saya mendaftarkan diri di IPTS seperti kolej swasta..tiada pilihan lain lagi untuk pelepas STPM kecuali berjaya mendapat biasiswa untuk belajar di tempat lain..

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 35

Back to top Go down

Pelajar bumiputera lebih ramai dalam bidang kompetitif Empty Re: Pelajar bumiputera lebih ramai dalam bidang kompetitif

Post  vinclam1314 Mon Jun 23, 2008 12:55 pm

Nampaknya banyak orang mendapat course yang mereka ingin dapatkan.. Di dalam forum lain, saya ternampak banyak orang mengatakan bahawa mereka mendapat pilihan pertama / kedua atau ketiga.. Di sekolah kami, saya terdengar banyak senior yang mendapat pilihan yang agak bagus.. saya berpendapat bahawa kemungkinan besar kami akan mempunyai peluang yang agak tinggi untuk mendapat course yang kami inginkan kerana saya beryakini bahawa kerajaan akan memberikan lebih banyak peluang kepada rakyat bukan bumiputera pada masa depan..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Pelajar bumiputera lebih ramai dalam bidang kompetitif Empty Re: Pelajar bumiputera lebih ramai dalam bidang kompetitif

Post  weichian_89 Mon Jun 23, 2008 1:17 pm

memang tidak adil bagi pelajar bukan bumiputra,dalam peperiksaan pelajar matriks sistem permarkahannya adalah bergantung dengan projek-projek yang diberi oleh guru mereka,biasanya markah projek adalah mengambil markah tinggi berbanding dengan markah peperiksaan.oleh itu,merekalah boleh dapat markah yang tinggi dalam peperiksaan,tetapi tidak boleh kita mengatakan apa,hanyalah belajar sungguh-sungguh. Very Happy
bagi saya,saya tidak yakinlah masuk ke universiti...jika dapat memanglah saya bersyukur...haha... Laughing
bagi kemasukkan universiti,saya dapat berita tentang kebanyakan senior kita mendapat pilihan ke-5 atau ke-6 saja,tetapi ini mungkin adalah terdapat perbezaan dengan senior aliran sains...haha... tongue

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 35
Location : batu caves

Back to top Go down

Pelajar bumiputera lebih ramai dalam bidang kompetitif Empty Re: Pelajar bumiputera lebih ramai dalam bidang kompetitif

Post  hawjiun Mon Jun 23, 2008 6:33 pm

weichian_89 wrote:memang tidak adil bagi pelajar bukan bumiputra,dalam peperiksaan pelajar matriks sistem permarkahannya adalah bergantung dengan projek-projek yang diberi oleh guru mereka,biasanya markah projek adalah mengambil markah tinggi berbanding dengan markah peperiksaan.oleh itu,merekalah boleh dapat markah yang tinggi dalam peperiksaan,tetapi tidak boleh kita mengatakan apa,hanyalah belajar sungguh-sungguh. Very Happy
bagi saya,saya tidak yakinlah masuk ke universiti...jika dapat memanglah saya bersyukur...haha... Laughing
bagi kemasukkan universiti,saya dapat berita tentang kebanyakan senior kita mendapat pilihan ke-5 atau ke-6 saja,tetapi ini mungkin adalah terdapat perbezaan dengan senior aliran sains...haha... tongue

Kakak wei chian janganlah tidak bersemangat. Saya pasti kakak akan dapat memasuki ke universiti dan mendapat bidang yang diingini. Kita sebagai pelajar STPM seharusnya membuktikan bahawa bahawa kita bukanlah lemah walaupun penubuhan matrikulasi membolehkan pelajar dapat tempat di universiti. Kita juga boleh melakukannya. Gambateh Semua!!! Smile

hawjiun

Posts : 58
Join date : 2008-01-11
Age : 34
Location : Kuala Lumpur

http://hawjiun.blogspot.com

Back to top Go down

Pelajar bumiputera lebih ramai dalam bidang kompetitif Empty RE : Pelajar bumiputera lebih ramai dalam bidang kompetitif

Post  mon_ling Wed Jun 25, 2008 1:54 pm

Pada pendapat saya, jika kerajaan ingin bertindak adil kepada pelajar STPM dan matrikulasi, mereka harus lah memberi peluang memasuki universiti yang sama kepada pelajar-pelajar. Cthnya, mereka boleh membahagi bilangan calon kepada 50% bagi pelajar matrikulasi dan 50% bagi kepada pelajar STPM. Maka, pelajar-pelajar bolehlah bersaing dengan lebih adil.
Selain itu, saya rasa kakak dan abang STPM haruslah jangan berasa tidak adil ataupun putus asa, keadaan yang tidak adil ini membolehkan kita belajar dengan lebih banyak dan mendalam daripada sesiapa pun. Seperti yang kakak dan abang kata, syllbus STPM adalah lebih susah dan peperiksaan kita adalah disemak olen mereka yang sangat berpengalaman. Ini telah menunjukan tahap kits adalah lebih tinggi, jadi, marilah kita berusaha bersungguh-sungguh sama sama merebut kerusi universiti. Jika tidak dapat pun tidak bermakna kita tidak berpengetahuan, mungkin adalah tidak bertuah saja ~ harap kakak dan abang yang lebih pandai tu tolonglah kita yang lebih lemah supaya seluruh pelajar Chong Hwa boleh mendapat keputusan yang baik ! ^^ Jangan putus asa !! lol!

mon_ling

Posts : 4
Join date : 2008-03-20

Back to top Go down

Pelajar bumiputera lebih ramai dalam bidang kompetitif Empty Re: Pelajar bumiputera lebih ramai dalam bidang kompetitif

Post  siewMei Fri Jul 04, 2008 10:23 am

wah...semangat yang membara kakak monling.. hehe.. Smile
memang betul,ini membolehkan kita belajar lebih bersungguh-sungguh.. salah seorang kawan saudara saya merupakan professor di UPM,beliau mengajar bidang veterinary,beliau pernah beritahu saya bahawa jangan bersedih kerana tidak mendapat matrik,sebaliknya rasa bertuah kerana mengambil STPM,beliau juga kata pelajar STPM yang masuk U lebih mahir dan lebih cepat memahami pelajaran yang diajar oleh beliau.. Beliau kata pelajar matri agak lemah sedikit berbanding pelaja STPM.. Oleh itu,berusahalah sama-sama kawan-kawan sekalian,tinggal empat bulan sahaja.. berjuang sampai akhir!!! bounce

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 35

Back to top Go down

Pelajar bumiputera lebih ramai dalam bidang kompetitif Empty Re: Pelajar bumiputera lebih ramai dalam bidang kompetitif

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum