PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MALAYSIA BAKAL BANKRUPT MENJELANG 2019!!!!

3 posters

Go down

MALAYSIA BAKAL BANKRUPT MENJELANG 2019!!!! Empty MALAYSIA BAKAL BANKRUPT MENJELANG 2019!!!!

Post  LEE WEI SHAN L6F 2010 Fri May 28, 2010 10:16 am

2010/05/28
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu merasionalisasikan subsidi untuk bergerak ke depan secara lebih ekonomi yang selaras dengan pengurangan subsidi di peringkat global.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata selain menggalakkan pemuliharaan yang lebih tinggi dan mengurangkan penggunaan, ia perlu dilaksanakan kerana banyak negara sudah melaksanakannya. "Rakyat Somalia sendiri perlu bayar harga yang lebih tinggi untuk petrol berbanding rakyat Malaysia,” katanya pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini semalam. Idris berkata, mengikut perangkaan Pertubuhan Bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), perbelanjaan subsidi Malaysia berdasarkan peratusan keluaran dalam negara kasar (KDNK) nominal antara 2006 dan 2009 adalah pada 11 peratus.

Katanya, ia hampir tiga kali ganda berbanding negara bukan OECD seperti Filipina dan 55 kali lebih tinggi berbanding negara OECD seperti Switzerland.

“Bil subsidi kerajaan tidak berkekalan, terutama berdasarkan defisit bajet dan hutang kerajaan yang semakin meningkat. Ia lebih tinggi berbanding Indonesia pada 28 peratus dan semakin menghampiri Filipina pada 62 peratus,” katanya.

Beliau juga berkata, budaya subsidi mempunyai kesan negatif kerana ia dinikmati mereka yang tidak berhak selain tertakluk kepada ketirisan serta penyalahgunaan dan pada masa sama menggalakkan gangguan pasaran selain menggalakkan penggunaan berlebihan hasil daripada lebihan pengeluaran.
“Kira-kira 97 peratus daripada subsidi Malaysia diagihkan secara menyeluruh. Ia diberi kepada setiap orang tanpa mengira paras pendapatan untuk pendidikan rendah, menengah dan tinggi, perubatan, petrol, gula dan minyak masak, selain bantuan kebajikan dan elaun," katanya.

Beliau berkata, kerajaan dalam kerangka kerja merasionalisasikan subsidi, antara lain akan memberi tumpuan terhadap perkara utama bagi mencapai penjimatan lebih besar seperti bahan api, gas dan tol dan pada masa meneruskan subsidi pendidikan, sebagai pelaburan modal insan.[/b]
[i]
LEE WEI SHAN L6F 2010
LEE WEI SHAN L6F 2010

Posts : 23
Join date : 2010-05-26

Back to top Go down

MALAYSIA BAKAL BANKRUPT MENJELANG 2019!!!! Empty Re: MALAYSIA BAKAL BANKRUPT MENJELANG 2019!!!!

Post  leeyoong_U6B Tue Jun 08, 2010 3:31 pm

Dalam kerangka kerja merasionalisasikan subsidi, kerajaan hanya akan memberi tumpuan terhadap perkara utama bagi mencapai penjimatan lebih besar dan pada masa meneruskan subsidi pendidikan, sebagai pelaburan modal insan. Pada pendapat saya, pengurangan subsidi ini dapat membantu pembangunan negara. Bagi mengelakkan negara kita "bankrupt" menjelang 2019, langkah ini tidak boleh diabaikan lagi. Dengan pengurangkan subsidi, negara kita barulah akan mempunyai sumber wang yang mencukupi untuk membangunkan dan memajukan negara kita. Seterusnya, ini dapat merealisasikan visi kita dan membawa negara kita ke peringkat yang lebih tinggi. Hanya dengan sumber kewangan yang mencukupi, negara kita barulah boleh melancarkan program atau projek yang besar untuk mengharumkan nama negara kita di peringkat antarabangsa.

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

MALAYSIA BAKAL BANKRUPT MENJELANG 2019!!!! Empty Re: MALAYSIA BAKAL BANKRUPT MENJELANG 2019!!!!

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Wed Jun 09, 2010 1:32 pm

Katanya senang. Jikalau kerajaan memberikan satu laporan yang lengkap mengenai kewangan Malaysia dan dalam bidang apakah yang telah wang dilaburkan, kemungkinan tinggi akan ada profesional yang tampil dan memberikan nasihat supaya dapat mengendalikan kewangan malaysia dengan lebih baik.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

MALAYSIA BAKAL BANKRUPT MENJELANG 2019!!!! Empty Re: MALAYSIA BAKAL BANKRUPT MENJELANG 2019!!!!

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum