PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Langkah-langkah untuk Menjimatkan tenaga

+2
vinclam1314
PnLeela
6 posters

Go down

Langkah-langkah untuk Menjimatkan tenaga Empty Langkah-langkah untuk Menjimatkan tenaga

Post  PnLeela Sat Jun 14, 2008 6:40 pm

Hi kelas,

Kini kita semua menghadapi krisis kenaikan kos terutamanya minyak, elektrik dan gas.
Marilah kita sama-sama berkongsi maklumat tentang langkah penjimatan hal-hal tersebut.
Nyatakan dengan ringkas, kalau ada rujukan sah, paparkannya dalam ulasan anda.


Mungkin anda belum pernah mendengar suatu kaedah untuk mengurangkan
penggunaan bahanapi kenderaan anda sebeluim ini. Terdapat satu teknik-2
yang dipanggil “hypermiling” iaitu untuk mengurangkan penggunaan
bahanapi.

1. Tekan pedal minyak perlahan-lahan apabila memulakan perjalanan.

2. Pandu kenderaan anda perlahan terutama apabila menghampiri lampu
isyarat dan cuba dapatkan jarak masa sehingga lampu hijau supaya anda
tidak perlu berhenti.

3. Apabila menuruni bukit, cuba tutup suis enjin atau ambil lajak
dengan membiarkan kenderaan bergerak bebas tanpa menekan pedal minyak.

4. Tutup suis A/C dan gunakan “blower” tanpa pendingin udara.

5. Apabila melalui selekoh, cuba gunakan kelajuan yang sama tanpa menambah kelajuan kenderaan.

6. Gunakan “auto cruise” jika kenderaan anda mewmpunyai aksesori ini. Auto cruise mengatur penggunaan bahanapi secara minima.

7. Ekori belakang kenderaan seperti bas, lori atau van secara selamat supaya rintangan udara (aerodinamik) dapat diminimumkan.

8. Minimumkan berat muatan kenderaan anda suapay kenderaan dapat
bergerak mudah tanpa beban yang memerlukan penggunaan tenaga yang
lebih. Jika kenderaan anda 4WD, elakkan penggunaan pacuan empat roda.

9. Kurangkan penggunaan brek dengan mengurangkan kelajuan sebelum
hendak berhenti kerana apabila membrek ketika kenderaan sedang bergerak
laju, ia sedang membazirkan bahanapi tanpa memberi faedah kepada anda
kerana anda mahu kenderaan anda berhenti.

10. Rancang perjalanan anda dengan bijak, cari jalan pintas dan elakkan
kesesakan trafik atau pusingan yang jauh. Jauhi jalan yang berbukit
atau berlopak-lopak.

Teknik di atas telah dicuba dan diuji oleh penduduk Amerika dan mereka
mendapati dapat mengurangkan penggunaan bahanapi sebanyak 30%. Ada
sesetengah kenderaan dapat jimat lebih dari itu. Anda bila lagi nak
mencuba?


Harap dapat banyak lagi tips yang praktikal, dalam usaha berjimat cermat Smile

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Langkah-langkah untuk Menjimatkan tenaga Empty Re: Langkah-langkah untuk Menjimatkan tenaga

Post  vinclam1314 Sun Jun 15, 2008 1:12 pm

urm.. saya pernah membaca satu petikan yang mengenai tentang penjimatan minyak petrol dalam perjalanan...
Menurut satu pengajian yang dibuat oleh British, jika sesebuah kereta berjalan dengan kelajuan kurang atau sama daripada 64 km / hour , ia adalah dalam keadaan yang paling jimat minyak petrol.. dan bukannya yang kebanyakan orang beranggap- 88km / hour adalah paling jimat minyak petrol (tanggapan salah) akan tetapi, saya berpendapat dengan kelajuan yang lebih tinggi, dapat menjimatkan masa perjalanan kita (dalam perjalanan terus dan tiada banyak kereta ) akan tetapi, untuk menyimbangkan samada mahu menjimat masa atau menjimat masa, adalah terpulan kepada kami sendiri,kan? apakah pandangan kalian tentang hal ini dan apa lagi cara yang sesuai untuk menjimat minyak dan kos harian kalian?

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Langkah-langkah untuk Menjimatkan tenaga Empty Re: Langkah-langkah untuk Menjimatkan tenaga

Post  hawjiun Mon Jun 16, 2008 3:58 pm

vinclam1314 wrote:urm.. saya pernah membaca satu petikan yang mengenai tentang penjimatan minyak petrol dalam perjalanan...
Menurut satu pengajian yang dibuat oleh British, jika sesebuah kereta berjalan dengan kelajuan kurang atau sama daripada 64 km / hour , ia adalah dalam keadaan yang paling jimat minyak petrol.. dan bukannya yang kebanyakan orang beranggap- 88km / hour adalah paling jimat minyak petrol (tanggapan salah) akan tetapi, saya berpendapat dengan kelajuan yang lebih tinggi, dapat menjimatkan masa perjalanan kita (dalam perjalanan terus dan tiada banyak kereta ) akan tetapi, untuk menyimbangkan samada mahu menjimat masa atau menjimat masa, adalah terpulan kepada kami sendiri,kan? apakah pandangan kalian tentang hal ini dan apa lagi cara yang sesuai untuk menjimat minyak dan kos harian kalian?

Saya berasa kereta yang berjalan dengan kelajuan 64km/h atau 88km/h tidak dapat menjimatkan minyak petrol dengan efektif. Sebenarnya, sesetengah kereta yang mempunyai auto-cruise boleh menetapkan kelajuan yang diingini boleh melakukan sahaja. Ia amat berguna samasa berjalan di lebuh raya utara-selatan. Ini kerana kaki kanan kita akan berasa kejang setelah lama memijak pedal accelerator dalam masa yang panjang. jadi pemandu boleh merehatkan kaki kanannya tanpa memijak pedal tersebut. Namun, bagi sesetengah kereta yang tiada auto-cruise kelajuan keretanya amat sukar dikawal. Saya bukan mengatakan cadangan abang tohwai tidak baik, tetapi ini hanya berkaitan dengan kaki kanan pemandu sahaja. Saya berasa ia amat sukar mengawal dengan kelajuan kereta dengan tetap. Saya juga mengalami masalah ini. Untuk mengatasi masalah ini, sesetengah kereta boleh memanipulasikan limit kelajuan kereta. Apabila sampai ke kelajuan yang dilimitkan kelajuan kereta tidak akan menambah walaupun betapa kuat anda pijak pedal tersebut Laughing Laughing

Saya juga terlihat di majalah kereta bahawa produk-produk tertentu boleh menjimatkan penggunaan minyak petrol seperti mencampurkan cecair produk itu dengan minyak petrol ataupun meletakkan sesuatu di tangki minyak anda. kalian pernah mendengar?? Sesiapa pernah mencubanya? adakah ia efektif? Very Happy

hawjiun

Posts : 58
Join date : 2008-01-11
Age : 34
Location : Kuala Lumpur

http://hawjiun.blogspot.com

Back to top Go down

Langkah-langkah untuk Menjimatkan tenaga Empty Re: Langkah-langkah untuk Menjimatkan tenaga

Post  wendy Fri Jul 04, 2008 2:29 pm

mencampurkan cecair produk dengan minyak petrol ataupun meletakkan sesuatu di tangki minyak?tak pernah dengar pun...haiz...saya ketinggalan zaman ni...Selepas membaca koman yang diberi oleh cikgu,En.Viclam dan hawjiun...tiba-tiba mempunyai rasa sedih....kenapa kita perlu susah payah menjimatkan petrol?Kenapa kita memerlukan petrol untuk sampai ke destinasi?kenapa negara asyik menaikkan harga petrol sehingga menyusahkan rakyat? Crying or Very sad
cheers Kenapa sainstist tidak menguji barang yang boleh mengganti penggunaan petrol ATAU menghasilkan kereta tanpa menggunakan petrol (perlu berjalan dengan lajuseperti penggunaan petrol)?dan ini membantu mengurangkan pencemaran udara iaitu karbon dioksida dan karbon monoksida.
Bukan kita perlahankan kereta akan menyebabkan kemalangan? Seperti Apabila menuruni bukit, cuba tutup suis enjin atau ambil lajak dengan membiarkan kenderaan bergerak bebas tanpa menekan pedal minyak.

wendy

Posts : 60
Join date : 2008-02-06

Back to top Go down

Langkah-langkah untuk Menjimatkan tenaga Empty Re: Langkah-langkah untuk Menjimatkan tenaga

Post  hawjiun Fri Jul 04, 2008 5:42 pm

Apabila kakak wendy mengatakan "Apabila menuruni bukit, cuba tutup suis enjin atau ambil lajak dengan membiarkan kenderaan bergerak bebas tanpa menekan pedal minyak." , saya teringat satu iklan seperti kakak wendy katakan dan ia amat kelakar. Adakah kakak wendy pernah melihat iklan ini? Cara ini sememangnya membazir masa sahaja dan ia berkemungkinan merosakkan enjin kereta anda.Penyelidikan dan R&D di negara kita juga sedang menjalankan kaji selidik untuk menggantikan penggunaan petrol daripada minyak kelapa sawit. Tetapi tiada sebarang berita terkini tentang ini sehingga sekarang. Crying or Very sad

hawjiun

Posts : 58
Join date : 2008-01-11
Age : 34
Location : Kuala Lumpur

http://hawjiun.blogspot.com

Back to top Go down

Langkah-langkah untuk Menjimatkan tenaga Empty Re: Langkah-langkah untuk Menjimatkan tenaga

Post  vinclam1314 Sat Jul 05, 2008 2:28 am

Sebenarnya, terdapat banyak bahan api telah pun diubahsuaikan untuk menggantikan petrol untuk kereta dan sebagainya.. sebagai satu contoh, salah seorang kerabat diraja britain telah mengubahsuaikan keretanya dengan tidak menggunakan petrol untuk menggerakkan kereta tetapi menggunakan minuman keras untuk menggerakkan enjin kereta... selain itu, terdapat banyak lain bahan api seperti minyak organik telah pun diubahsuaikan untuk mengganti petrol.. di negara kita, terdapat seorang pelajar pernah pun menciptakan satu cara dengan mencampurkan air dengan petrol untuk menggerakkan enjin kereta.. akan tetapi, semua yang saya sebutkan di atas agak meliputi kos... tiada banyak orang yang ingin mengusahakan industri ini... pada pandangan saya, hal ini berlaku kerana masih terdapat banyak orang yang tidak mengetahui tentang penggantian petrol dan harga pengubahsuaian enjin dan harga pengeluaran minyak campuran / minyak penggantian ini agak melibatkan kos yang tinggi.. oleh itu, tiada banyak orang yang berminat dalam industri ini.. misalnya. walaupun kita tahu harga gas NGV adalah lebih murah berbanding dengan petrol, kereta kita juga boleh mengubahsuaikan supaya menggunakan gas NGV untuk menggerakkan enjin, akan tetapi, kebanyakan daripada kami masih tidak berminat untuk menukarkan nya... kenapakah hal ini berlaku? adakah ini melibatkan kos yang tinggi? adalah station minyak agak sukar dijumpai? atau mempunyai faktor-faktor yang lain? saya berasa kalian tentulah tahu jawapan ni, kan? apakah pandangan kalian mengenai tentang isu ini?

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Langkah-langkah untuk Menjimatkan tenaga Empty Re: Langkah-langkah untuk Menjimatkan tenaga

Post  siewMei Wed Jul 09, 2008 10:10 am

ya,memang benar disebabkan kos pengubahsuaian kepada penggunaan gas NGV sangat tinggi,jika hendak menukar mengguna gas NGV,sekurang-kurangnya perlu membayar rm2500+ memandangkan permintaan penggunaan gas NGV semakin meningkat.. Oleh itu,saya rasa kerajaan patut memberi sedikit bantuan kewangan ataupun mengawal harga kos pengubahsuai ini kerana banyak peniaga sengaja meningkatkan harga supaya beban rakyat dapat dikurangkan..

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 35

Back to top Go down

Langkah-langkah untuk Menjimatkan tenaga Empty Re: Langkah-langkah untuk Menjimatkan tenaga

Post  CikguPA Tue Sep 08, 2009 12:34 pm

Enam peratus tenaga diperbaharui 2015

SEMENYIH 7 Sept. - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menyasarkan sekurang-kurangnya enam peratus daripada tenaga elektrik yang dijana akan diperoleh melalui tenaga diperbaharui menjelang 2015.

Pada waktu itu, penjanaan tenaga elektrik terkumpul yang disasarkan adalah sebanyak 1,000 megawatt (MW).

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, setakat ini, hanya sebuah loji penjanaan tenaga diperbaharui yang diusahakan oleh syarikat pengurusan sisa pepejal, Recycle Energy Sdn. Bhd. (RESB) berupaya menjana tenaga elektrik di negara ini.

Menurutnya, RESB juga merupakan satu-satunya syarikat kitar semula sisa pepejal dalam negara yang mempunyai proses penjanaan tenaga tersebut.

Beliau memberitahu, loji berkenaan hanya mampu menghasilkan 8 MW elektrik sejam dan ia boleh ditingkatkan pada masa akan datang bagi memenuhi keperluan tenaga elektrik dalam negara.

''Ia merupakan permulaan yang baik yang dimulakan oleh syarikat swasta sebagai salah satu penyelesaian kepada kekurangan sumber tenaga di negara ini.

''Setakat ini, sumber-sumber tenaga biomass yang menjana tenaga elektrik termasuk kelapa sawit menyumbang sebanyak 40.5 MW kepada tenaga elektrik negara,'' katanya selepas mengadakan lawatan kilang RESB di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif RESB, Khalid Bahsoon.

Kos pembinaan loji tenaga diperbaharui berkenaan adalah kira-kira RM190 juta manakala kos operasinya pula sebanyak RM2 juta sebulan.

Bermula Ogos lalu, syarikat melalui Perjanjian Pembelian Tenaga Diperbaharui dengan Tenaga Nasional Bhd. (TNB) akan membekalkan tenaga elektrik sebanyak 5 MW sejam kepada TNB.

Sekarang, RESB mampu menjana tenaga elektrik 8 MW sejam daripada 700 tan sisa pepejal perbandaran (MSW) sehari.

Sebanyak 3 MW daripada 8 MW digunakan untuk kegunaan operasi dalaman syarikat.

Sumber sisa pepejal tersebut diperoleh daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan seluruh penduduk sekitar seperti Semenyih dan beberapa tempat lain.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai Bajet 2010 yang akan dibentangkan, Fah Kui berkata, pihaknya sudah menghantar cadangan kementerian itu kepada Kementerian Kewangan.

Katanya, pihaknya berharap Kementerian Kewangan dapat menimbangkan keperluan KeTTHA dengan sebaiknya.

''Kami memerlukan bantuan, galakkan, modal dan pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk membangunkan kementerian,'' ujarnya.

Mengenai tarif elektrik yang akan dinilai akhir tahun ini, beliau berkata, penilaian berkenaan bukan bererti ia melibatkan kenaikan tarif semata-mata, sebaliknya tarif tersebut mungkin dikekalkan atau pun dikurangkan.
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 56
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Langkah-langkah untuk Menjimatkan tenaga Empty Kajian tenaga hampir siap

Post  CikguPA Sun Nov 01, 2009 6:26 am

Kajian tenaga hampir siap
Oleh Rohaniza Idris
bhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kertas kerja kajian semula dasar bahan api negara bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan api asli hampir siap.

Perdana Menteri berkata, kajian semula itu penting supaya negara tidak terlalu bergantung kepada gas asli dan arang batu, dan melihat kepada sumber lain seperti hidroelektrik dan tenaga boleh diperbaharui.

Beliau berkata, bahan api daripada sumber asli kini tidak begitu sesuai kerana jumlahnya terhad, selain harganya lebih tinggi yang tidak seharusnya digunakan untuk penjanaan elektrik.

“Kita dalam proses mengkaji semula ‘fuel mix’ untuk negara kita. Ia tidak akan berubah dalam jangka masa pendek tetapi dalam jangka masa sederhana dan panjang. Langkah awal perlu kita lakukan sekarang," katanya pada sidang media selepas melancarkan perayaan ulang tahun ke-60 Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Kompleks Sukan TNB sini, semalam.

Najib berkata, gas asli adalah satu bahan api tenaga yang tinggi nilainya, manakala arang batu tidak begitu mesra alam.

“Tidak seharusnya digunakan untuk penjanaan elektrik semasa. Kita juga perlu mencari bahan api yang mesra alam," katanya.

Ditanya sama ada tenaga nuklear juga diambil kira dalam kajian berkenaan, katanya ia sedang dikaji, namun peralihan kepada penggunaan tenaga nuklear perlu mengambil perancangan yang rapi dan teliti kerana ia memakan masa yang agak panjang sebelum boleh dibangunkan.

"Jangka waktu pelaksanaan ini mengambil masa yang lama. Dari proses membuat keputusan sehingga tenaga pertama dihasilkan ia mengambil masa 12 hingga 15 tahun," katanya.

Sementara itu, Najib berkata, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi TNB ialah dapat membekalkan elektrik berkualiti tanpa sebarang masalah terputus atau berlaku gangguan bekalan di mana-mana kawasan di negara ini.

Katanya, kualiti elektrik yang dibekalkan juga perlu berada dalam tahap tinggi untuk pengguna di negara ini serta menarik pelabur dalam pelbagai bidang bagi membolehkan negara menjadi negara berpendapatan tinggi.

“Jangan ada lagi persoalan mengenai kualiti elektrik yang dibekalkan sama sekali. Jangan ada keraguan terhadap kualiti elektrik di mana-mana saja. Jangan ada sedikit pun perkataan ‘black out’... di telinga kita dan jangan ada perkataan itu di bibir pengguna dan pelabur.

“Saya mahu pasti TNB terus memberikan sistem jana kuasa dan pembekalan elektrik yang berkualiti tinggi. Ini boleh saya katakan KPI untuk TNB,” katanya.

Pada sidang media itu, Najib berkata, pengurusan TNB akan memperincikan lagi KPI untuk kakitangannya supaya selaras dengan KPI yang beliau nyatakan dalam ucapannya.

Katanya, kerajaan pada umumnya sentiasa melihat keperluan pengguna dan kualiti bekalan elektrik untuk industri berteknologi tinggi.
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 56
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Langkah-langkah untuk Menjimatkan tenaga Empty Re: Langkah-langkah untuk Menjimatkan tenaga

Post  CikguPA Sun Nov 01, 2009 8:37 am

Mengkomersialkan tenaga biomas

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my

Langkah-langkah untuk Menjimatkan tenaga St_01.1

Biomas atau bahan sisa tanaman boleh dimanfaatkan untuk penjanaan tenaga.

--------------------------------------------------------------------------------
DI peringkat global, peluang pasaran tenaga boleh diperbaharui dikuasai oleh sumber tenaga biomas dengan jangkaan pemasaran sehingga tahun 2015 adalah USD 52.5 bilion diikuti dengan tenaga solar (USD51.1 bilion) dan tenaga angin (USD48.5 blion).

Penerimaan positif terhadap sumber tenaga tersebut boleh dilihat menerusi penghasilan dan penggunaan yang meluas di beberapa negara maju serta membangun seperti di Eropah, Amerika Syarikat (AS), Thailand dan juga Filipina.

Melihat senario di Malaysia pula, tenaga boleh diperbaharui dipromosikan sebagai sumber tenaga kelima selepas petroleum, gas, arang batu dan juga hidro.

Dalam usaha mengatur strategi untuk mencapai matlamat itu, pelbagai inisiatif pembangunan dijalankan bagi memenuhi keperluan industri-industri seperti pengangkutan, perusahaan, perkilangan dan sebagainya.

sumber tenaga biomas

Salah satunya adalah dengan memperluaskan potensi sumber tenaga biomas seperti biofuel, biogas dan bio etanol.

Menurut Naib Presiden Bahagian Penyelidikan dan Teknologi Sirim Berhad, Dr. Zainal Abidin Mohd. Yusof, sumber tenaga tersebut berpotensi untuk diperluaskan di negara ini.

''Sebanyak 36.7 peratus penggunaan tenaga Malaysia digunakan untuk penjanaan industri pengangkutan.

''Justeru, melihat kepada potensi bahan bakar ini, kita mungkin boleh mengambil pendekatan mengkomersialkannya dalam sektor tersebut,'' katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Sidang Kemuncak Tenaga Boleh Diperbaharui Kebangsaan 2009 (RENEW 2009) di Sarawak baru-baru ini.

Penganjuran sidang kemuncak yang dianjurkan oleh Sirim itu mendapat sokongan sepenuhnya daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Sebenarnya, terdapat banyak kajian dan penyelidikan telah dijalankan bagi memperluaskan penjanaan dan penggunaan sumber tenaga berkenaan.

Disebabkan tenaga biomas dapat dihasilkan daripada banyak sumber bahan mentah berasaskan material kayu, maka ia mempunyai potensi yang sangat besar untuk diperkembangkan.

''Antara sumber bahan mentah yang boleh digunakan adalah seperti bahan buangan kelapa sawit, bahan buangan organik, tumbuhan seperti alga dan juga jatropa.

''Peluang ini dilihat sangat cerah kerana di Malaysia, kita mempunyai lebih kurang 4.5 juta hektar kawasan penanaman kelapa sawit,'' jelasnya.

Untuk tujuan tersebut, bekalan bahan mentah yang banyak sahaja tidak mencukupi jika tiada implementasi teknologi untuk menyokong penghasilannya.

Justeru, pelbagai pihak terutama syarikat-syarikat swasta telah mengambil inisiatif membangunkan loji penjanaan sumber tenaga biomas.

Antara syarikat yang telah mula menjalankan usaha tersebut adalah seperti Sime Darby dan juga Shell.

Untuk memproses produk biomas bagi menghasilkan bio etanol, ia akan melibatkan proses seperti rawatan awal, kisaran nano, hidrolisis enzim dan teknologi ledakan stim.

Teknologi ledakan stim merupakan integrasi proses awal bagi mengasingkan unsur-unsur biomas seperti lignin, hemiselulosa dan selulosik.

Selain digunakan sebagai sumber tenaga cecair bagi enjin petrol dan juga diesel, unsur-unsur selulosa yang dihasilkan dari material biomas juga mempunyai kegunaan lain untuk industri farmaseutikal dan juga industri pembungkusan makanan.
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 56
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Langkah-langkah untuk Menjimatkan tenaga Empty Re: Langkah-langkah untuk Menjimatkan tenaga

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum