Pemeriksaan mental: Rasidi layak dibicara
Page 1 of 1

SEREMBAN 21 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 10 hingga 12 Ogos ini perbicaraan kes Rasidi Ismail yang dituduh membunuh empat ahli keluarganya Januari lalu, setelah laporan pemeriksaan kesihatan mental dari Hospital Permai, Johor Baharu mendapati dia layak dibicarakan.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin membuat keputusan itu setelah laporan kesihatan berkenaan dikemukakan kepada mahkamah oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin hari ini.
Dalam tuduhan pertama, Rasidi, 32, seorang penganggur, dituduh membunuh adik perempuannya Siti Khadijah, 22, di rumah bernombor 119, Kampung Batang Rokan, Gemencheh antara pukul 7 pagi dan 11 pagi, 5 Januari lalu.
Dia turut menghadapi tiga lagi pertuduhan iaitu membunuh ayahnya, Ismail Awang, 76, nenek Sufiah Katas, 80, dan datuk, Atan Daud, 87, di rumah tidak bernombor di Kampung Batang Rokan pada tarikh dan tempoh waktu yang sama.
Wan Shaharuddin berkata, seramai 15 orang saksi akan dipanggil. - Bernama

Similar topics
» Pemeriksaan awal elak penyakit kronik
» Pelajar perlu tumpu 3K untuk layak ke IPT: Saifuddin
» Pelajar miskin, mangsa bencana layak terima wang Ihsan
» masalah mental
» Pesakit mental larikan bas 100km

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum