Cadang guna pistol renjatan
2 posters
Page 1 of 1
Cadang guna pistol renjatan
KUALA LUMPUR 15 Mei - Seorang Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mencadangkan agar anggota polis menggunakan pistol renjatan elektrik bagi mengawal keadaan khususnya melibatkan kes orang mengamuk.
Datuk Kamaruddin Md. Ali yang juga bekas Pengarah Pengurusan Bukit Aman berkata, langkah itu dapat mengelakkan peluru yang digunakan tersasar dan mengenai orang awam.
Beliau berkata, setiap kereta peronda seharusnya dibekalkan dengan alat berkenaan dan anggota yang terlibat perlu bijak menggunakannya mengikut keadaan.
"Saya berpendapat, PDRM perlu membekalkan pistol ini (renjatan elektrik) kepada setiap kereta peronda bagi memudahkan anggota bertugas menggunakannya ketika berdepan dengan kes-kes orang mengamuk dan bersenjata.
"Ini kerana sudah menjadi kebiasaan masyarakat, jika lihat sesuatu kejadian melibatkan polis, mereka akan berkumpul dan menyaksikan kejadian itu dengan lebih dekat.
"Bagi mengawal sesuatu kejadian yang tidak diingini seperti orang awam terkena tembakan, anggota terbabit boleh menggunakan pistol renjatan elektrik itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat seorang anggota kurang upaya (OKU), Koperal Khalid Che Ros di rumahnya di Taman Keramat, di sini hari ini.
Pada 29 April tahun lalu, Khalid yang pernah bertugas di Balai Polis Ampang Jaya mengalami kemalangan selepas motosikalnya dilanggar oleh sebuah kenderaan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah.
Berikutan itu, dia kini hanya terlantar dan memerlukan simpati masyarakat sekeliling bagi meneruskan kehidupan.
Sementara itu, Naib Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye bercadang mewujudkan tabung khas bagi membantu mangsa-mangsa jenayah.
Beliau berkata, bagi mewujudkan tabung khas itu, beberapa pindaan kepada perlembagaan yayasan tersebut perlu dilakukan.
"Pindaan itu perlu dikaji dan mendapat kelulusan anggota Exco MCPF sebelum mengadakan satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi membincangkan perkara tersebut.
"Bagi Koperal Khalid, MCPF berjaya mengutip sumbangan daripada anggota Exco sebanyak RM8,800.
"Kita meminta individu yang ingin menyalurkan bantuan berbuat demikian dengan memasukkan wang ke dalam akaun Maybank bernombor 162188395589 atas nama Khalid Che Ros," katanya.

ypeng(U6A/10)- Posts : 120
Join date : 2010-01-24
Re: Cadang guna pistol renjatan
Pistol Renjatan tidak akan berguna terhadap insan yang tubuh fizikalnya terlatih. Ini telah dibuktikan di Amerika 4 tahun yang lalu. Seorang pakar seni mempertahankan diri telah menawarkan bantuan dalam pertanyaan ini dan apabila beliau direnjat dengan pistol renjatan, beliau mampu menarik keluar pin renjatan dan bergerak secara normal. Dalam situasi terkawal, beliau mampu menarik keluar pin, apatah lagi si mengamuk dipenuhi hormon adrenaline dalam tubuh? Adrenaline mampu menghapuskan rasa sakit buat sementara dan ini membekalkan masa yang secukupnya untuk si mengamuk untuk menarik pin keluar. Oleh itu, pembelian pistol renjatan adalah satu pembaziran kewangan.
YeeYew™ [SonG][U6B]- Posts : 152
Join date : 2009-05-17
Similar topics
» Dua lelaki gaduh guna pistol dan parang ditahan
» 9Bio cadang bina kilang vaksin halal
» Rompak bank guna bom
» Guna pengangkutan awam - PM
» Waspada guna kad kredit
» 9Bio cadang bina kilang vaksin halal
» Rompak bank guna bom
» Guna pengangkutan awam - PM
» Waspada guna kad kredit
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum