Warga emas dibelasah penyamun
Page 1 of 1
Warga emas dibelasah penyamun
2010/05/14
JITRA: Seorang nenek berusia 72 tahun cedera dan menerima lima jahitan di telinga selepas diserang seorang lelaki yang menyamun barangan kemas miliknya bernilai RM20,000 dalam kejadian di rumahnya di Kampung Perupok, Malau, dekat sini, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Fatimah Mahmud yang ketika itu bersendirian ditendang dan ditumbuk bertalu-talu selepas enggan menyerahkan barangan kemasnya.
Pukulan itu turut menyebabkan mangsa tersungkur sebelum dipijak suspek.
Cucu mangsa yang pulang ke rumah tidak lama kemudian dan menyedari neneknya disamun meminta bantuan bapa saudaranya untuk membawa mangsa ke Hospital Jitra (HJ).
Anak mangsa, Suriani Harun, 40, berkata anak lelakinya, Mohd Izham Alias, 16, ada menemani ibunya kerana dia dan suami serta tiga lagi anak keluar.
Bagaimanapun dakwanya, suspek yang mengenali keluarganya datang ke rumah dengan menunggang motosikal dan mengajak Mohd Izham menemaninya ke kedai.
“Disebabkan anak saya mengenalinya, dia mengikut lelaki itu dengan membonceng motosikal suspek.
“Bagaimanapun, sebaik tiba di kedai runcit yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah, suspek meninggalkan anak saya.
“Anak saya terpaksa pulang berjalan kaki dan saya mengesyaki waktu itulah suspek menyamun ibu saya,” dakwanya ketika ditemui di HJ, semalam.
Suspek dikatakan menutup muka mangsa dengan kain dan warga emas itu rebah sebelum dua rantai emas di lehernya direntap.
Pada masa sama, suspek turut menarik dua rantai tangan yang dipakai mangsa sebelum menendangnya berkali-kali sehingga menyebabkan mangsa tersembam ke lantai.
Suriani berkata, Mohd Izham yang tiba di rumah tidak lama kemudian terkejut apabila neneknya memberitahu disamun dan mukanya berlumuran darah.
Beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu tengah hari kelmarin.
Sementara itu, Fatimah berkata, dia masih trauma dengan kejadian itu kerana suspek langsung tiada belas kasihan ketika mencederakannya.
“Saya merayu supaya berhenti memukul saya tetapi langsung tidak diendahkan,” katanya.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin ketika ditemui mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera ketika melakukan rompakan.
Beliau berkata, polis mengesyaki kejadian itu membabitkan dua suspek dan siasatan sedang dijalankan

Ong SQ (U6B/2010)- Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 33
Similar topics
» Wanita cedera dibelasah penyamun
» Warga emas mati ditikam
» Peragut berparang hambat warga emas
» Warga emas 'lacur' isteri untuk kepuasan
» Polis tahan suspek kes bunuh warga emas

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum