Khidmat kaunseling
Page 1 of 1
Khidmat kaunseling
PROGRAM Pembimbing Rakan Siswa (PRS) di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu dimantapkan bagi membolehkan khidmat kaunseling dimanfaatkan sepenuhnya pelajar yang berdepan dengan masalah.
Sehubungan itu, Pengarah Pusat Perkhidmatan Kaunseling UIAM, Noraini Ahmad, berkata kredibiliti PRS tidak perlu diragui kerana mereka dianggap perunding cara yang sesuai kepada mahasiswa sebelum mendapatkan khidmat profesional pengamal kaunseling.
“Komitmen dan sumbangan mahasiswa bergelar PRS perlu dihargai dan diiktiraf sejajar dan setara dengan peranan dimainkan ahli Majlis Perwakilan Pelajar, “ katanya, ketika ditemui selepas Seminar Kebangsaan PRS IPTA Malaysia 2010 yang berlangsung di Pusat Aktiviti Kebudayaan, UIAM, baru-baru ini.
Beliau berkata, seminar yang disertai 250 mahasiswa dan kaunselor IPTA, bertemakan `Cabaran dan Sumbangan di Era Baru` itu juga berjaya mengupas perubahan dan pemantapan PRS dalam mendepani peredaran masa dan cabaran masa depan.
“PRS adalah entiti yang sinonim dalam perkhidmatan kaunseling di universiti dan tidak keterlaluan jika ia juga menjadi penyokong utama kepada unit, jabatan, pusat atau bahagian lain.
“Penganjuran seminar ini adalah pendekatan bagi mengukuhkan perkhidmatan disediakan PRS selain meningkatkan kesedaran warga kampus terhadap kepentingan peranan PRS,” katanya.
Noraini berkata, setiap IPTA memiliki modul latihan tersusun bagi membolehkan ilmu dan kemahiran diterapkan mampu memberi impak besar dalam hubungan membantu rakan pengajian.
Bagaimanapun katanya, lambakan ilmu dan rangsangan positif diperlukan bagi memperkasakan PRS agar menjadi contoh dan ikutan terbaik kepada rakan lain.
Sepanjang seminar tiga hari itu, peserta turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk pembentangan kertas kerja, bengkel latihan dan pertandingan boling.
Peserta dari UIAM, Nurul Zulaiha Ibrahim, berkata pengisian seminar banyak memberi input dan perkongsian idea bagaimana hendak memantapkan peranan PRS selain mengetahui sejarah penubuhan PRS.
Katanya, pengalaman dan pengetahuan bersama peserta seminar lain banyak membantu sekali gus mewujud rangkaian kerjasama kalangan PRS seluruh IPTA bagi menjana aktiviti lain pada masa depan.

ZiAmUn(U6A/'10)- Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 33
Similar topics
» Beban Tugas Guru
» Isu Pengangkutan Awam
» MUAR 21 Mei - Lima pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLK
» Isu Pengangkutan Awam
» MUAR 21 Mei - Lima pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLK
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum