Sungai Beracun
4 posters
Page 1 of 1
Sungai Beracun
Melaka & Negeri Sembilan: Sungai beracun
PENDUDUK meninjau keadaan aliran Sungai Kelemak yang kotor dipercayai bercampur dengan sisa buangan kilang.
Hidupan air pupus dicemari sisa kilang
ALOR GAJAH: Penduduk di sini, melahirkan kebimbangan dengan masa depan Sungai Kelemak dan Pengkalan yang didakwa kini tercemar teruk akibat sisa buangan bahan industri, daripada pelbagai kilang yang beroperasi di sepanjang kawasan berkenaan sejak beberapa tahun lalu.
Mereka berharap satu tindakan segera dan komprehensif dapat diambil oleh pihak berkuasa bagi membendung masalah itu terus berlarutan.
Ini termasuk mengadakan pemantauan rapi gerak geri pengusaha kilang di situ, selain meminta semua pihak terbabit yang masih belum memiliki kemudahan loji rawatan supaya memasangnya segera.
Seorang penduduk, S Selvam, 40, yang ditemui berkata, sungai berkenaan yang dulunya jernih dan boleh diminum kini sudah dianggap ‘beracun' kerana airnya dicemari dengan pelbagai sisa buangan industri daripada kilang di sepanjang kawasan berkenaan.
Ini katanya, termasuk kilang memproses makanan, kilang pembuatan kabel, sarung tangan getah serta industri pembuatan rim aloi.
"Saya masih ingat lagi seluruh kawasan ini dulunya ladang getah. Pada zaman kanak-kanak, semua anak sungai di sini saya lihat amat bersih hingga membolehkan penduduk sering kali mandi atau membasuh. Tapi sekarang keadaannya sudah berubah.
"Sejak banyak projek industri dibangunkan di sepanjang tebing sungai ini, airnya tidak lagi sejernih dulu. Sekarang ini, kita boleh lihat air di situ bertukar warna selang beberapa jam akibat dicemari dengan pelbagai sisa buangan industri.
"Saya tidak boleh bayangkan keadaan sungai ini jika situasi seperti itu berterusan tanpa sebarang usaha untuk memulihkannya," katanya.
Penduduk, Zakaria Manap, 48, ketika ditemui turut melahirkan rasa kecewa dengan masalah yang berlaku di kedua-dua sungai berkenaan.
Beliau yang turut membawa Berita Harian meninjau kawasan itu, berharap pihak berkuasa terbabit dapat menyelesaikan masalah pencemaran berkenaan.
"Anda lihat sendiri, sungai ini bagaikan dijatuhi 'hukuman mati' oleh manusia rakus, apabila tidak nampak pun sebarang riak atau kelibat hidupan akuatik berada di dalamnya.
"Sebab itu, saya minta pihak berkuasa tempatan terbabit peka dan prihatin dengan masalah ini. Mutu alam sekitar dan kesihatan penduduk perlu diberi keutamaan. Buktikan keadilan sentiasa diutamakan kerana jika pengilang dibiar mengaut keuntungan, maka hak rakyat sudah terpinggir.
"Sesuatu perlu dilakukan bagi menghalang sisa buangan daripada kilang di kawasan Industri Kelemak ini mengalir terus ke sungai berkenaan atau paling tidak pun, wajibkan pengusaha kilang membina loji rawatan masing-masing,“ katanya.
Seorang lagi penduduk, Ramli Saad, 46, mencadangkan supaya sistem perparitan yang dibina di kawasan industri itu dinaik taraf, manakala salirannya perlu dipasang perangkap sampah bagi mengelak segala bangkai dihanyutkan.
"Selain pemasangan perangkap sampah, pengusaha kilang juga perlu diwajibkan membina loji rawatan sisa buangan kerana dengan cara itu, proses pengeluaran mereka akan lebih mesra alam sekali gus mengelak sungai di sini terus tercemar.
"Jika perkara itu tidak dilakukan segera, saya percaya masalah pencemaran di sungai ini akan bertambah serius. Jika dibiarkan terlalu lama, kos untuk memuliharanya tentu akan meningkat.
"Kerajaan negeri mesti meneliti aduan rakyat ini kerana isu ini sudah banyak kali diadukan kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah. Sekarang ini, difahamkan sarang ular tedung sudah banyak di sepanjang sungai berkenaan,“ katanya.

YeeYew™ [SonG][U6B]- Posts : 152
Join date : 2009-05-17
Re: Sungai Beracun
Pencemaran sungai merupakan suatu isu yang amat mendesak dan memerlukan usaha holistik daripada pelbagai pihak ke arah penyelesaiannya. Indeks kualiti air sungai di Malaysia semakin teruk. Walaupun kempen ''Cintai Sungai Kita'' dilancarkan, malangnya pencemaran sungai di negara ini masih tidak dapat dibendung. Pembuangan sampah-sarap oleh orang awam ke dalam sungai dan sikap tidak bertanggungjawab pihak kilang yang lalai menguruskan sisa kilang merupakan faktor utama pencemaran sungai. Hal ini adalah tanggungjawab setiap rakyat untuk tidak mengamalkan tabiat buruk berkenaan. Langkah- langkah yang lebih bernas haruslah diambil oleh pihak berkenaan agar pencemaran sungai dapat dibendung. Di samping itu, orang ramai mesti mempunyai kesedaran akan pentingnya melindungi alam sekitar.
HsianMin (U6B/2010)- Posts : 84
Join date : 2009-05-12
Re: Sungai Beracun
Penduduk di sini, melahirkan kebimbangan dengan masa depan Sungai Kelemak dan Pengkalan yang didakwa kini tercemar teruk akibat sisa buangan bahan industri, daripada pelbagai kilang yang beroperasi di sepanjang kawasan berkenaan sejak beberapa tahun lalu.
Pemilik-pemilik kilang itu tidak mempunyai sikap bertanggungjawab. Mereka hanya mementingkan diri sendiri dengan membuang sisa-sisa kilang ke dalam sungai dan menyebabkan pencemaran sungai. Sungai yang tercemar ini bukan sahaja tidak sesuai bagi hidupan akuatik untuk hidup, tetapi juga membahayakan nyawa penduduk yang menggunakan air sungai tersebut. Nampaknya kesedaran orang ramai terhadap kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar masih rendah. Berharap orang ramai boleh bekerjasama dan berusaha menjaga kebersihan alam sekeliling.
Ong SQ (U6B/2010)- Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 33
Re: Sungai Beracun
Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar.Pengusaha kilang umpamanya,berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar. Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama.Kepesatan pembangunan industri,perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya.Sekiranya fenomena ini berterusan,tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar .
ZiAmUn(U6A/'10)- Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 33
Similar topics
» 6 produk kosmetik dikesan beracun
» Pencemaran Sungai
» Loji air Sungai Jerik disahkan selamat
» 13 motosikal terbakar di flat PPR Sungai Bonus
» Utara: Sungai bukan tempat pelupusan sampah

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum