PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Empat lelaki ditahan cuba rompak mesin ATM

Go down

Empat lelaki ditahan cuba rompak mesin ATM Empty Empat lelaki ditahan cuba rompak mesin ATM

Post  Kar Yung (U6A/2010) Sun May 09, 2010 10:36 am

ALOR SETAR 9 Mei - Empat lelaki berusia antara 19 dan 25 tahun hampa apabila cubaan untuk merompak sebuah mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Jalan Kelang Lama, Kulim gagal apabila disedari oleh polis yang sedang membuat rondaan di kawasan itu kira-kira pukul 4.15 pagi tadi.

Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, semasa polis tiba di tempat kejadian, seorang suspek yang memandu lori sedang cuba menarik mesin ATM manakala tiga daripadanya sedang menunggu di dalam kereta.

"Apabila menyedari kehadiran polis, keempat-empat suspek melarikan diri tetapi pemandu lori itu dapat ditahan kira-kira 700 meter dari tempat kejadian.

“Manakala tiga lagi melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Saga namun dapat ditahan di Kampung Sungai Limau, Lunas beberapa kilometer dari tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini.

Beliau berkata, polis percaya lori itu digunakan untuk mengangkut mesin ATM tersebut dan lori itu merupakan lori kepunyaan bapa suspek yang berusia 19 tahun.

"Polis mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menahan keempat-empat suspek di dua lokasi berbeza,” katanya.

Beliau berkata, salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah atas kesalahan merogol dan baru sahaja dibebaskan.

Keempat-empat suspek direman bermula hari ini dan akan disiasat di bawah seksyen 457/511 kanun keseksaan kerana pecah bangunan.
Kar Yung (U6A/2010)
Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 34
Location : KL

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum