PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

669 kes penyakit disebabkan tempat kerja dilapor tahun lalu

2 posters

Go down

669 kes penyakit disebabkan tempat kerja dilapor tahun lalu Empty 669 kes penyakit disebabkan tempat kerja dilapor tahun lalu

Post  ong poh lee U6B Wed May 05, 2010 4:29 pm

KUALA LUMPUR: Sebanyak 669 kes penyakit berpunca dari tempat kerja dilaporkan sepanjang tahun lalu kerana sikap majikan dan pekerja yang kurang prihatin dengan kebersihan dan keselamatan di tempat kerja.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata kebanyakan penyakit yang berpunca dari tempat kerja hanya menunjukkan kesan dalam jangka masa panjang.
"Antara penyakit yang berpunca dari tempat kerja iaitu penyakit yang berkaitan dengan paru-paru, kulit, pendengaran, kanser, agen biologi, 'musculoskeletal' (tulang belakang dan rangka manusia), pendedahan kepada kimia," katanya pada sidang media selepas perasmian Persidangan Kebersihan Perusahaan Kebangsaan ke-3 di sini hari ini.
Maznah berkata, majikan perlu meningkatkan pengurusan kawalan keselamatan dan kebersihan di tempat kerja supaya kes penyakit berpunca dari tempat kerja berkurangan.

Sementara itu, sebanyak 34,394 kes kemalangan semasa pergi balik ke tempat kerja dan 20,814 kes kemalangan di tempat kerja atau dikenali sebagai kemalangan industri dilaporkan dalam tempoh sama.

Persidangan selama dua hari itu bertujuan meningkatkan kesedaran majikan dan pekerja dalam memantau kawalan keselamatan di tempat kerja, dianjurkan Malaysian Industrial Hygiene Association (MIHA). - Bernama

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

669 kes penyakit disebabkan tempat kerja dilapor tahun lalu Empty Re: 669 kes penyakit disebabkan tempat kerja dilapor tahun lalu

Post  You Lee Shuen Wed May 05, 2010 6:28 pm

Saya berpendapat bahawa pertimbangan ini adalah sesuatu yang diperlukan. Para perkerja merupakan pembangun negara kita, kami memerlukan sumber untuk kebanyakan bidang. Misalnya, bidang pembinaan, bidang yang sentiasa menangani bahan kimia yang berbahaya, bidang bioteknologi dan sebagainya.
Bidang-bidang ini merupakan bidang yang akan mengancam nyawa pekerja... terutamanya bidang pembinaan dan bidang yang menangani bahan kimia. Tanpa pengorbanan mereka, ia adalah mustahil untuk kita untuk mendapat kehidupan yang baik pada hari ini.
Justeru itu, saya fikir majikan mesti lebih prihatin terhadap kesihatan pekerjadan mewujudkan kawasan yang lebih sesuai / "conducive" kepada para pekerja.
You Lee Shuen
You Lee Shuen

Posts : 23
Join date : 2009-06-30

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum