Lelaki mati dibelasah jiran kerana tegur buang sampah
5 posters
Page 1 of 1
Lelaki mati dibelasah jiran kerana tegur buang sampah
KUALA LUMPUR 28 April – Seorang lelaki mati dibelasah dengan kayu besbol oleh jirannya sendiri, hanya kerana marah dengan perbuatan lelaki itu yang menegur perbuatan jirannya yang membuang plastik mengandungi sampah di hadapan rumahnya di Flat Sri Sentul, Bandar Baru Sentul awal pagi ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki yang dikenali sebagai Chung Sin, 51, itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas dihentak dengan kayu besbol dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi.
Beliau berkata, kejadian itu bermula dengan perbalahan Chung Sin dengan seorang jirannya yang memuncak sehingga membuatkan jirannya yang bekerja sebagai pemandu lori itu masuk ke dalam rumah dan mengambil kayu besbol.
"Chung Sin pada mulanya menegur jirannya yang berusia 51 tahun itu kerana membuang sampah di hadapan rumahnya, namun suspek terus berang dan memarahi Chung Sin,” katanya kepada pemberita di Dataran Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia, Cheras, di sini hari ini.
"Apabila perbalahan mereka menjadi bertambah panas, suspek kemudiannya masuk ke dalam rumah untuk mengambil kayu besbol, dan memukul Chung Sin hingga dia cedera parah,” tambahnya.
Beliau berkata, ekoran kejadian itu, polis menahan seorang suspek bersama anak lelakinya yang berumur 23 tahun di sebuah rumah di sini bagi membantu siasatan.

ypeng(U6A/10)- Posts : 120
Join date : 2010-01-24
Re: Lelaki mati dibelasah jiran kerana tegur buang sampah
Sikap mementingkan diri sendiri dan sikap yang tidak rasional ini yang menyebabkan kejadian yang tidak diingini itu berlaku. Kita tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya tanpa pemikiran yang mendalam. Tanpa pemikiran yang mendalam ini, banyak kejadian boleh berlaku seperti perbalahan dan pergaduhan. Kita juga tidak harus mementingkan diri sendiri semata-mata sahaja sehingaa mengabaikan kepentingan orang lain. Sikap bertolak ansur, sabar dan mengawal diri merupakan aspek yang penting dalam mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham berlaku.
Ong SQ (U6B/2010)- Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 33
Re: Lelaki mati dibelasah jiran kerana tegur buang sampah
ya.. pendapat SQ bernas sekali. Kita haruslah bertolak ansur, sabar dan mengawal diri pada setiap masa. Keharmonian antara masyarakat seharusnya diutamakan bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan atau pergaduhan. Dengan ini, konsep "1Malaysia" barulah dapat direalisasikan.. Negara kita juga akan lebih maju...
leeyoong_U6B- Posts : 221
Join date : 2009-05-13
Re: Lelaki mati dibelasah jiran kerana tegur buang sampah
Kejadian sebegitu wujud kerana terhakisnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat urban.
1. Bagaimanakah kita hendak menghidupkan kembali semangat kejiranan khususnya di bandar?
2. Apakah cara terbaik untuk mengawal kemarahan sehingga kita bertindak di luar dugaan dan secara extrim?
Pos jawapan anda sebelum 2 Mei
1. Bagaimanakah kita hendak menghidupkan kembali semangat kejiranan khususnya di bandar?
2. Apakah cara terbaik untuk mengawal kemarahan sehingga kita bertindak di luar dugaan dan secara extrim?
Pos jawapan anda sebelum 2 Mei
Re: Lelaki mati dibelasah jiran kerana tegur buang sampah
1) Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita semakin longgar. Pada pendapat saya, langkah yang perlu diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan adalah menggalakkan rakyat agar melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai sistem organisasi yang teratur seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung dan sebagainya. Melalui Rukun Tetangga, masyarakat setempat dapat saling membantu dalam kehidupan. Sehubungan itu, masyarakat akan dapat menyedari tentang kepentingan semangat kejiranan dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.
2) Cara terbaik untuk mengawal kemarahan adalah menenangkan diri anda dengan mengawal perilaku luaran dan tindak balas dalaman. Kita boleh cuba mengenal pasti pemikiran kita yang negatif dan tidak rasional, kemudian cuba alihkan kepada pemikiran positif dan membina. Kita boleh beralih dari persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah dengan memanjangkan serta memperlahankan tarikan nafas. Dengan ini, kita dapat melegakan diri supaya tidak mengambil tindakan secara terburu-buru.
2) Cara terbaik untuk mengawal kemarahan adalah menenangkan diri anda dengan mengawal perilaku luaran dan tindak balas dalaman. Kita boleh cuba mengenal pasti pemikiran kita yang negatif dan tidak rasional, kemudian cuba alihkan kepada pemikiran positif dan membina. Kita boleh beralih dari persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah dengan memanjangkan serta memperlahankan tarikan nafas. Dengan ini, kita dapat melegakan diri supaya tidak mengambil tindakan secara terburu-buru.
leeyoong_U6B- Posts : 221
Join date : 2009-05-13
Re: Lelaki mati dibelasah jiran kerana tegur buang sampah
1. Bagaimanakah kita hendak menghidupkan kembali semangat kejiranan khususnya di bandar?
Kerajaan perlulah mengambil inisiatif awal dengan membuat kempen yang menghuraikan peri pentingnya konsep ini kepada masyarakat di seluruh negara ini.
Masyarakat pula haruslah lebih positif dan menerima jiran mereka tanpa prasangka buruk atau prejudis terlebih dahulu. Dalam kehidupan moden ini, jiranlah tempat kita bergantung hidup.
2. Apakah cara terbaik untuk mengawal kemarahan sehingga kita bertindak di luar dugaan dan secara extrim?
Cara terbaik untuk menangani kemarahan diri adalah mengenali diri anda sendiri. Buat catatan pemantauan dalam buku mengenai bila dan bagaimana anda dilanda perasaan marah dan cara anda mengatasinya. Apabila anda telah mengenali diri anda, anda mampu melakukan perkara - perkara yang dapat mengurangkan kemungkinan anda menjadi marah.
Cara yang lain untuk mengatasi kemarahan diri adalah bersenaman. Bersenaman dengan kerap boleh membantu mengurangkan percetusan kemarahan. Hal yang demikian kerana bersenaman akan memberikan peluang untuk melepaskan tekanan dengan kerap serta membina daya pertahanan diri terhadap stres.

Khang Wei (U6B/2010)- Posts : 82
Join date : 2009-05-12
Similar topics
» Isteri dibelasah hingga mati kerana berbual di telefon
» Lelaki cuba elak polis mati lemas
» 2 lelaki ditahan kerana gurauan bom
» Hukuman mati ke atas lelaki bunuh teman wanita hamil kekal
» Lelaki parah ditikam adik mengamuk kerana rokok

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum