UTM wujud pejabat satelit di Tokyo
Page 1 of 1
UTM wujud pejabat satelit di Tokyo
UNIVERSITI Teknologi Malaysia (UTM) menjadi universiti pertama di Asean mewujudkan Pejabat Satelit UTM-Jepun (UJSO) di Tokyo bagi meningkatkan kerjasama dengan universiti dan institusi penyelidikan di Jepun.
Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Zaini Ujang, berkata UJSO yang akan berpusat di Universiti Meiji (MU) boleh menarik minat banyak pihak untuk mengadakan kerjasama dalam pelbagai bidang penyelidikan.
Katanya, lima universiti sudah menyatakan persetujuan untuk bekerjasama, termasuk menghantar pelajar mereka melanjutkan pengajian sepenuh atau separuh masa di UTM. “Selain MU, empat universiti lain ialah Universiti Metropolitan Tokyo, Institusi Shibaura of Technology, Universiti Kyushu dan Universiti Tokai,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Meiji berhubung penubuhan pejabat itu di sini, semalam.
Majlis menandatangani MoU itu disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas beliau menerima anugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran daripada Universiti Meiji yang disampaikan oleh Presidennya, Hiromi Naya.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Datuk Dr Rosli Mat Hassan.
Zaini berkata, mengikut MoU itu, UTM akan mengadakan pertukaran program pengajian, dwisarjana dengan Universiti Meiji mulai Julai ini, membabitkan penghantaran kumpulan pertama seramai 20 penuntut peringkat sarjana dan PhD UTM ke MU.

ZiAmUn(U6A/'10)- Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 33
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum