PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Sifat teliti

4 posters

Go down

Sifat teliti Empty Sifat teliti

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Tue Apr 20, 2010 5:41 pm

TOKYO 20 April - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat Malaysia membuang sikap “lebih kurang” dan berusaha untuk mencontohi sikap orang Jepun untuk menjadi satu masyarakat yang teliti bagi membolehkan Malaysia menjadi negara maju.

Najib berkata demikian semasa berucap menerima anugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran oleh Universiti Meiji di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata sebelum majlis penganugerahan itu, beliau telah ditanya mengenai apakah yang difikirkannya adalah kualiti utama masyarakat Jepun.

Beliau berkata: “Saya berfikir satu ketika dan mengungkapkan perkataan “teliti” kerana orang Jepun merupakan satu masyarakat yang bersifat amat teliti.”

Katanya menjadi teliti dan tepat amat penting dalam kemajuan sains dan teknologi dan ia juga nilai penting yang berkekalan.

Memberikan contoh program lawatannya, beliau berkata: “Semuanya sempurna, itulah sebabnya saya mahu rakyat Malaysia juga menjadi satu masyarakat yang bersifat teliti.”

Perdana Menteri berkata ungkapan “lebih kurang” dalam Bahasa Malaysia adalah “tidak sinonim dengan hasrat kita untuk menjadi satu masyarakat yang bersifat teliti”.

"Tidak boleh ”lebih kurang”, kita mesti lebih teliti dan tepat,” tegas Najib. - Bernama

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 33

Back to top Go down

Sifat teliti Empty Re: Sifat teliti

Post  PnLeela Sat Apr 24, 2010 5:27 pm

Hi kelas

Bagaimana kita boleh menyemai sifat teliti dalam kalangan masyarakat kita?

Jawapan sebelum 27 April 2010

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Sifat teliti Empty Re: Sifat teliti

Post  leeyoong_U6B Sun Apr 25, 2010 3:45 pm

Sifat teliti haruslah diajar kepada generasi baru sejak kecil. Dengan ini, mereka barulah dapat menjadikan sifat ini sebagai satu kebiasaan. Very Happy
Ibu bapa sepatutnya menyemai sifat murni kepada anak-anak sejak mereka kecil. Ibu bapa haruslah menunjukkan sifat teliti dalam semua perkara. Sehubungan itu, ibu bapa akan dapat dijadikan sebagai teladan yang baik kepada anak-anak. Sifat-sifat yang murni bolehlah dipelajari dan digunakan dalam kehidupan harian... sunny

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Sifat teliti Empty Re: Sifat teliti

Post  yeeleng(L6A) Mon Apr 26, 2010 2:14 pm

Selain daripada ibu bapa, guru-guru juga memainkan peranan yang penting.Kebanyakan masa pelajar di sekolah adalah lebih daripada masa di rumah.Guru-guru patut menunjukkan sifat teliti kepada para pelajar kerana mereka akan belajar sikap-sikap yang ditonjolkan oleh guru.Jika semua guru mempunyai sifat ini dan menonjolkan sifat ini di kalangan pelajar maka pelajar dapat mempelajari sifat ini.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Sifat teliti Empty Re: Sifat teliti

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum