Promosi agresif tingkat pelancongan inap desa
Page 1 of 1

SUNGAI TENGI: Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap jumlah pelancong yang menyertai program inap desa akan meningkat selepas portal e-pemasaran diwujudkan yang membolehkan tempahan dilakukan melalui telefon 3G.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pada masa sama, tempahan industri inap desa melalui portal ini perlu dipromosikan dengan lebih agresif kerana ia akan memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar. Katanya, industri yang menjurus kepada mempromosi adat resam, budaya dan cara hidup masyarakat luar bandar itu mempunyai potensi besar dan tidak memerlukan pelaburan tinggi. “Industri ini perlu dibangunkan dengan lebih agresif lagi. Saya yakin melalui kaedah dan kemudahan ini, tahap kunjungan ke inap desa khusus di kalangan rakyat Malaysia akan terus meningkat,” katanya ketika berucap melancarkan promosi e-pemasaran inap desa di Felda Sungai Tenggi, di sini, semalam.
Hadir sama, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Muhyiddin berkata, jumlah pendapatan inap desa Malaysia meningkat 77 peratus kepada RM10.9 juta pada 2009, berbanding RM6.4 juta pada 2008.
Katanya, jumlah pelancong yang mengikuti program inap desa melonjak 77 peratus kepada 161,561 iaitu 130,038 pelancong domestik dan 31,523 pelancong asing

yeeleng(L6A)- Posts : 118
Join date : 2009-05-18
Similar topics
» TPM mahu MFA promosi kempen penjagaan kesihatan
» Tingkat pengawalan nuklear - Najib
» Empat inisiatif tingkat sistem pendidikan
» Media diguna tingkat inovasi masyarakat

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum