PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Siasat dakwaan pelajar ketagih rokok campur dadah

Go down

Siasat dakwaan pelajar ketagih rokok campur dadah Empty Siasat dakwaan pelajar ketagih rokok campur dadah

Post  ypeng(U6A/10) Mon Apr 05, 2010 1:18 pm

KUCHING 4 April - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan menyiasat dakwaan Kesatuan Guru Sarawak (STU) bahawa pengedar dadah menggunakan rokok bercampur dadah bagi memancing pelajar menjadi penagih dan ejen mereka.

Pengarah AADK Sarawak, Rosland Hussen berkata, agensi itu akan mendapatkan kepastian daripada Jabatan Pendidikan negeri tentang kesahihan kenyataan STU itu yang tersiar dalam sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris pada Sabtu.

"Pada peringkat ini kami ingin dapatkan dahulu gambaran lebih jelas sebelum mengambil tindakan yang diperlukan," katanya kepada Bernama di sini hari ini sebagai mengulas pendedahan mengejutkan oleh STU itu.

Akhbar berkenaan memetik Presiden STU, William Gani Bina sebagai berkata pelajar yang menghisap rokok bercampur dadah akan menjadi ketagih dan bagi mendapatkan wang untuk membelinya, mereka akan menjadi ejen pengedar dadah menjual rokok berkenaan kepada pelajar lain di dalam dan luar kawasan sekolah.

STU membuat kenyataan itu berikutan operasi pencegahan dadah di Bintulu awal minggu ini yang menyaksikan 14 pelajar dan empat belia ditahan polis. - Bernama

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum