PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Baiki mutu pengangkutan awam

Go down

Baiki mutu pengangkutan awam Empty Baiki mutu pengangkutan awam

Post  keat sin (U6A) Thu Apr 01, 2010 12:30 pm

SUBANG: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan komited untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang menepati jangkaan rakyat supaya ia menjadi pilihan utama, bukan dianggap hanya untuk golongan bawahan.
Perdana Menteri berkata, dalam usaha ke arah menjayakan peningkatan penggunaan pengangkutan awam ke paras melebihi 25 peratus berbanding 16 peratus penggunaan semasa, ia menuntut anjakan minda secara ketara di kalangan pengguna.
Sehubungan itu, katanya operasi sistem pengangkutan awam perlu dipertingkatkan, manakala rakyat mesti mengubah sikap dan memahami bahawa menggunakan pengangkutan awam adalah pilihan bijak.

“Bagi mencapai tujuan ini, tindakan segera akan dilaksanakan antaranya, kapasiti KTM Komuter dan LRT akan ditingkatkan daripada 1.7 sehingga empat kali ganda, sebanyak 850 bas akan ditambah untuk meningkatkan liputan perkhidmatan dan lebih 50 laluan baru akan diperkenalkan bagi menambah jaringan supaya sehaluan dengan pembangunan sistem pengangkutan berintegrasi.

“Selain itu, konsep 1Tiket 1Perjalanan, iaitu penggunaan satu tiket bagi semua bentuk pengangkutan awam pula akan diperkenalkan akhir tahun ini, manakala lebih 6,000 tempat meletak kereta di 14 stesen rel utama akan disediakan serta perkhidmatan bas pengantara akan dipertingkatkan untuk meningkatkan tahap penggunaan pengangkutan awam.

Kerajaan juga akan wujudkan tiga terminal pengangkutan bersepadu utama di luar bandar untuk mengehadkan kemasukan kenderaan berat ke Kawasan Perniagaan Pusat yang secara tidak langsung meletakkan pengangkutan awam sebagai pilihan terbaik,” katanya ketika melancarkan tren empat Gerabak 1Malaysia RapidKL bagi laluan Kelana Jaya di Depot RapidKL di sini, semalam.
Tren LRT 1Malaysia adalah interpretasi Kumpulan Prasarana dalam merealisasi sokongan terhadap gagasan 1Malaysia diilhamkan Perdana Menteri. Ia memaparkan pelbagai kakitangan RapidKL dari pelbagai peringkat, meliputi sepanjang tren empat gerabak berkenaan.

Turut hadir Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat; Pengerusi Prasarana Negara Berhad, Tan Sri Izzuddin Dali dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad, Datuk Idrose Mohamed.

Perdana Menteri berkata, sikap negatif rakyat terhadap pengangkutan awam tempatan mungkin juga disebabkan liputan perkhidmatan kurang memuaskan, selain faktor cuaca.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum