PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Percuma 20 meter padu air !!!

+7
Jennifer Ong
weichian_89
wonderfoo_99
lim siew yuen
sim
siewMei
vinclam1314
11 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Percuma 20 meter padu air !!! Empty Percuma 20 meter padu air !!!

Post  vinclam1314 Fri Mar 28, 2008 5:37 pm

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah mengkaji rancangan membekalkan 20 meter padu air secara percuma kepada isi rumah di Selangor seperti biasa melalui pembekalan air terawat oleh syarikat Syabas, dan mendapati ia boleh dilaksanakan bagi meter individu untuk pengguna kediaman

"Hari ini kerajaan negeri Selangor membuat keputusan untuk melaksanakannya bermula pada 1 Jun 2008," kata Khalid dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat menteri besar hari ini.

"Kerajaan negeri telah membuat kajian berhubung mekanisme untuk melaksanakan dasar ini dan sedang menimbangkan mekanisme terbaik bagi menjaga kepentingan kerajaan negeri, alam sekitar dan orang ramai.

"Tujuan kerajaan negeri memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah," katanya.

apakah pandangan anda? adakah anda bersetujui tentang dasar kerajaan selangor? adakah kerajaan selangor berbuat demekian kerana ingin mendapatkan sokongan rakyat sahaja? dasar ini akan menambahkan lagi beban kerajaan, bolehkah kerajaan berfungsi dengan lebih baik jika pendapatan kerajaan dikurangkan?

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Percuma 20 meter padu air !!! Empty Re: Percuma 20 meter padu air !!!

Post  siewMei Fri Mar 28, 2008 5:48 pm

tentang percuma air ini,ia dilaksanakan setiap bulan,apa yang saya ingin tanya ialah setiap bulan kita ada 20meter padu air percuma ataupun setahun terdapat 20meter padu percuma?
dari sudut pandangan sebagai salah seorang penduduk di negeri selangor,sudah tentu saya setuju,dasar ini merupakan satu berita baik kerana kita boleh menjimatkan wang kita. Jadi,rumah saya tidak perlu bayar untuk bil air lagi kerana rumah saya cuma guna sebanyak 16-18meter padu sebulan,hehe... Laughing
saya rasa kerajaan masih boleh berfungsi dengan baik selepas pelaksanaan dasar ini kerana saya rasa sebelum para menteri meluluskan sesuatu dasar baru,mereka perlu membuat kajian dan anggaran kos untuk dasar baru itu dan juga implikasinya.

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Percuma 20 meter padu air !!! Empty Re: Percuma 20 meter padu air !!!

Post  vinclam1314 Sat Mar 29, 2008 5:07 am

Dasar percuma 20 meter padu air ini adalah dilaksanakan pada setiap bulan (jika saya tiada kesilapan, -- kebanyakan berita tentang hal ini tidak menyebut sama ada nya adalah dilaksanakan pada setiap tempoh bulan atau tahun, tetapi, mengikut bil air yang kita terima, ia adalah mengikut tempoh bulan dan bukan tempoh tahun, jadi, saya berasa dasar ini adalah mengikuti tempoh bulan dan bukannya tempoh tahun)

Terdapat 55% daripada pengguna air menggunakan air melebihi 20 meter padu setiap bulan. Walaubagaimanapun, dasar ini telah mengurangkan bayaran air yang ditanggung kepada orang ramai. Dasar ini dijangka akan menfaedahkan lebih kurang 7.3 juta orang (termaksudlah KL dan PutraJaya -- informasi ini didapati daripada berita online) 45% pengguna air yang menggunakan air kurang daripada 20 meter padu dijangka hanya perlu membayar RM6 sebulan.

Walaubagaimanapun, terdapat 2 perkara yang menyebabkan orang ramai bimbang. Adakah Dasar ini hanya dilaksanakan selama beberapa tahun sahaja? Ini membimbangkan orang ramai kerana dasar ini tidak menyatakan dengan jelas tentang tempoh pelaksanaannya. Berharaplah dasar ini tidak sahaja berlaksanakan apabila parti pembangkang mentadbir selangor tetapi adalah untuk selama-lamanya.

Dengan percumanya 20 meter padu air yang pertama, keuntungan syarikat air akan berkurang.. Dengan pengurangan keuntungan, mungkinkah air yang dibekalkan masih berkualiti? kualiti air mungkin menjatuh kerana kos untuk menyelia kualiti air mungkin akan diturunkan juga. Jikalau kualiti air dikurangkan seperti apa yang dibimbangkan oleh orang ramai, dasar ini tidak bermakna dan tidak berfaedah kepada orang ramai. Jadi, Saya berasa kerajaan harus memastikan syarikat air membekalkan air yang berkualiti sedangkan dasar ini dilaksanakan..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Percuma 20 meter padu air !!! Empty Re: Percuma 20 meter padu air !!!

Post  sim Sat Mar 29, 2008 7:31 am

abang vincent,adakah rancangan ini hanya untuk penduduk di selangor sahaja Question kalau ya,ini amat tidak adil kepada penduduk kl kerana keluarga saya menggunakan lebih daripada 20meterpadu air setiap bulan,ini memang adalah satu beban kepada keluarga saya kerana bilangan ahli keluarga memang banyak,air yang diguna mestilah lebih banyak daripada orang lain... Sad jikalau program ini dilaksanakan di seluruh malaysia,mestilah banyak rakyat tak perlu bayar bil air seperti keluarga siew mei,ataupun sebilangan rakyat akan membazir air atas kelurganya boleh menanggung kos air. Evil or Very Mad

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

Percuma 20 meter padu air !!! Empty Re: Percuma 20 meter padu air !!!

Post  vinclam1314 Sun Mar 30, 2008 7:14 am

dasar ini hanya dilaksanakan di negeri selangor sahaja kerana ini adalah dasar kerajaan selangor dan bukannya dasar negara.. Jika saya tiada kesilapan, KL dan Putrajaya akan diletakkan dibawah dasar ini..
Menurut apa yang saya tahu, penduduk yang tinggal di flat atau apartment tidak akan diletakkan di bawah dasar ini. Ini adalah kerana kadar penggunaan air untuk penduduk di flat adalah berbeza dengan pengguna air yang lain.. Jadi, rumah saya dan Kakak Siew Mei mungkin tidak akan diletakkan di bawah dasar ini.. Jika anda adalah penduduk rumah teres, anda akan diletakkan di bawah dasar ini..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Percuma 20 meter padu air !!! Empty Re: Percuma 20 meter padu air !!!

Post  siewMei Wed Apr 02, 2008 10:29 am

ya,betul kata abang tohwai,bagi penduduk flat ataupun bekalan airnya bukan secara individu tidak akan menikmati dasar baru ini. tentang bekalan air yang bukan secara indivudu ini,saya sendiri juga tidak begitu faham. tapi,dasar ini akan dilaksanakan mulai bulan jun. tetapi saya rasa dasar ini tidak tertakluk di KL mahupun Putrajaya kerana dasar ini dikemukakan oleh kerajaan negeri selangor dan bukan kerajaan persekutuan. Jadi,KL dan Putrajaya yang diperintah di bawah kerajaan persekutuan tidak mempunyai peluang untuk menikmati percuma air ini melainkan dasar ini juga dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan.

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Percuma 20 meter padu air !!! Empty Re: Percuma 20 meter padu air !!!

Post  vinclam1314 Thu Apr 03, 2008 11:39 am

Urm.. minta maaf kerana saya tidak boleh pastikan sama ada KL dan putrajaya tergolong dalam dasar ini atau tidak.. tetapi, jika kerajaan selangor melaksanakan dasar ini, mereka perlu menanggung kos penggunaan air itu.. jadi , kos yang digunakan di dalam sektor lain akan diturunkan untuk memenuhi kos ini.. jadi, pembangunan di dalam selangor mungkin dilambatkan kerana kosnya sudah diturunkan sedikit..

Saya berasa dasar ini adalah untuk menarik tarikan pengundi sahaja.. ini mungkin adalah salah satu teknik yang digunakan oleh pati pembangkang.. adakah anda bersetuju dengan saya? saya berasa mungkin adalah golongan yang berpendapat rendah mungkin mengundi pati pembangkang pada pilihan raya umum ke -13 kerana mereka bimbang bahawa jika BN memerintah selangor, mungkin dasar ini akan digulingkan... Ini adalah salah satu taknik menarik tarikan pengundi!!

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Percuma 20 meter padu air !!! Empty Re: Percuma 20 meter padu air !!!

Post  lim siew yuen Fri Apr 04, 2008 7:07 am

Kalau cara ini hanya untuk menarik hati pengundi sahaja..........cara ini patut dihentikan!kerana penduduk akan membazirkan air dengan sewenang-wenangnya kerana bil air teleh direndahkan........
Air sangat penting kepada manusia!kita tidak boleh meminum air dari laut dan air yang telah dicemarkan........walaupun air boleh "recycle"tetapi jika kita menghadapi kemarau kita tidak mempunyai air yang cukupnya untuk makanan kita.............
Oleh itu pihak berkuasa perlu menyediakan satu tempet yang dpat menanggung rakyat kita dan bukan merendahkan bil air sehingga kita mangabaikan kepentingan air.

lim siew yuen

Posts : 40
Join date : 2008-01-13

Back to top Go down

Percuma 20 meter padu air !!! Empty Re: Percuma 20 meter padu air !!!

Post  wonderfoo_99 Sat Apr 05, 2008 8:16 am

Pada pendapat saya ,kerajaan Selangor menpunyai sistem pentabiran yang tersendiri. Kita tak boleh menganggap menberi 20 liter air percuma sebagai satu taktik untuk mengambil hati penduduk selangor. Dasar ini boleh mengurangkan beban rakyat, disamping dapat mengurangkan beban syarikat besar yang banyak menggunakan air .Ini juga menunjukan kerajaan baru ini memahami masalah rakyat bukan hanya memetingkan kedudukannya. Justeru, penduduk selangor harus menjimatkan air setelah dasar ini dilaksanakan.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Percuma 20 meter padu air !!! Empty Re: Percuma 20 meter padu air !!!

Post  weichian_89 Sat Apr 05, 2008 2:44 pm

wonderfoo_99 wrote: Dasar ini boleh mengurangkan beban rakyat, disamping dapat mengurangkan beban syarikat besar yang banyak menggunakan air.

mengikut pengetahuan saya,syarikat bekalan air setiap negeri adalah berbeza.bekalan air di negeri selangor adalah dibawah kawalan syarikat syabas..oleh itu dasar yang seperti ini hanya dilaksanakan pada negeri selangor sahaja.kalau tidak silap saya,hanyalah kegunaan air 20 meter padu percuma hanya akan beri kepada kegunaan keluarga dan tidak manfaatkan syarikat besar.walau apa sebab dasar ini dilaksanakan,ia adalah mendatangkan manfaat kepada penduduk setempat.

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 34
Location : batu caves

Back to top Go down

Percuma 20 meter padu air !!! Empty Re: Percuma 20 meter padu air !!!

Post  Jennifer Ong Tue Apr 15, 2008 2:54 pm

Saya tidak bersetuju dengan dasar ini. Walaupun dasar ini dikatakan boleh mengurangkan beban rakyat, tetapi, langkah ini juga mendorong rakyat untuk membazir air ataupun tidak menggunakan air dengan cermat.

Saya merasa terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub melalui akhbar Utusan Malaysia bertarikh 6 Julai 2006 bertajuk Krisis air Lembah Klang bahawa masih belum ada sebarang rundingan dan tindakan dibuat antara Kerajaan Pahang, Selangor dan Pusat untuk mengatasi masalah ini.

Bagaimana perkara ini boleh berlaku sedangkan masalah krisis air ini dijangka akan berlaku pada tahun 2007? Adakah kita mahu mengulangi lagi sebagaimana krisis air yang melanda di negara kita seperti sepuluh tahun yang lampau.

"Merujuk kepada statistik penggunaan air yang semakin meningkat dari tahun ke tahun terutama di kawasan Lembah Klang dan juga kos pembinaan tempat simpanan air yang juga akan meningkat sekali ganda sekiranya tidak dibina dari sekarang, menggusarkan hati kami. Sudah tentu dengan perbelanjaan yang semakin tinggi akan membebankan kerajaan dan ini secara tidak langsung juga mendatangkan kesan tidak baik kepada masyarakat.

Satu tindakan yang drastik harus dilakukan dari sekarang agar kita terselamat daripada musibah bakal menimpa. "

Didapati penggunaan air di Malaysia adalah beberapa ganda lebih banyak daripada penggunaan di Afrika dan negara-negara Asia yang lain. Oleh itu, jika rakyat Malaysia tidak ingin dibebani dengan perbelanjaan air yang banyak, mereka haruslah berhemat semasa menggunakan air. Jika rakyat negara lain boleh berjimat semasa menggunakan air, kenapa rakyat Malaysia tidak boleh berbuat demikian??

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

Back to top Go down

Percuma 20 meter padu air !!! Empty Re: Percuma 20 meter padu air !!!

Post  wonderfoo_99 Mon Jun 09, 2008 10:43 am

Dasar benarkah boleh dilaksanakan? Kenapa belum dilaksanakan? Baru -baru ini Jabatan air selangor menyatakan, mereka tidak boleh melaksanakan dasar ini tanpa persetujuan kerajaan persekutuan. Ini menujukkan, dasar ini tidak boleh dijalankan. Adakah ini menjejaskan pemeritahan parti pakatan raya.Setujukah kamu semua???????????????????????????????????????????????????????????????????????Beri pendapat kamu??

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Percuma 20 meter padu air !!! Empty Re: Percuma 20 meter padu air !!!

Post  vinclam1314 Mon Jun 09, 2008 3:20 pm

Syabas tolak terma, syarat akujanji air percuma
09/06/2008 5:45pm

KUALA LUMPUR 9 Jun — Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) hari ini menolak terma-terma dan syarat-syarat pembayaran yang dijanjikan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bagi pihak kerajaan negeri Selangor berhubung pemberian 20 meter padu air percuma.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ruslan Hassan berkata setelah menelitinya, SYABAS tidak bersetuju dengan kandungan surat akujanji bersyarat KDEB itu yang ditandatangani pada 6 Jun lalu dan dihantar kepada SYABAS dengan serahan tangan pagi ini.

Surat penolakan SYABAS itu telah dihantar kepada KDEB untuk makluman dan tindakan lanjut, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Ruslan berkata SYABAS tidak bersetuju dengan akujanji itu yang mencadangkan pembayaran bil-bil air yang diberikan percuma kepada pengguna hanya akan dibuat oleh KDEB selepas cadangan penstrukturan semula sistem bekalan air di Selangor oleh KDEB siap sepenuhnya September depan.

Katanya cadangan KDEB itu secara langsung menjejaskan aliran tunai SYABAS dan boleh menjejaskan operasi syarikat itu.

Ruslan berkata SYABAS berpendapat pemberian air percuma yang dicadangkan kerajaan Selangor itu tiada kaitan dengan program penstrukturan yang dicadangkan di negeri itu.

"Oleh itu, cadangan balas SYABAS ialah untuk mengebil kepada pihak KDEB setiap penghujung bulan dan pembayaran oleh KDEB kepada SYABAS perlu diterima dalam tempoh 14 hari daripada penyerahan tuntutan tersebut,” katanya.

Katanya kegagalan KDEB memenuhi syarat pembayaran seperti yang dicadangkan itu akan menyebabkan SYABAS terpaksa menghentikan program pemberian air percuma itu.

Ruslan berkata SYABAS akan meneruskan dengan pengeluaran bil-bil seperti biasa tanpa pemotongan atau subsidi sehingga ia berpuas hati dengan akujanji yang dikeluarkan kerajaan negeri Selangor mahupun KDEB bagi pembayaran 20 meter padu air yang dijanjikan kerana SYABAS tertakluk kepada perjanjian konsesi seperti yang ditandatangani dengan kerajaan negeri dan Pusat.

— BERNAMA

Daripada maklumat yang boleh kita dapati daripada berita di atas ini, Dasar ini sepatutlah dilaksanakan mulai bulan Jun, akan tetapi, dasar ini tidak dapat dijalankan kerana pihak SYABAS telah menghentikan project ini, mereka tidak setujui tentang dasar ini dan bukannya apa yang telah abang Foo cakap-tidak mendapati persetujuan daripada kerajaan persekutuan...

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Percuma 20 meter padu air !!! Empty Re: Percuma 20 meter padu air !!!

Post  wonderfoo_99 Wed Jun 11, 2008 9:32 am

Mr lam maklumat yang saya terima adalah sebelum cuti sekolah iaitu sebelum memaparkan berita ini. Namun, kerajaan persekutuan pernah menyatakan tidak bersetuju dasar ini. Justeru maklumat yang saya beri adalah tidak salah. Saya menyatakan hal ini sebelum berita tersebut disiarkan di media massa. Harap maklum. Mr.Lam bukan sewenang-wenang menafikan penyataan yang dipaparkan oleh pelajar lain.Fikirlah, apa yang dibuat sebelum mengkritik seseorang. Bangunlah dari mimpi, fikir sebelum buat, insan sebelum kritik,semak sebelum tulis. MR.LAM balik dari pangkah selum jatuh ke dalam longkang. Sekian terima kasih.........................................

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Percuma 20 meter padu air !!! Empty Re: Percuma 20 meter padu air !!!

Post  wonderfoo_99 Thu Jun 12, 2008 10:11 am

Dasar percuma 20liter pertama di Selangor dilaksanakan pada isnin depan.<16.06.2008>

Selangor tanggung air percuma RM132j setahun

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

SHAH ALAM 11 Jun - Kerajaan campuran Selangor terpaksa membiayai RM132 juta setahun nilai kos 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri ini bagi mengotakan janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12.

Menerusi persetujuan yang dicapai oleh kerajaan campuran Selangor melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd., (Syabas) hari ini, ia bermakna KDEB menanggung kos air yang dianggarkan sebanyak RM11 juta sebulan, berkuat kuasa 1 Jun.

<<<Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ib- rahim berkata, selaras dengan keputusan tersebut, pengguna air di Selangor juga akan menerima bil air baru dengan rebat air percuma mengikut kadar yang ditetapkan itu bermula Isnin depan.>>>>>
"Kita telah mengadakan perbincangan dengan pihak Syabas tengah hari tadi dan telah mencapai persetujuan iaitu bagi pengguna air di negeri ini yang telah menerima bil air sebelum 16 Jun (Isnin depan) akan menerima rebat bayaran untuk pengunaan 15 hari pertama bulan ini yang direkodkan di dalam bil bulan Julai.

"Kos berkenaan (20 meter padu air pertama) akan ditanggung oleh KDEB setiap bulan. Bagaimanapun, pemberian air percuma ini hanya untuk pengguna yang mempunyai meter individu sahaja," katanya ke- pada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai pemberian percuma sebanyak 20 meter padu pertama seperti dijanjikan oleh kerajaan negeri kepada seluruh rakyat Selangor mulai Jun ini, seperti yang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, pemberian air percuma berkenaan yang juga merupakan satu usaha penstrukturan semula industri air di Selangor itu tertangguh sebelum ini, berikutan tiadanya persetujuan dicapai di antara kerajaan negeri dengan pihak Syabas termasuk daripada segi terma, syarat-syarat termasuklah kaedah-kaedah pelaksanaan yang akan digunapakai.

Pada 9 Jun lalu, Syabas telah menolak terma dan syarat pembayaran yang dikemukakan oleh KDEB berhubung pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu pertama kepada pengguna di Selangor.

Syabas mahu KDEB membiayai kos 20 meter padu air yang dianggarkan sebanyak RM11 juta sebulan berkuatkuasa 1 Jun dan bukannya pada bulan September seperti cadangan awal KDEB.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan berkata, rundingan mengenai perkara itu telah selesai memandangkan KDEB telah memberi aku janji untuk membayar bekalan air berkenaan bagi pihak kerajaan negeri dalam tempoh 30 hari setiap bulan.

"Kita jangkakan pelaksanaan ini untuk bulan ini (Jun) mungkin akan mengalami kesulitan. Namun, kita akan buat penyelarasan seperti yang dipersetujui,'' katanya.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Percuma 20 meter padu air !!! Empty Re: Percuma 20 meter padu air !!!

Post  vinclam1314 Thu Jun 12, 2008 10:19 am

wonderfoo_99 wrote:Mr lam maklumat yang saya terima adalah sebelum cuti sekolah iaitu sebelum memaparkan berita ini. Namun, kerajaan persekutuan pernah menyatakan tidak bersetuju dasar ini. Justeru maklumat yang saya beri adalah tidak salah. Saya menyatakan hal ini sebelum berita tersebut disiarkan di media massa. Harap maklum. Mr.Lam bukan sewenang-wenang menafikan penyataan yang dipaparkan oleh pelajar lain.Fikirlah, apa yang dibuat sebelum mengkritik seseorang. Bangunlah dari mimpi, fikir sebelum buat, insan sebelum kritik,semak sebelum tulis. MR.LAM balik dari pangkah selum jatuh ke dalam longkang. Sekian terima kasih.........................................

Menurut pandangan abang foo, saya ingin tekankan beberapa perkara:-
1- saya pernah membuat siatsatan tentang hal ini dan ini dapat dibuktikan dengan berita yang saya paparkan di atas ini..
2- Saya pernah berfikir selepas membaca balasan abang ( Jika saya tidak berbuat demikian, kenapa saya masih mahu mencari maklumat tentang kerajaan persekutuan menolak cadangan kerajaan selangor tentang hal ini? saya boleh terus mempercayai isu yang dikatakan oleh abang tanpa berfikir )
3- Saya tidak menafi dengan kerasnya bahawa apa yang dikatakan oleh abang adalah salah, saya hanya dapat membuktikan bahawa berita yang terbaru ini mengatakan bahawa SYABAS yang menolakkan perkara ini.
4- Saya tidak dapat carikan berita yang mengatakan kerajaan persekutuan mengatakan percumaan air adalah di bawah kuasanya, jika ada, abanglah yang patut memberikan bukti dan bukannya sewenang-wenang mengatakannya sahaja.. (abang boleh cuba mencari maklumat itu. seperti apa yang abang katakan, fikir sebelum buat dan semak sebelum tulis..) jika saya hanya mengatakan isu dan tidak dapat buktikan kebenaran bukti, barulah saya dikatakan menyebarkan maklumat secara sia-sia.. ( adakah abang menyokong perkataan ini? )
5- saya tidak mengkritik abang, saya tidak marah dan tidak menyalah abang, saya hanya mengatakan berita yang terkini ini sahaja.. ( mengenai hal yang abang cakap, saya tidak sangat tahu mengenainya - jadi, tidak baiklah saya memberikan komen )
6- di topik yang lain, abang asyik poskan berita dan terdapat sebahagiannya hanya terdapat permulaan sahaja.. saya dan kebanyak kawan juga berpendapati bahawa abang hanya copy dan paste kan berita tersebut tanpa membacakannya.. adakah abang tahu apa yang abang post kan? Selain itu, terdapat kawan yang mengatakan bahawa abang dapat postkan beberapa balasan dalam beberapa minit sahaja, jadi, saya juga tidak dapat mempercayai bahawa abang tahu apa yang abang postkan..
7- Selain itu, di topik-topik yang sebelum ini ( hanya sebahagian ), adakah abang foo membaca balasan kawan-kawan lain sebelum abang memberikan balasan? adakah inikah yang abang foo katakan fikir sebelum buat? Abang foo juga asyik mengkritik saya, adakah itu dikatakan insan sebelum kritik?
8- Saya juga ingin meminta maaf jika saya telah menginggung perasaan abang foo.. saya hanya memberikan balasan mengenai balasan yang dipostkan oleh abang dan mengatakan pendapat pelajar lain sahaja.. Saya bukan seorang yang asyik membangkang abang foo, saya hanya mengatakan pendapat saya sahaja, jika telah menyebabkan abang foo membencikan saya, disinilah, sekali lagi, saya memintakan maaf abang foo..silent

Terima Kasih.. Crying or Very sad

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Percuma 20 meter padu air !!! Empty Re: Percuma 20 meter padu air !!!

Post  siewMei Thu Jun 12, 2008 11:20 am

wonderfoo_99 wrote:Mr lam maklumat yang saya terima adalah sebelum cuti sekolah iaitu sebelum memaparkan berita ini. Namun, kerajaan persekutuan pernah menyatakan tidak bersetuju dasar ini. Justeru maklumat yang saya beri adalah tidak salah. Saya menyatakan hal ini sebelum berita tersebut disiarkan di media massa. Harap maklum. Mr.Lam bukan sewenang-wenang menafikan penyataan yang dipaparkan oleh pelajar lain.Fikirlah, apa yang dibuat sebelum mengkritik seseorang. Bangunlah dari mimpi, fikir sebelum buat, insan sebelum kritik,semak sebelum tulis. MR.LAM balik dari pangkah selum jatuh ke dalam longkang. Sekian terima kasih.........................................

Abang wengfoo,saya rasa ayat-ayat ini agak menyakitkan hati..saya rasa abang wengfoo agak keterlaluan kali ini,tidak sepatutnya mengkritik sebegini..jika abang wengfoo hanya nak menasihati abang tohwai,saya rasa "nasihat" ini sperti amaran kepada abang tohwai supaya jangan ragu-ragu akan berita yang dikatakan oleh abang wengfoo.. memang saya tahu abang wengfoo ada membaca surat khabar setiap hari,tapi daripada balasan ini,memang tidak sopan untuk mengeluarkan ayat-ayat ini.. dan tentang abang wengfoo selalu hanya mempostkan keratan akhbar tanpa mengeluarkan pandangan sendiri,perbuatan ini memang telah menimbulkan sedikit ketidakpuasan beberapa ahli forum ini kerana abang wengfoo hanya copy and paste,jika abang wnegfoo berbuat macam ini demi mengutip bilangan post,saya rasa ini tidak adil... No jika terus begini,forum ini dibuka hanya untuk copy and paste keratan akhbar tanpa perbincangan selanjutnya...
Harap maaf jika tersinggung perasaan sesiapa sahaja.. Neutral

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Percuma 20 meter padu air !!! Empty Selangor tanggung air percuma RM132j setahun

Post  vinclam1314 Fri Jun 13, 2008 12:08 pm

Kata Putus Dicapai : Pengguna Nikmati Pemberian Air Percuma PDF Cetak E-mail


SHAH ALAM, 11 Jun – Sejuta pengguna domestik bermeter individu di negeri ini tetap akan menikmati pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Dato’ Menteri Besar berkata seperti yang dijanjikan kerajaan negeri, pemberian air percuma yang bermula 1 Jun lalu itu tetap dilaksanakan.

Menurut beliau pengguna juga akan mendapat bil baru dengan rebet air percuma bermula 16 Jun ini.

Mereka yang menerima bil sebelum 16 Jun, akan menerima rebet bayaran untuk penggunaan 15 hari pertama bulan Jun di dalam bil bulan berikutnya.

Abdul Khalid berkata kos pembayaran kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berikutan pemberian air percuma itu, akan dibiayai anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

“Saya pasti rakyat Selangor gembira dengan keputusan ini,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco petang ini.

Kata putus itu dicapai dalam perbincangan beliau dengan Presiden KDEB, Dato’ Abd Karim Munisar dan Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Dato’ Ruslan Hassan hari ini.

Pemberian air percuma sebelum ini menjadi persoalan apabila Syabas pada 5 Jun mengeluarkan kenyataan yang bil air akan dikeluarkan seperti biasa kepada pengguna tanpa sebarang penurunan sehingga ada arahan bertulis daripada kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Pada 9 Jun, Syabas yang telah menerima surat akujanji daripada KDEB membuat keputusan menolak dan tidak bersetuju dengan terma dan syarat-syarat pembayaran yang dijanjikan oleh KDEB kepada Syabas.

Syabas tidak bersetuju dengan cadangan pembayaran bil-bil air yang diberikan percuma kepada pengguna hanya akan dibuat oleh KDEB selepas cadangan penstrukturan semula sistem bekalan air di Selangor siap sepenuhnya pada September depan. – NOOR ALLIA KASSIM
daripada Laman web utama Selangor
Menurut berita ini, Kerajaan Selangor akan menanggung bil air yang kurang daripata 20 liter. Oleh itu, penduduk Selangor mempunyai perkhidmatan percuma penggunaan air pada 20 liter pertama.. Tahniah kepada kakak siew mei kerana dapat menikmati perkhidmatan ini.. haha.. akan tetapi, rasanya saya tidak dapat menikmati perkhidmatan ini selagi saya masih duduk di Kuala Lumpur.. ><

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Percuma 20 meter padu air !!! Empty Re: Percuma 20 meter padu air !!!

Post  PnLeela Fri Jun 13, 2008 1:46 pm

Mr Lam Smile

Terima kasih kerana mengambil insiatif untuk mengemaskinikan (update), perkara/berita terbaru tentang sesuatu topik. Teruskan usaha anda
Isu air ini memang berita baik untuk orang Selangor. malangnya saya juga tidak dapat menikmati kemudahan ini Crying or Very sad



Semoga berjaya dengan cemerlang dalam STPM
Very Happy

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Percuma 20 meter padu air !!! Empty Re: Percuma 20 meter padu air !!!

Post  PnLeela Fri Jun 13, 2008 1:53 pm

Jadikanlah forum ini sebagai tempat yang mesra pengunjung. Saya membuka peluang kepada pelajar untuk berkongsi maklumat. Sekiranya anda mulakan topik untuk memberitahu rakan tentang berita kini, boleh copy paste dengan mengikut kaedah quote yang di sebut oleh toh wai dan diikuti dengan sedikit ulasan. Dan untuk membolehkan pelajar lain memberi pandangan dan ulasan, nyatakan beberapa soalan khusus yang boleh jadi panduan.

dalam apa hal pun, jangan guna kata-kata kesat yang boleh menyinggung persaan kawan anda.
Tiada siapa yang salah semasa memberi pandangan. jangan juga meragui ketepatan fakta jika ia diambil dari suratkhabar.

Jadikan forum tempat yang aman dan seronok semasa menimba ilmu Very Happy

Jumpa lagi
PnLeela

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Percuma 20 meter padu air !!! Empty ???

Post  yuweilim Fri Jun 13, 2008 5:28 pm

Sebenarnya saya juga seperti Mr.Lam tidak dapat menikmati keistimewaan ini,jika tidak,mungkin keluarga saya juga tidak perlu bayar bil air.Di sini saya ada satu pertanyaan,setahu saya,terdapat sekolah dan kawasan perumahan yang terletak di antara sempadan Selangor dan KL,cthnya sebuah sekolah sebahagian kawasannya memilik Selangor manakala sebahagian lagi memilik KL,jadi macam mana bil air mereka dibahagikan Question

yuweilim

Posts : 10
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Percuma 20 meter padu air !!! Empty Re: Percuma 20 meter padu air !!!

Post  hawjiun Fri Jun 13, 2008 6:25 pm

Kakak Yuwei saya rasa saya boleh menjawab soalan anda. Saya berasa ia terpulang kepada alamat sekolah. Sekiranya alamat sekolah itu bukanlah selangor,maka sekolah itu tidak akan memperolehi air percuma. Di samping itu, jikalau alamat itu adalah bertulis selangor,maka sekolah itu boleh mendapat air percuma. Saya juga ingin tahu kenapa selangor ingin memberi air percuma kepada penghuninya?? Apakah pendapat kalian?? Smile Smile Smile

hawjiun

Posts : 58
Join date : 2008-01-11
Age : 34
Location : Kuala Lumpur

http://hawjiun.blogspot.com

Back to top Go down

Percuma 20 meter padu air !!! Empty Re: Percuma 20 meter padu air !!!

Post  vinclam1314 Sat Jun 14, 2008 12:43 pm

Kerajaan Selangor memberikan 20 meter padu air percuma kepada penduduk selangor adalah untuk menunaikan janji pilihan raya.. Kerajaan Selangor kini pernah menjanjikan penduduk selangor mereka akan mengurangkan harga air ( kalau saya tiada kesalahan ) dengan itulah, terdapat banyak penduduk yang miskin atau menggunakan air yang sikit boleh diampuni daripada membayar bil air yang sikit ini.. ini dapat mengurangkan kos harian penduduk yang miskin..

Akan tetapi, saya tidak sangat setuju dengan dasar ini kerana kerajaan masih menggunakan wang rakyat untuk membiayai harga air ini.. dengan kata lain, rakyat masih perlu membiayai harga air ini... Jika dasar ini tidak dilaksanakan, kemungkinan besar wang yang dibiayai harga air ini boleh digunakan dalam pembangunan negeri atau pembaikan infrastruktur negeri.. adakah ini lebih baik daripada dasar percuma air ini?

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Percuma 20 meter padu air !!! Empty Re: Percuma 20 meter padu air !!!

Post  hawjiun Sat Jun 14, 2008 7:28 pm

vinclam1314 wrote:Kerajaan Selangor memberikan 20 meter padu air percuma kepada penduduk selangor adalah untuk menunaikan janji pilihan raya.. Kerajaan Selangor kini pernah menjanjikan penduduk selangor mereka akan mengurangkan harga air ( kalau saya tiada kesalahan ) dengan itulah, terdapat banyak penduduk yang miskin atau menggunakan air yang sikit boleh diampuni daripada membayar bil air yang sikit ini.. ini dapat mengurangkan kos harian penduduk yang miskin..

Akan tetapi, saya tidak sangat setuju dengan dasar ini kerana kerajaan masih menggunakan wang rakyat untuk membiayai harga air ini.. dengan kata lain, rakyat masih perlu membiayai harga air ini... Jika dasar ini tidak dilaksanakan, kemungkinan besar wang yang dibiayai harga air ini boleh digunakan dalam pembangunan negeri atau pembaikan infrastruktur negeri.. adakah ini lebih baik daripada dasar percuma air ini?

Saya juga bersetuju dengan sebab-sebab yang dikemukakan oleh abang tohwai. kerajaan selangor boleh menggunakan wang tersebut untuk digunakan dalam bidang yang bermanfaat kepada rakyat. Malahan, rakyat selangor juga dapat menikmati manfaat daripadanya.Saya berharap pilihan raya pada kali ini boleh mengembalikan kegemilangan negara kita supaya negara kita dapat mencapai wawasan 2020 dengan lancar. Very Happy

hawjiun

Posts : 58
Join date : 2008-01-11
Age : 34
Location : Kuala Lumpur

http://hawjiun.blogspot.com

Back to top Go down

Percuma 20 meter padu air !!! Empty Re: Percuma 20 meter padu air !!!

Post  vinclam1314 Sun Jun 15, 2008 12:50 pm

hoho.. nampaknya adikku merupakan penyokong parti rakyat.. haha.. walaubagaimanapun, saya tiada keyakinan yang besar bahawa negara kita akan mencapai pencapaian wawasan 2020 -- walaupun negeri selangor sudah diiktirafkan sebagai negeri maju sekarang.. ini adalah kerana punca yang disebabkan oleh antarabangsa (seperti harga minyak yang meningkat dengan cepat ini ), bencana alam ( seperti banjir kilat , tsunami pada tahun 2004 ), punca dalaman ( mungkin berlaku apa-apa? siapa tau? ) dan punca politik ( sekarang BN sudah kalah 5 negeri, kerajaan 4 negeri adalah baru-memerlukan masa yang lebih panjang untuk menyesuaikan diri dan etc. ) .. atas punca-punca yang mungkin berlaku ini, saya tidak mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap dasar wawasan 2020 ini... selain itu, salah satu objektif wawasan 2020 -budi bahasa, kan? sangat susah dicapaikanlah..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Percuma 20 meter padu air !!! Empty Re: Percuma 20 meter padu air !!!

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum