PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

USM cuba kaedah pembelajaran aplikasi bidang ICT

Go down

USM cuba kaedah pembelajaran aplikasi bidang ICT Empty USM cuba kaedah pembelajaran aplikasi bidang ICT

Post  Kar Yung (U6A/2010) Tue Feb 23, 2010 6:07 pm

PULAU PINANG, 23 Feb (Bernama) — Universiti Sains Malaysia (USM) bercadang mengaplikasikan pengajaran bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mengunakan kaedah unik yang dapat memberi lebih ruang kepada penuntut memahaminya mengikut cara tersendiri.

Naib Canselornya Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata idea menggunakan kaedah berkenaan diperoleh selepas beliau melihat kajian seorang pakar ICT dari India yang menunjukkan pembelajaran secara sendirian mendatangkan kesan positif kepada pelajar.

"Kaedah itu dilihat dapat menukar corak pengajaran sedia ada dan menjadikan ICT sebagai satu bidang yang boleh memberi impak kepada kreativiti dan ilmu pengetahuan secara lebih terbuka dan luas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bengkel mengenai ICT di sini hari ini.

Katanya pengenalan pembelajaran ICT menggunakan teknik itu dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, di samping memenuhi keperluan terhadap kemahiran bidang berkenaan untuk semua golongan.

Bengkel tiga hari yang disertai 50 pensyarah dan pendidik, anjuran Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan itu diadakan serentak dengan pelancaran Pusat Sumber ICT Unesco Bangkok hasil kerjasama USM dengan Unesco Bangkok dalam mengintegrasikan pengajaran dan pembelajaran ICT secara lebih mapan dan sistematik.

Unesco Bangkok akan menempatkan Pusat Sumber Teknologi Komunikasi Maklumat selaras dengan penubuhan makmal i-SMARTLAB (Integration of Smart Media) di USM melalui dana Bank Pembangunan Islam (IDB).
Kar Yung (U6A/2010)
Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 34
Location : KL

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum