PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Program outreach SSM

Go down

Program outreach SSM Empty Program outreach SSM

Post  ong poh lee U6B Thu Feb 18, 2010 12:12 pm

PROGRAM Outreach Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang memberi pendedahan awal mengenai peluang perniagaan kepada pelajar mendapat sambutan menggalakkan dengan disertai lebih 4,000 mahasiswa seluruh negara.

Program tiga hari berlangsung di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kampus Jalan Sultan Ismail itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti berkaitan antaranya pameran, taklimat perniagaan dan kuiz.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Zahrah Abd Wahab, berkata antara agensi yang menjayakan program berkenaan ialah Bank Rakyat, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Pusat Pembangunan Halal, Bank Negara dan Tekun.

Katanya, sambutan memberangsangkan terhadap taklimat dan gerai pameran itu mencerminkan kesungguhan pelajar untuk meneroka aktiviti baru dengan menjadi usahawan.

“Ramai pelajar memanfaatkan gerai pameran SSM untuk mendaftar dan memperbaharui perusahaan mereka, malah sesi taklimat bersama Bank Rakyat dan Tekun mendapat sambutan kerana masing-masing ingin tahu prosedur mendapat pinjaman perniagaan.
“Ternyata semakin ramai pelajar IPT berani mengambil risiko menjalankan perniagaan daripada mengharap makan gaji saja ,” katanya.

Sementara itu, pelajar Pengurusan Perniagaan Kejuruteraan UniKL, Rusydi Ashikin, 22, berkata walaupun terikat dengan jadual kelas yang ketat, dia sempat mengunjungi gerai pameran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

“Saya mendapat penerangan mengenai cara membezakan barangan tiruan dan asli. Pendedahan ini memberi kesedaran untuk lebih peka ketika membeli barangan pada masa depan,” katanya.

Pelajar Pengajian al-Quran dan Multimedia, Universiti Sains Islam Malaysia, Umi Kalhsum Mohd, 24, pula mengambil peluang membuka gerai jualan pakaian sempena program itu selain memperbaharui pendaftaran perusahaannya di tapak pameran SSM.

“Program ini umpama pusat sehenti bagi pelajar untuk mengetahui prosedur membangunkan perniagaan kerana semua agensi berkaitan dijemput menyertainya bagi memudahkan pelajar membuat rujukan,” katanya.

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum