PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jepun jangka dagangan dengan Malaysia naik

Go down

Jepun jangka dagangan dengan Malaysia naik Empty Jepun jangka dagangan dengan Malaysia naik

Post  xiaowen_U6B Thu Feb 11, 2010 2:03 pm

JUMLAH perdagangan Malaysia-Jepun tahun ini dijangka melepasi paras tahun lalu pada RM108.71 bilion, dan berkemungkinan menyamai paras tertinggi RM136.89 bilion yang dicatatkan pada 2008.

Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Korie, berkata, jangkaan itu disandarkan kepada beberapa faktor termasuk strategi pertumbuhan baru yang diumumkan pentadbiran Parti Demokratik di bawah Perdana Menteri Yukio Hatoyama baru-baru ini yang memberikan tumpuan khusus kepada pertumbuhan di Asia, serta tanda positif yang menunjukkan ekonomi global secara beransur-ansur pulih daripada krisis kewangan global.

Beliau berkata, strategi pertumbuhan digariskan Hatoyama menunjukkan peralihan daripada strategi dan gaya pentadbiran kerajaan Parti Demokratik Liberal (LDP) sebelum ini yang menyandarkan pertumbuhan ekonomi Jepun kepada projek infrastruktur dan penggantungan kepada pasaran bebas.

“Di bawah pentadbiran Hatoyama, anda boleh menjangkakan lebih banyak campur tangan kerajaan Jepun dalam mengurus ekonominya dan tidak lagi bergantung kepada pasaran bebas.

“Akan ada keseimbangan dalam peraturan dan sokongan dalam mewujudkan pasaran baru dengan membuka sempadan baru di Asia,” katanya pada taklimat media berhubung dasar pertumbuhan baru pentadbiran Hatoyama di Kuala Lumpur, semalam.

Dengan kedua-dua negara, Jepun dan Malaysia, masing-masing mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kembali positif tahun ini, beliau yakin 2010 bakal tahun yang lebih baik berbanding 2009 bagi kedua-dua negara.

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum