Malaysia perlu transformasi ekonomi utama
3 posters
Page 1 of 1
Malaysia perlu transformasi ekonomi utama
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu melaksanakan transformasi utama dalam ekonomi, walaupun ia membabitkan kos jangka pendek atau menghadapi gangguan awal, bagi mencapai status negara maju pada 2020.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata Malaysia memerlukan transformasi itu kerana negara tidak mampu tersekat di tengah-tengah, sebagai negara berpendapatan sederhana, sekalipun negara berpendapatan pertengahan tinggi.
"Bagi memperoleh status negara maju, model ekonomi kita perlu beralih ke arah menjadi negara berintensifkan pengetahuan dan dipacu inovasi," katanya pada hari kedua Persidangan Ekonomi 1Malaysia di sini hari ini.
Persidangan itu dianjurkan oleh Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM).
Nor Mohamed menjelaskan transformasi ekonomi membabitkan perubahan yang ketara.
Beliau berkata, usaha untuk menyesuaikan model ekonomi negara memerlukan pelaburan, yang mungkin tidak mendapat hasil serta-merta, namun memberi pulangan yang baik dalam jangka panjang.
"Dalam melaksanakan transformasi ekonomi, kita memerlukan komitmen untuk menjayakannya di peringkat awal dan terus kekal untuk kemajuan jangka panjang," katanya. - Bernama

ZiAmUn(U6A/'10)- Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32
Re: Malaysia perlu transformasi ekonomi utama
Boleh terangkan apakah perubahan yang perlu dilakukan dalam transformasi ekonomi??Adakah menjadikan industri tradisional kepada perdagangan antarabangsa merupakan transformasi ekonomi??
xiaowen_U6B- Posts : 71
Join date : 2009-06-16
Re: Malaysia perlu transformasi ekonomi utama
transformasi ekonomi adalah proses perubahan struktur ekonomi,ditandai dengan pergeseran dari satu sektor ekonomi kepada sektor ekonomi lainnya yang dapat mempengaruhi perubahan Product Domestic Regional pada suatu negara atau suatu daerah..
pada pendapat saya,industri tradisional kepada antarabangsa susah menjadikan satu perubahn bagi ekonomi kita~
pada pendapat saya,industri tradisional kepada antarabangsa susah menjadikan satu perubahn bagi ekonomi kita~
Re: Malaysia perlu transformasi ekonomi utama
kuanchin91 wrote:pada pendapat saya,industri tradisional kepada antarabangsa susah menjadikan satu perubahn bagi ekonomi kita~
Transformasi ekonomi memerlukan jangka masa yang panjang barulah mendapat sesuatu hasil seperti yang dikatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Oleh itu, kita tidak dapat menentukan sesuatu perubahan itu susah untuk mendapatkan pulangan atau tidak,kan??Jadi, pada pendapat anda, perubahan manakah yang lebih sesuai?
xiaowen_U6B- Posts : 71
Join date : 2009-06-16
Similar topics
» Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 7.3 peratus
» 3 kekangan utama jadikan Malaysia negara pendapatan tinggi
» Pemulihan ekonomi perlu komitmen sektor swasta
» Ekonomi Malaysia di persimpangan kritikal
» Ekonomi Malaysia jangka berkembang 5.4 peratus

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum