PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Rakyat perlu bersatu

Go down

Rakyat perlu bersatu Empty Rakyat perlu bersatu

Post  keat sin (U6A) Mon Feb 01, 2010 8:10 am

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua rakyat Malaysia supaya bersatu menentang cubaan biadab sesetengah pihak yang mahu menganggu keharmonian masyarakat di negara ini dengan melakukan serangan ke atas rumah-rumah ibadat.

Perdana Menteri menegaskan, rakyat Malaysia tidak boleh menerima sikap tidak bertoleransi itu kerana apa yang berlaku amat menguji keazaman setiap rakyat berbilang kaum di negara ini.

‘‘Saya bersyukur kerana ramai yang mengutuk dan menentang perbuatan itu. Saya amat tersentuh dan bersemangat dengan sokongan rakyat yang bersatu menolak perbuatan segelintir individu yang berniat jahat menganggu kesejahteraan negara ini.

‘‘Ia mencerminkan semangat sebenar rakyat 1Malaysia atau perpaduan dalam kepelbagaian,” katanya dalam blog www.1Malaysia.com.my.

Katanya, insiden itu adalah tindakan memalukan yang menggoncangkan negara dan impaknya yang mendalam telah ditonjolkan di serata dunia.

‘‘Ia bukan saja penghinaan ke atas kepercayaan agama kita tetapi pencabulan yang jelas terhadap semangat dan Gagasan 1Malaysia,’’ katanya.

Perdana Menteri berkata, apa yang berlaku itu merupakan cubaan pihak tertentu untuk menghakis semangat kekitaan dalam masyarakat Malaysia.

‘‘Apa yang lebih buruk ialah cubaan untuk menyemai rasa tidak bertoleransi terhadap rakyat.

‘‘Wujud emosi tersirat yang mendorong pihak tertentu bertindak sedemikian. Mentaliti sebegini wajar dikenal pasti dan diperbetulkan,” katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, beliau sedar ada pihak yang mengkritik dan meremehkan serta ada yang mempersoalkan intipati Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan untuk menyatupadukan rakyat.

‘‘Kepada sesiapa yang menyatakan keraguan, saya tegaskan bahawa 1Malaysia mempunyai satu nilai murni.

‘‘Ia satu seruan untuk membawa nilai-nilai terbaik kepada diri kita semua seperti integriti dan kesetiaan. Nilai-nilai kemanusiaan ini wujud di dalam identiti kita sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum