PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

NILAI Ringgit terus rendah

2 posters

Go down

NILAI Ringgit terus rendah Empty NILAI Ringgit terus rendah

Post  leeyoong_U6B Wed Jan 27, 2010 4:00 pm

KUALA LUMPUR 26 Jan - Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini dengan kebimbangan tentang kesan langkah China mengekang pinjaman dalam persekitaran pemulihan ekonomi global, kata para peniaga.

Pada pukul 5 petang, ringgit susut kepada 3.4200/4230 berbanding dolar AS daripada semasa ditutup semalam pada 3.3970/4020.

Berita mengenai China mengurangkan pinjaman bank akan memberi kesan dalam pertumbuhan Asia dan pelabur pasaran membeli kembali dolar AS. Ini melemahkan permintaan terhadap ringgit.Katanya lagi ringgit akan terus mengalami tekanan minggu ini berikutan berita berkenaan, dan menambah yang mata wang tempatan juga berkemungkinan berlegar sekitar 3.44 berbanding dolar.

Semasa ditutup, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama lain, turun berbanding dolar Singapura kepada 2.4321/4365 daripada semalam pada 2.4237/4286 dan juga berbanding yen Jepun kepada 3.7979/8029 daripada 3.7661/7720 sebelumnya.

Berbanding dengan euro, ringgit lemah kepada 4.8201/8251 daripada 4.8074/8152 semalam, begitu juga dengan pound British kepada 5.5524/5590 daripada 5.4902/5000.

- Bernama

(dipetik daripada UTUSAN MALAYISIA ONLINE)

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

NILAI Ringgit terus rendah Empty Re: NILAI Ringgit terus rendah

Post  yeow_U6A/2010 Sun Feb 07, 2010 7:35 am

bolehkah saudari terangkan maksud angka di belakang nilai ringgit .Contohnya 3.4200/4230 - 4230 bagi pertukaran nilai AS ? terima kasih.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum