Mangsa lemas perahu karam terapung 1km dari lokasi kejadian
3 posters
Page 1 of 1
Mangsa lemas perahu karam terapung 1km dari lokasi kejadian
GEORGETOWN: Mayat empat pelajar lelaki Sekolah Menengah Chung Ling, di sini, yang lemas dalam kejadian perahu naga terbalik kelmarin, ditemui berhampiran satu sama lain di sekitar Perairan Tanjung Marina dan Pangkalan Jeti Feri Tun Raja Uda, di sini, selepas beberapa jam Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dimulakan semula jam 7 pagi, semalam.
Mangsa pertama dikenali sebagai, Goh Yi Zhiang, 17, ditemui jam 8 pagi manakala empat jam kemudian mayat Brandon Yeoh, 17, ditemui.
Jam 4.15 petang pula, mayat ketiga, Cheah Zi Jun, 17, ditemui sebelum mayat terakhir, Yong Xiang, 16, ditemui.
Semua mangsa ditemui terapung di kawasan perairan berkenaan hampir satu kilometer dari tempat kejadian berikutan air laut mula pasang.
Penemuan mayat keempat-empat mangsa itu menyebabkan suasana tempat kejadian menjadi pilu apabila jeritan keluarga bersahutan menyambut ketibaan mereka. Ada juga yang pengsan kerana terlalu sedih hingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
Susulan penemuan kesemua mayat itu, operasi SAR ditamatkan tepat jam 5 petang.
Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, berkata pihaknya bersyukur kerana sepanjang operasi selama dua hari itu, usaha mencari berjalan lancar membabitkan 200 anggota pelbagai agensi.
Beliau berkata, semua mangsa dijumpai berada di bahagian utara iaitu berhampiran Tanjung Marina dan Pangkalan Jeti Feri Tun Raja Uda.
"Mangsa yang ditemui disahkan maut dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat," katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Kelmarin, perahu yang dinaiki 18 orang termasuk guru dan dua jurulatih terbalik selepas melanggar tongkang akibat dipukul ombak kuat di Perairan Pantai Macallum, di sini, mengakibatkan enam terkorban.
Mayat guru penasihat pasukan berkenaan, Chin Aik Siang, 28, dijumpai tersangkut pada perahu naga jam 10.20 pagi manakala mayat Jason Ch'ng, 17, ditemui di bawah tongkang jam 2.45 petang, hari yang sama.
Ayub berkata, menurut laporan diterima, ramai di antara pelajar yang menjalani latihan mendayung itu tidak memakai jaket keselamatan.
Katanya, faktor keselamatan tidak harus dipandang ringan dan polis akan menyiasat punca kejadian.
Seorang mangsa yang terselamat, Kuah Zi Xun, 17, mengakui kebanyakan mereka sememangnya tidak memakai jaket keselamatan dan mereka mengetahui bahawa jaket itu tidak cukup untuk semua pendayung.
"Kami tidak disuruh pakai jaket keselamatan kerana kami hanya berlatih," kata beliau.
Anggota Exco Kerajaan Negeri, Danny Law Heng Kiang yang melawat tempat kejadian berkata, beliau dimaklumkan bahawa pelajar terbabit tidak dibekalkan jaket keselamatan kerana menganggap ia hanyalah sesi latihan dan bukannya berlumba.
Katanya sesi latihan itu diuruskan kelab mendayung sekolah berkenaan dan sekolah itu sendiri yang memilih tempat latihan itu.
Sementara itu, Pakar Patologi HPP, Datuk Dr Bhupinder Singh berkata, keenam-enam mangsa yang terkorban dalam tragedi itu disahkan lemas.
Beliau berkata, bedah siasat yang dilakukan terhadap keenam-enam mangsa mendapati semua mangsa mangsa mati lemas dan paru-paru mereka dipenuhi air.
"Kita dapati hanya terdapat kesan kecederaan kecil. Tiada kecederaan serius yang boleh menyebabkan kematian," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

ong poh lee U6B- Posts : 79
Join date : 2009-09-10
Re: Mangsa lemas perahu karam terapung 1km dari lokasi kejadian
Pihak sekolah seharusnya memastikan keselamatan semua pelajar dan jurulatih dengan membekalkan jaket keselamatan yang cukup serta pasukan keselamatan untuk mengelakkan kejadian trajedi ini berlaku.
ong poh lee U6B- Posts : 79
Join date : 2009-09-10
Re: Mangsa lemas perahu karam terapung 1km dari lokasi kejadian
Ini merupakan satu berita yang amat menyakitkan hati, walaupun saya bukan pelajar sekolah tersebut atau salah satu peserta, saya juga turut merasai kepahitan keluarga-keluarga mangsa...
Bagaimanapun,ini bu kan masa untuk menuding jari atau meyalahkan sesiapa, kerana bak kata pepatah :" malang tidak berbau,". Walaupun sekolah juga mempunyai tanggungjawab di atas kemalangan yang tidak diingini ini, saya rasa semua perlajar dan cikgu juga berasa amat sedih.
Pada pendapat saya, membuat repot kepada badan penyelamat sebagai satu cara pencegah kemalangan adalah salah satu cara amat berkesan. Dengan membuat repot, badan penyelamat boleh menyediakan segala infrastruktur dan penyelamat supaya tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
Selain itu, pihak sekolah mesti mempunyai persediaan yang menyeluruh untuk sebarang kemalangan. Misalnya spt poh lee sebut, dengan menyediakan baju keselamatan yang cukup dan berfungsi untuk perlajar atau sesiapa yang berkenaan sebagai cara pencegahan kemalangan.

You Lee Shuen- Posts : 23
Join date : 2009-06-30
Re: Mangsa lemas perahu karam terapung 1km dari lokasi kejadian
ya... memang tidak dinafikan bahawa ini merupakan satu berita yang amat berduka hati semua pembaca... saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa... Janganlah bersusah hati.. Tiada sesiapa yang ingin kemalangan ini berlaku..
Bagi mengelakkan berulang-ulang kali berlakunya kemalangan ini, pihak berkaitan perlulah mengambil serius tentang perkara ini.. Kita tidak dapat menganggar arus aliran sungai/laut.. Oleh itu, saya berpendapat bahawa pihak yang berkaitan haruslah bersediakan diri sebelum menjalankan aktiviti sebegini... Seperti yang telah dibincangkan, infrastruktur, penyelamat dan baju keselamatan telah memainkan peranan penting dalam aktiviti di sungai/laut. Oleh itu, ini memang tidak dapat dikecualikan bagi memastikan pelatih boleh menjalankan aktiviti dengan selamat dan lancar...

leeyoong_U6B- Posts : 221
Join date : 2009-05-13
Similar topics
» 2 mayat terakhir mangsa perahu naga terbalik ditemui
» Mayat lelaki bersubang ditemui terapung di Kedah
» Pelajar UDM lemas di Pantai Tok Jembal
» 2 sepupu lemas ketika cari siput
» 5 lokasi sesuai loji nuklear

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum