EKOLOGI & EKOSISTEM
Page 1 of 1
EKOLOGI & EKOSISTEM
Konsep Ekologi dan Ekosistem
Keseimbangan Ekologi
Ekologi ialah kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan alam sekitarnya. Mengkaji habitat organisma.
Ekosistem kajian unit-unit kecil dalam ekologi mengenai salingkaitan antara organisma dalam sesuatu ekosistem dan kaitannya dengan persekitaran.
Ekosistem kajian unit-unit kecil dalam ekologi mengenai salingkaitan antara organisma dalam sesuatu ekosistem dan kaitannya dengan persekitaran.
Keseimbangan Ekologi
Antara sifat semulajadi sesebuah ekosistem ialah mempunyai keupayaan pemulihan kendiri (self regulation) untuk sentiasa mencapai tahap kesimbangan. Keseimbangan ekosistem penting untuk kestabilannya berkekalan. Sebuah ekosistem yang tidak seimbang akan menimbulkan masalah. Cth ekosistem sungai yang mengalami gangguan akan menyebabkan banjir atau kemarau.
Keseimbangan yang ingin dicapai dalam ekosistem ialah “keseimbangan dinamik” iaitu keseimbangan yang sentiasa berubah-ubah mengikut gangguan yang berlaku dalam sesebuah ekosistem. Cth dalam ekosistem hutan banjir dan kemarau mempengaruhi populasi pengeluar dan pengguna.
Keseimbangan sesebuah ekosistem dicapai apabila input tenaga dan bahan yang masuk ke dalam ekosistem tersebut sama dengan output tenaga dan bahan yang keluar dari ekosistem tersebut.
Mengikut teori ekosistem terdapat kecenderungan bagi sesebuah ekosistem berkembang ke arah suatu keadaan yang stabil dan mantap supaya menjadi sebuah ekosistem yang matang.
Proses menuju ke arah kestabilan dan kemantapan ini dinamakan sebagai sesaran. Apabila keadaan stabil dicapai makan tenaga dan bahan yang ada di dalam sebuah ekosistem digunakan dengan cekap dan optimum.

Last edited by CikguPA on Sat Jan 02, 2010 5:24 am; edited 1 time in total (Reason for editing : Betulkan ejaan)
Re: EKOLOGI & EKOSISTEM
Projek hidroelektrik Hulu Terengganu ancam ekologi
Mohd Feroz Abu Bakar
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Rencana/20100102005222/Article/
Mohd Feroz Abu Bakar
KERAJAAN Terengganu bercadang menjadikan sektor pelancongan tulang belakang ekonomi negeri sebagai bekalan selepas sumber daripada sektor minyak dan gas kehabisan pada masa depan. Dalam ucapan penggulungan Bajet 2010 di Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said menamakan Tasik Kenyir sebagai kawasan berpotensi besar untuk dibangunkan bagi lokasi utama pelancongan.
Namun, pada masa sama, kerajaan negeri juga meluluskan beberapa projek pembangunan yang dilihat akan memusnahkan sistem ekologi di tempat terbabit yang sepatutnya menjadi lokasi pelancongan pada masa akan datang. Terbaru ialah Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu yang akan menenggelamkan 6,130 hektar hutan di kawasan sensitif alam sekitar peringkat 1, dalam Hutan Simpan Tembat.
Klasifikasi Peringkat 1 mengikut Rancangan Fizikal Negara itu bermakna tiada pembangunan, pertanian dan pembalakan yang dibenarkan kecuali ekopelancongan berimpak rendah, penyelidikan dan pendidikan. Projek berkenaan akan mewujudkan bukan satu malah dua empangan baru yang jaraknya kira-kira 25 kilometer ke utara Tasik Kenyir.
Sahabat Alam Malaysia (SAM) percaya kerajaan Terengganu perlu bekerjasama dengan Tenaga Nasional Bhd bagi membina jana kuasa yang akan mengeluarkan kira-kira 212 MegaWatt (MW) kuasa elektrik demi pembangunan negara. Tetapi, pertubuhan bukan kerajaan itu membantah cadangan kerajaan negeri untuk turut membalak kawasan lebih 12,600 hektar di sekeliling bakal Empangan Tembat dan Empangan Puah.
SAM bimbang kerana kawasan di sekeliling kedua-dua empangan berkenaan sepatutnya menjadi kawasan tadahan air untuk menjana tenaga bagi Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu.
Pegawai Penyelidik Lapangan SAM, Meor Abdul Razak Meor Abdul Rahman, berkata kawasan cadangan pembalakan Hutan Simpan Tembat kaya dengan kepelbagaian hayat berskala besar yang masih kekal terpelihara di Terengganu, bersempadan dengan Taman Negara Pahang.
“Kawasan cadangan pembalakan itu sebahagian kompleks hutan 'Tulang Belakang Tengah' dan Koridor Hidupan Liar dalam gugusan hutan Taman Negara Pahang, banjaran timur. SAM tidak membantah pembalakan hutan seluas 6,130 hektar yang akan ditenggelami air kerana pembalakan sudah dijalankan dengan giat.
“Bagaimanapun, kami membantah cadangan pembalakan di sekeliling kawasan berkenaan yang lebih luas daripada hutan yang bakal ditenggelami air pada 2012,” katanya. SAM menerusi Presidennya, SM Mohammad Idris mahu kerajaan Terengganu membatalkan pembalakan di kawasan lebih 12,600 hektar itu atau mengecilkan skalanya.
SM Mohammad Idris menyatakan bantahan mereka melalui surat kepada Menteri Besar pada 14 Disember lalu.
Pembinaan Empangan Kenyir pada 1980-an sudah cukup banyak memusnahkan flora dan fauna termasuk memaksa haiwan di tanah rendah seperti gajah dan badak sumbu meninggalkan habitat semula jadi mereka. Kawanan gajah kini boleh dilihat di Jalan Tasik Kenyir-Gua Musang, tanda haiwan berkenaan tertekan dengan pembalakan dan habitat mereka ditenggelami air.
Apa perasaan anda jika diusir dari rumah sendiri dan kampung halaman? Meor Abdul Razak berkata, ekspedisi SAM ke kawasan pembalakan ke Hutan Simpan Tembat pada Oktober lalu juga dikejutkan dengan kehadiran harimau kumbang yang melintas di laluan balak. Itu satu lagi tanda binatang liar terpaksa merayau-rayau di luar habitat asal kerana hutan semula jadi sedang dimusnahkan dengan giat.
Ironinya, jika Tasik Kenyir dan jirannya Empangan Tembat atau Empangan Puah hendak dijadikan kawasan ekopelancongan besar-besaran, apa lagi yang tinggal untuk ditunjukkan kepada pelawat?
Santuari Gajah Sungai Ketior dalam Hutan Simpan Tembat pun masih belum diwartakan sebagai kawasan perlindungan atau pemuliharaan semula jadi. Satu lagi projek yang menjadi kebimbangan SAM di Terengganu ialah projek berskala besar penternakan udang di kawasan seluas 1,000 hektar di Penarik, Setiu, hanya beberapa kilometer dari pantai.
Meor Abdul Razak berkata, walaupun projek itu dibangunkan di Hutan Tanah Kerajaan dan Jabatan Perhutanan Terengganu mengkategorikan kawasan dipenuhi pokok gelam itu sebagai hutan miskin atau tiada hasil, tapak projek adalah lapangan banjir. Laporan kesan alam sekitar (EIA) menunjukkan tapak projek itu adalah kawasan paya menjadi tadahan air, iaitu lapangan limpahan air Sungai Chalok yang terdedah kepada kesan pasang-surut.
“Kerajaan negeri menebus-guna tanah paya yang selama ini menjadi kawasan limpahan air secara semula jadi. Selepas ini, ketika musim tengkujuh di Pantai Timur, air hujan berlebihan tidak dapat melimpah dan keadaan lebih buruk jika air laut pasang.
“Fenomena ini sudah pun dialami di Kerian, Perak selepas air Tasik Bukit Merah tidak dapat mengalir ke kuala akibat air pasang, ditambah pula dengan mendapan akibat pembalakan di Hutan Simpan Pondok Tanjung lebih 1,400 hektar untuk projek penternakan kambing boer.
“Akibatnya, sawah padi dan rumah penduduk kampung yang tidak mendapat sebarang manfaat daripada projek berkenaan ditenggelami air,” katanya.
Laporan EIA juga memaklumkan projek penternakan udang di Penarik akan mengancam secara kritikal tuntung dan tuntung laut yang membiak di Sungai Setiu dan Sungai Chalok. Atas dasar itu, SAM Idris sekali lagi merayu kerajaan Terengganu mengecilkan skala projek itu agar tidak menjejaskan ekologi kawasan sekitarnya.

Ekosistem Marin Yang Kian Tenat
Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin
Pegawai Penyelidik
02/01/2009 | Artikel Bahasa Malaysia
http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=1713&cmd=resetall
Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin
Pegawai Penyelidik
02/01/2009 | Artikel Bahasa Malaysia
Ekosistem marin kita kian tenat dan tidak selamat lagi untuk hidupan yang menghuninya! Ini bukan hanya momokan sang penyair, namun ia merupakan satu hakikat yang terpaksa kita hadapi dan telah banyak terbukti di depan mata kita pada hari ini. Isu tumpahan minyak di perairan kita, dan menjadikan laut sebagai tempat membuang pelbagai jenis sampah sarap tidak boleh dipandang enteng. Malah ia merupakan perkara yang perlu diberi perhatian yang khusus dan sewajarnya memandangkan ia telah lama berlaku dan masih lagi berterusan sehingga ke saat ini.
Pemahaman yang cetek dan kurangnya kesedaran mengenai aspek penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar khususnya ekosistem marin di kalangan masyarakat kita lebih memburukkan lagi keadaan. Hari demi hari, hidupan yang menghuni ekosistem marin semakin terancam dan terpaksa berjuang serta bertarung nyawa untuk meneruskan kehidupan dalam persekitaran yang kian tercemar.
Akibat daripada pencemaran ekosistem marin yang semakin tidak terkawal, ia telah menyumbang kepada kemerosotan mutu air dan habitat hidupan marin yang seterusnya telah memberi kesan buruk kepada pelbagai jenis hidupan marin, yang mana terpaksa berhadapan dengan ancaman kepupusan. Antara beberapa spesies hidupan marin yang kritikal berhadapan dengan ancaman kepupusan pada hari ini adalah spesies dugong, paus, ikan lumba-lumba, yu dan penyu. Situasi ini berlaku semuannya angkara amalan tidak adil manusia yang tidak pernah sedar akan bahana yang terpaksa dihadapi di kemudian hari akibat daripada keterlanjuran sikap mereka terhadap alam sekitar.
Baru-baru ini berita mengenai seekor anak ikan paus yang mati terdampar di beting pasir Kuala Sungai Nenasi, Pekan begitu menggemparkan dan mengejutkan kita. Apa yang lebih menyedihkan lagi apabila kematian anak ikan paus seberat 3 tan dengan panjang 10 meter itu adalah berpunca daripada bahan buangan seperti plastik sampah, penutup botol minuman dan gumpalan tali nilon yang dimakan oleh haiwan eksotik tersebut. Bahan buangan tersebut dipercayai telah menyebabkan usus ikan tersumbat dan sakit sehingga mengakibatkannya tidak berdaya untuk berenang ke habitat asal yang seterusnya membawa kepada kematian spesies mamalia tersebut.
Alangkah malangnya jika apa yang terjadi kepada anak ikan paus ini turut sama akan berulang kepada spesies-spesies marin yang lain. Patutkah kita terus berdiam diri dan memandang sepi satu persatu hidupan marin terus menjadi mangsa keacuhan sikap dan budaya kita yang sentiasa mengambil mudah dalam setiap tindak tanduk kita? Inginkah kita melihat nasib yang menimpa spesies burung Dodo di Pulau Madagascar yang pupus pada sekitar penghujung kurun ke-20 turut sama menimpa spesies ikan paus? Atau mahukah kita melihat spesies ikan paus dan spesies-spesies marin lain yang kian terancam turut mengikut jejak badak sumbu dan spesies burung merak hijau yang telah pun pupus? Tegarkah kita untuk terus membiarkan ekosistem marin yang bukan sahaja menjadi habitat pelbagai hidupan, malah merupakan tempat pergantungan hidup kita dalam mendapatkan bekalan makanan terus dinodai oleh sikap tidak bertanggungjawab kita sehinggakan tiada lagi ruang selesa untuk hidupan-hidupan marin tersebut meneruskan kesinambungan hidup? Sanggupkah kita untuk menyaksikan unsur keseimbangan ekologi bumi ciptaan Allah S.W.T. untuk melancarkan kelanggsungan hidup manusia dan makhluk hidupan lain lenyap? Sudah tentu jawapannya tidak sama sekali, kerana mana mungkin kita tergamak melihat kemusnahan berlaku secara berterusan di depan mata kita ke atas ekosistem dan khazanah alam kita tanpa sebarang pembelaan. Sewajarnya kita perlu memikirkan bagaimana penyelesaian terbaik dalam menghadapi kemelut alam sekitar yang tidak pernah ada titik noktahnya sejak sekian lama.
Oleh yang demikian, ancaman teruk yang dialami oleh hidupan marin kita perlu ditangani dengan segera dalam memastikan hikmah ekologi yang semakin terhakis dapat diperbaiki dan dipulihkan. Justeru, kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini perlu sedar akan tanggungjawab kita dalam memelihara keindahan dan kebersihan alam sekitar kita khususnya ekosistem marin yang begitu banyak menyumbang kepada kita, di samping memastikan khazanah marin yang semakin hari semakin tercemar dan merosot, dapat dipulihara.
Sudah menjadi lumrah alam, manusia sebagai makhluk yang diberi kelebihan akal fikiran dan roh, maka adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk memperbetulkan segala kesilapan untuk kembali kepada tugas hakiki sebagai hamba yang dipertanggungjawabkan di atas muka bumi. Ini kerana, setiap kejadian di atas muka bumi ini dikhususkan untuk memanfaatkan manusia dan seluruh isi alam. Tetapi manusia yang ditugaskan untuk memakmurkan bumi sendiri yang menyebabkan kemusnahannya.
Tugas memakmurkan bumi perlulah dipupuk dari seawal usia lagi. Ibarat kata pepatah, kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kata pepatah ini sangat sesuai dalam melakarkan kepentingan menerapkan kesedaran memelihara dan memulihara alam sekitar yang merupakan khazanah yang sangat berharga kepada kita dan generasi akan datang yang bakal mewarisinya. Justeru, kita perlulah cuba berusaha mendekati alam dan mengenalinnya dengan lebih dekat agar kita tahu untuk menghargainya. Sebagaimana Sayyid Qutub melalui tafsir Fi Zhilalil Quran pernah berkata: "Mengenai kekuatan alam, sikap manusia yang Muslim ialah berusaha mengenalinya dan bersahabat dengannya (alam), bukan takut dan memusuhinya. Ini kerana kekuatan manusia dan kekuatan alam adalah bersumber dari iradah dan kehendak Allah S.W.T., sentiasa tunduk patuh pada iradah dan kehendaknya serta saling membantu dan memerlukan untuk bersama-sama menuju kepada Allah Penciptanya'.
Sesungguhnya tanpa kesedaran dan keprihatinan setiap lapisan masyarakat, pastinya usaha memelihara alam sekitar yang kian terancam saat ini mungkin tidak akan berhasil dan dapat dizahirkan dengan sebaik mungkin jika tiada pihak yang berusaha melestarikannya. Setiap manusia perlu sedar bahawa pada hakikatnya tiada kejadian dan makhluk yang kekal di atas muka bumi ini. Manusia yang sememangnya lemah dan mudah terpengaruh serta tunduk pada hawa nafsu, tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan tiada yang sempurna dalam melaksanakan amanah Allah bagi memakurkan bumi. Namun demikian, usaha yang berterusan disusuli dengan sentiasa mensyukuri nikmat alam yang dikurniakan Ilahi, pastinya mampu melahirkan insan yang tahu menghargai nikmat alam yang sangat berharga bukan sahaja kepada manusia, bahkan juga kepada isi alam seluruhnya.

Pulihara ekosistem marin dari pupus
Pulihara ekosistem marin dari pupus
Oleh ROSMIDZATUL AZILA MAT YAMIN
Malah kita juga telah diingatkan oleh Allah agar sentiasa memakmurkan bumi.
Rosmidzatul Azila Mat Yamin, Pegawai Penyelidik, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, Intitut Kefahaman Islam Malaysia
Oleh ROSMIDZATUL AZILA MAT YAMIN
USAHA pemuliharaan kerang gergasi yang sedang dijalankan oleh Pusat Kajian Marin Ekologi (MERC) Gayana Eco Resort, Sabah (seperti yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia beberapa hari lepas) perlu disambut baik oleh semua lapisan masyarakat agar kesinambungan ekosistem marin terus terpelihara.
Usaha tersebut yang merangkumi program penyemaian terumbu karang, penanaman bakau serta pembiakan rumpai laut dan kerang dilaksanakan bagi mengatasi masalah kepupusan yang melanda kerang gergasi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ia merupakan satu pendekatan yang wajar dicontohi oleh negeri-negeri lain agar usaha tersebut lebih menyeluruh dalam mengatasi masalah kepupusan hidupan marin.
Laporan mengenai kepupusan kerang gergasi yang disiarkan di dalam buku Data Merah Persekutuan Pemuliharaan Antarabangsa (IUCN) pada tahun 2000 pastinya memberi gambaran yang jelas bahawa ekosistem marin kita masih tiada pembelaan dan kian tenat dari sehari ke sehari.
Pertambahan satu lagi spesies marin yang diancam kepupusan pasti menggusarkan hati para pencinta alam. Apatah lagi jika faktor kepupusan spesies marin tersebut dikaitkan dengan aktiviti penjualan kerang secara berleluasa sebagai bekalan menu makanan laut.
Selain itu, spesies hidupan laut tersebut juga dikatakan semakin menyusut dari dasar laut dek kerana perubahan iklim global, pencemaran laut dan aktiviti-aktiviti lain manusia yang menyumbang kepada kemusnahan habitat spesies itu.
Situasi tersebut tidak harus dibiarkan berlanjutan tanpa adanya langkah proaktif untuk memulihara kelangsungan hidup spesies-spesies berkenaan.
Sebaliknya ia memerlukan perhatian yang serius daripada pihak berwajib agar masalah tersebut dapat diatasi dengan sewajarnya.
Jika diimbas kembali permasalahan yang melanda ekosistem marin. ia bukanlah satu isu baru. Malah saban hari kita menyaksikan satu persatu spesies marin diancam kepupusan. Belum pun reda isu kepupusan penyu dan lenyapnya spesies dugong diperkatakan, timbul pula isu kepupusan kerang gergasi.
Jika diamati dan direnung sedalam-dalamnya, kepupusan spesies-spesies tersebut kesemuanya berkisarkan permasalahan yang sama yakni berakar umbi dari segi sikap. Persoalan sikap ini pula merupakan persoalan pokok yang tidak pernah terungkai sejak sekian lama.
Apabila menyentuh persoalan sikap, pastinya gambaran sikap pesimis terhadap alam menjadi penyumbang utama kepada masalah kepupusan pelbagai hidupan pada hari ini baik hidupan marin mahupun spesies-spesies yang lain.
Justeru adalah penting bagi seluruh anggota masyarakat untuk memperhalusi segala permasalahan yang melanda ekosistem marin agar penyelesaian dapat dicapai. Usaha pemuliharaan ini perlu dilakukan secara berterusan kerana jika tiada tindakan pemuliharaan diambil dikhuatiri generasi akan datang hanya dapat melihat spesies kerang tersebut di muzium atau buku-buku sahaja.
Alangkah ruginya jika keadaan ini berlaku. Sedangkan kita sepatutnya mengambil iktibar daripada kepupusan spesies yang pernah berlaku sebelum ini umpamanya kepupusan dinosaur yang hanya menyaksikan kita mengenalinya melalui buku sahaja.
Tegarkah kita untuk membiarkan perkara yang sama berulang kembali kepada anak cucu kita kelak? Sedangkan kita sepatutnya belajar daripada sejarah dan pengalaman lampau agar generasi akan datang berpeluang melihat sendiri sisa-sisa spesies hidupan yang masih wujud pada hari ini pada zaman mereka.
Oleh yang demikian, tugas memelihara alam sekitar khususnya ekosistem marin tidak seharusnya dilihat sebagai tugas pihak-pihak tertentu sahaja. Sebaliknya ia perlu menjadi agenda semua pihak termasuk orang perseorangan.
Dalam hal ini, kesedaran dan keprihatinan semua pihak menjadi perkara asas yang bakal menjadi penentu sama ada sesuatu usaha yang dilakukan berjaya ataupun sebaliknya. Bagi menyuntik semangat kesedaran di dalam setiap diri individu, perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah kesediaan seseorang individu itu untuk mengubah sikap dan kembali merenung fungsi dan hikmah setiap kejadian di dalam alam semesta.
Dengan bermuhasabah diri, ia mampu melahirkan jiwa insan yang lebih berintegriti dan tahu mensyukuri nikmat yang dianugerahkan oleh Maha Pencipta yakni Allah SWT.
Seruan Allah agar manusia sentiasa bersyukur telah berkali-kali di sebut di dalam Al-Quran. Salah satu daripadanya telah dinyatakan di dalam firman-Nya (surah an-Nahl: ayat 14) yang bermaksud: "Dan Dia-lah, Allah yang menundukkan lautan (untukmu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera belayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari kurnia-Nya, dan supaya kamu bersyukur".
Seruan bersyukur dalam konteks ini membawa pelbagai pengertian termasuklah menyeru agar manusia menggunakan segala nikmat yang ada di atas muka bumi ini dengan sebaik mungkin dan tidak sekali-kali membiarkan berlakunya kerosakan ke atas nikmat yang telah dikurniakan.
Justeru, setiap aktiviti penuaian yang dilakukan ke atas khazanah alam perlulah disusuli dengan langkah pemuliharaan yang sewajarnya agar sumber yang sedia ada tidak kehabisan dan sentiasa bercambah demi memastikan ia terus berkesinambungan untuk turut digunakan oleh generasi yang seterusnya.
Selain berhemah di dalam aspek penuaian sumber, kita juga diseru agar sentiasa menjaga keharmonian alam supaya segala komponen yang ada di dalamnya terus terpelihara. Oleh itu, selagi masih ada ruang untuk kita sedar dan berubah, maka rebutlah peluang dan kesempatan yang ada untuk kita hargai setiap apa yang telah kita perolehi daripada kemurahan nikmat Allah yang tidak ternilai harganya kepada kita.
Jika sebelum ini kita memandang enteng terhadap aspek penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar, masih belum terlewat untuk kita perbaiki segala kepincangan yang pernah kita lakukan demi memastikan nasib ekosistem marin dan alam sekitar kita tidak terus diselubungi kesuraman.
Hanya tindakan segera dan kerjasama daripada semua pihak sahaja mampu menyelamatkan khazanah alam daripada terus berada di ambang kepupusan. Sikap berdiam diri tanpa adanya usaha untuk memperbaiki mutu dan keseimbangan alam sekitar pastinya kelak akan membawa padah bukan sahaja kepada alam bahkan juga kepada seluruh penghuni alam.
Sebagai khalifah di atas muka bumi ini kita sangat dituntut agar sentiasa memelihara alam sekitar supaya setiap komponen yang ada di dalamnya dapat saling berinteraksi secara sihat antara satu sama lain demi kemaslahatan seluruh kehidupan sejagat.

Masyarakat celik ekologi
Oleh SHAHARUDIN IDRUS
KEPELBAGAIAN spesies yang hidup di muka bumi ciptaan Ilahi ini menjadi medan dugaan bagi masyarakat dunia untuk memeliharanya. Malangnya, alam sekitar sentiasa menjadi mangsa dalam usaha manusia memacu ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup penduduk dunia.
Rentak tari dan irama serta lenggok pembangunan telah mengalami perubahan sejak tahun 1970-an dan menjadi lebih ketara selepas persidangan kemuncak bumi di Rio de Jeneiro pada 1992. Semua negara di dunia telah diberikan peringatan tentang perlunya manusia menjaga alam sekitar semasa mengejar kemajuan. Alam sekitar yang masih segar perlu dijaga sementara yang rosak dibaikpulih supaya nikmat kemajuan hari ini boleh dinikmati generasi akan datang.
Demi membentuk satu masa depan yang lebih sejahtera di dalam satu-satunya planet yang dapat memberikan kehidupan kepada manusia dalam sistem alam semesta ini, konsep celik ekologi dilihat mampu digunakan untuk mendepani permasalahan alam sekitar.
Masyarakat yang celik ekologi bukan sahaja mampu mengenali spesies-spesies yang wujud atau membilang jumlah spesies tersebut sama ada flora atau fauna, namun lebih jauh daripada itu adalah keupayaan untuk memahami sistem semula jadi yang menjadikan kehidupan di dunia saling berkait di antara komponen-komponen ekosistem yang wujud. Untuk menjadi masyarakat celik ekologi bermakna kita bersama-sama memahami prinsip-prinsip organisasi ekologi komuniti (misalnya ekosistem) dan menggunakannya untuk membina kehidupan komuniti yang berdayahuni (livable) dan lestari.
Celik ekologi adalah satu konsep yang berpengaruh yang menyediakan landasan untuk pendekatan integrasi dan mampu memberikan penyelesaian terhadap permasalahan alam sekitar sama ada dari konsep mahupun teknikalnya. Istilah celik ekologi ini telah dicipta dan dipopularkan oleh seorang pendidik Amerika iaitu David W. Orr dan ahli fizik, Fritjof Capra pada tahun 1990-an yang telah menambah nilai dalam istilah pendidikan demi kesejahteraan dunia. Masyarakat yang celik ekologi adalah masyarakat yang berdayahuni dan lestari yang tidak menghancurkan persekitaran semula jadi yang menjadi pergantungan kehidupannya demi kelangsungan ekonomi, sosial mahupun budayanya.
Celik ekologi menekankan pemahaman prinsip-prinsip organisasi ekosistem dan potensi aplikasi untuk memahami bagaimana untuk membina masyarakat yang berdayahuni. Ia menggabungkan sistem sains dan ekologi dalam melakar bersama elemen-elemen yang diperlukan untuk menggalakkan proses pembelajaran yang betul-betul menghargai dan menjiwai dengan mendalam alam semula jadi dan peranan yang boleh dimainkan masyarakat dalam memahami alam semula jadi ini dengan sebaik-baiknya.
Pemikiran sistemik dan kompleksiti yang menjadi prinsip asas organisasi menjadi lebih penting kerana masyarakat yang celik ekologi dapat melihat keseluruhan fenomena yang berlaku dan menjadi sebahagian daripada jaringan yang menentukan arah elemen tersebut berfungsi. Pemikiran sistemik ini adalah perlu untuk memahami pergantungan kompleks sistem ekologi, sistem sosial dan sistem-sistem lain pada semua aras dalam satu-satu siri masa dan keadaan.
Dalam dekad-dekad mendatang ini, survival manusia amat bergantung kepada kadar celik ekologi masyarakatnya iaitu keupayaan untuk memahami prinsip-prinsip asas ekologi dan kehidupan di dunia ini. Ini bermakna bahawa celik ekologi akan menjadi satu kemahiran kritikal kepada ahli politik, pemimpin perniagaan, dan ahli profesional dan akan menjadi bahagian yang begitu penting dalam sistem pendidikan di semua peringkat prasekolah, sekolah rendah, menengah, kolej dan universiti serta pendidikan berterusan dan juga latihan profesional. Tujuan celik ekologi ini adalah untuk membina keutuhan dan menunjukkan bahawa ketidakseimbangan ekosistem yang berlaku adalah cerminan ketidakseimbangan pemikiran kita dalam memahami kehendak dan naluri ekosistem semula jadi yang wujud.
Salah satu inisiatif celik ekologi yang sedang berjalan di peringkat negara iaitu Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar yang dianjurkan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Pelajaran dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengetengahkan konsep celik ekologi melalui pemupukan budaya penjagaan alam sekitar di kalangan warga sekolah dan pendidik yang bersama-sama membawa pemahaman ini ke luar dari lingkungan kawasan sekolah sehingga kepada masyarakatnya, selain sama-sama membudayakan penjagaan alam sekitar bermula dari rumah lagi.
Para murid dan pelajar mampu mempengaruhi ibu bapa dan jiran-jiran sekeliling agar dapat bersama-sama menjaga alam sekitar demi membina masa depan lebih berdayahuni dan lestari. Inisiatif yang sama juga diusahakan di peringkat perbandaran melalui Bandar Lestari - Anugerah Alam Sekitar dengan memberikan pengiktirafan kepada bandar yang mampu mencapai tahap yang tertinggi dalam penjagaan alam sekitar menerusi governans yang berkesan.
Untuk mencapai kelestarian, kita perlu menggali hingga ke akar umbi budaya masyarakat bagi mengetahui rahsia yang terkandung di dalamnya dan menjauhkan segala kesilapan yang pernah dilakukan akibat daripada sikap dan buta ekologi masyarakat sebelum ini.
Proses pembangunan yang ditempuh sejak negara mencapai kemerdekaan menerusi pembangunan industri, pembandaran dan pelbagai lagi bentuk pemodenan yang dilaksanakan sebahagiannya telah menghancurkan keupayaan ekosistem yang menyokong kehidupan seharian masyarakat. Isu-isu ketidaklestarian yang wujud dan tindakan yang tidak bertanggungjawab adalah hasilan langsung daripada kelemahan pemahaman ekologi tadi.
Meneruskan ketidaklestarian akan hanya menambahkan permasalahan menjadi lebih serius dalam jangka masa panjang. Celik ekologi mensasarkan untuk mengubah kerosakan paradigma pemikiran yang terpisah ini dengan alat yang mampu membina pemahaman integrasi terhadap kelestarian. Ia adalah asas untuk menyokong peralihan pantas terhadap sistem yang lestari. Seterusnya akan mengundang persoalan tentang dayahuni masyarakat dan tempat yang didiaminya.
Model Baru Ekonomi (MBE) yang digubal dan sedang diteliti semula setelah menerima desakan beberapa pihak harus digerakkan dengan mengambil kira kadar celik ekologi di kalangan masyarakat. Pembangunan ekonomi yang berteraskan kreativiti, inovasi dan pengetahuan sebagaimana yang diungkapkan dalam MBE perlu lebih jelas pengertiannya agar selari dengan tuntutan tema sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia tahun ini iaitu 'Pelbagai spesies, satu planet, satu masa depan' agar kehidupan yang bakal diharungi anak cucu kita tidak terperangkap dalam sangkar pertumbuhan ekonomi yang tinggi yang dihasratkan untuk memacu ke arah sebuah negara maju menjelang 2020.
Penyelidikan berteraskan konsep celik ekologi perlu dijalankan dengan segera untuk mengetahui bentuk, mekanisme dan kadar celik ekologi di kalangan masyarakat negara ini agar pemahaman yang tuntas dapat digembeling dalam usaha mengatasi sebarang permasalahan yang berkait bukan sahaja dengan alam sekitar tetapi juga yang menyangkut dengan ekosistem-ekosistem lain. Kadar celik ekologi perlu diketahui mengikut lapisan masyarakat agar tindakan yang diambil untuk menangani permasalahan berkaitan alam sekitar dapat diusahakan dengan lebih teratur, tersusun dan berkesan.
Penulis ialah Pensyarah Kanan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum