Batal lesen pemandu tak berhemah
Page 1 of 1
Batal lesen pemandu tak berhemah
KUALA LUMPUR: Batalkan serta-merta lesen pemandu tegar yang sering melanggar peraturan jalan raya khususnya menyebabkan kematian.
Itulah saranan Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman yang menurutnya langkah tegas bagi menyedarkan mereka yang sengaja tidak mahu menghormati peraturan keselamatan jalan raya.
Beliau berkata, walaupun pelbagai kempen keselamatan jalan raya dianjurkan bagi mendidik pengguna jalan raya, masih ramai memandang remeh usaha murni kerajaan.
"Yang sedihnya, masih ada pemandu degil dan terus melakukan kesalahan walaupun mereka tahu perbuatan itu tidak harus dilakukan.
"Pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan banyak mengeluarkan saman terhadap mereka yang melanggar peraturan, namun masih ada yang mengulangi ke-salahan sama," katanya kepada Berita Harian semalam.
Mohd Yusof berkata, walaupun pemandu mengetahui melanggar lampu isyarat, memandu melebihi had laju dan memotong di lorong kecemasan adalah kesalahan serius, ada yang tidak mempedulikannya.
"Sebagai pemandu kita harus mendisiplin diri.''
"Jika tidak boleh menghormati peraturan jalan raya, hukuman berat perlu dikenakan supaya mereka mematuhinya.
"Tindakan tegas membatalkan lesen serta-merta tidak harus dilihat sebagai hukuman kejam, sebaliknya bertujuan mendidik mereka yang tidak mahu menghormati peraturan," katanya.
Mohd Yusof berkata, selain membatalkan lesen, mereka juga perlu diwajibkan melakukan kerja kemasyarakatan.

S.Teng(U6A/2010)- Posts : 153
Join date : 2009-05-21
Re: Batal lesen pemandu tak berhemah
Ya..memang banyak pemandu yang degil dan melakukan kesalahan walaupun mereka tahu perbuatan itu tidak harus dilakukan. Oleh itu, mereka patut dikenakan hukuman berat. Batal lesen pemandu merupakan satu langkah yang baik..kerana dapat menyedarkan mereka yang sengaja tak mahu mematuhi peraturan keselamatan jalan raya.
S.Teng(U6A/2010)- Posts : 153
Join date : 2009-05-21
Similar topics
» Batal kahwin isteri ada misai, juling
» Keruntuhan akhlak masyarakat untuk keuntungan lesen judi
» DBKL bercadang mahu batal lesen restoran yang kotor
» 'Tegas, Adil Dan Berhemah' Tema Baru PDRM

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum