PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Polis tahan pelajar, pengedar pil kuda

Go down

Polis tahan pelajar, pengedar pil kuda Empty Polis tahan pelajar, pengedar pil kuda

Post  yeeleng(L6A) Wed Sep 23, 2009 6:42 pm

BESUT: Seorang pelajar Tingkatan Enam Rendah sebuah sekolah menengah di sini ditahan polis petang semalam di sebuah rumah di Kampung Paroh, Padang Luas dekat sini, dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Roslan Hasan, berkata pelajar yang tinggal bersama dengan abang, emak serta datuknya itu ditahan selepas polis menemui sebanyak 188 biji pil kuda selepas menggeledah rumah itu kira-kira pukul 2 petang semalam.

"Bertindak atas maklumat, polis membuat serbuan ke rumah yang didiami pelajar itu dan menjumpai dadah berkenaan disimpan di dalam biliknya.



"Polis menemui pil kuda berkenaan disimpan suspek di beberapa tempat termasuk di dalam poket baju, di celah lipatan pakaiannya dan juga disimpan di dalam bungkusan kertas tisu,” katanya.

Siasatan awal mendapati, pelajar terbabit sudah tiga bulan menjalankan aktiviti itu dengan mendapat bekalan dari Kelantan.

Beliau percaya dengan penahanan itu, beberapa lagi individu yang disyaki terbabit dengan kegiatan berkenaan akan ditahan tidak lama lagi.

Polis, katanya, menahan reman pelajar itu selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan, pelajar terbabit boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi daripada lima tahun atau sebatan tidak kurang daripada tiga sebatan atau tidak melebihi daripada sembilan sebatan.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Polis tahan pelajar, pengedar pil kuda Empty Re: Polis tahan pelajar, pengedar pil kuda

Post  yeeleng(L6A) Wed Sep 23, 2009 6:46 pm

sebagai seorang pelajar,kita tahu bahawa mengedar dadah adalah satu kesalahan dan kita tidak patut membabitkan diri dalam kegiatan mengedar dadah.jadi kerajaan patut menguatkuasakan undang-undang supaya palajar takut dan tidak terlibat dalam kegiatan dadah.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum