PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dari semasa ke semasa.

3 posters

Go down

Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dari semasa ke semasa. Empty Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dari semasa ke semasa.

Post  nicky88 Sun Jun 28, 2009 6:45 pm

Berikan pandangan anda selepas menganalisis fakta-fakta yang berkaitan.

nicky88

Posts : 1
Join date : 2009-06-28

Back to top Go down

Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dari semasa ke semasa. Empty Re: Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dari semasa ke semasa.

Post  CikguPA Mon Aug 31, 2009 3:21 am

Perlembagaan lindungi kuasa Raja dalam hal ehwal Islam
Zainul Rejal

SEBAGAI sebuah negara yang mengamalkan konsep Persekutuan, Malaysia mempunyai dua badan pembuat undang-undang utama, iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), kedua-dua badan ini mempunyai fungsinya tersendiri. Selain Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat juga mengamalkan konsep Negara Persekutuan atau Federal. Namun Persekutuan Malaysia agak berbeza dengan Persekutuan negara lain dari sudut hubungan antara Persekutuan dan negeri itu sendiri.

Hubungan antara Persekutuan dan negeri dalam Malaysia dinyatakan secara khusus di dalam Bahagian VI Perlembagaan Persekutuan. Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan menyatakan Parlimen mempunyai kuasa menggubal undang-undang dalam perkara yang dinyatakan di dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama, manakala DUN pula mempunyai kuasa menggubal undang-undang dalam perkara yang dinyatakan di dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

Dalam hal yang demikian fungsi kedua-dua badan itu digariskan. Mereka seharusnya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Namun penulis tidak berhasrat untuk membincangkan isu Perlembagaan ini, cukup sekadar menyatakan bahawa antara perkara yang wujud di dalam Senarai Negeri ialah hal ehwal berkaitan dengan agama Islam bagi negeri-negeri selain Wilayah Persekutuan.
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dari semasa ke semasa. Empty Jadikan Perlembagaan negara sebagai subjek teras

Post  CikguPA Fri Nov 06, 2009 7:39 am

Jadikan Perlembagaan negara sebagai subjek teras

MALAYSIA sudah merdeka lebih 52 tahun. Sejak itu, pelbagai kemajuan telah dicapai. Sehingga kini, pelbagai gelaran positif diberikan oleh masyarakat luar kepada negara.

Namun dalam keadaan itu, masih terdapat rakyat yang dihimpit dilema dan tidak yakin untuk berbangga sebagai rakyat negara tercinta ini. Ada yang mempertikaikan hak-hak yang dinikmati oleh kaum-kaum tertentu.

Ramai yang lupa atau sengaja membelakangkan hak-hak yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam keadaan ini, di manakah kesedaran kita sebagai rakyat Malaysia untuk menghayati Perlembagaan Persekutuan yang membawa kita ke tahap ini.

Perlembagaan negara telah menggariskan susur galur hak-hak orang Melayu dan Raja-Raja Melayu sebagai "payung" negara. Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen dan pemerintahan bercorak raja berperlembagaan.

Itulah yang diamalkan sejak merdeka dan ia termaktub juga di dalam Perlembagaan.

Hak-hak asasi sebagai warganegara juga terkandung di dalam Perlembagaan itu.

Setiap hak bagaimanapun perlu digunakan mengikut lunas-lunas perundangan sebagaimana yang termaktub di dalam Rukunegara iaitu "Kedaulatan Undang-Undang" dan "Keluhuran Perlembagaan".

Namun apa yang menyedihkan kini ialah Perlembagaan itu telah dipersoalkan oleh pihak-pihak yang tamakkan kuasa dan mempunyai agenda tersirat.

Ada yang mengatakan hormat dan menjunjung Perlembagaan tetapi menjadi "talam dua muka" dan "gunting dalam lipatan".

Mereka menganggap seolah-olah Perlembagaan Persekutuan diwujudkan untuk kerajaan semata-mata dan bukan untuk semua rakyat.

Pada pendapat saya, keadaan ini akan berterusan sekiranya Perlembagaan tidak dijadikan subjek teras di bangku sekolah.

Kini jika ada pun hanyalah semangatnya sahaja yang wujud dalam subjek Sivik dan Pengajian Am di tingkatan enam.

Rasanya sudah tiba masanya untuk kita mewujudkan subjek Perlembagaan Persekutuan untuk anak-anak di sekolah.

Ini penting sebelum wujud lebih ramai penduduk yang cuba dan terus menyoal satu demi satu perkara-perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Yang nyata, tindakan mempersoalkan segala dasar yang dibuat berdasarkan Perlembagaan bukanlah satu tindakan yang bijak.

Ia mempamerkan seolah-olah kewujudan "induk" undang-undang ini tidak relevan dengan suasana politik dan ekonomi semasa. Sedangkan tanpa kita sedari, inilah Perlembagaan yang menjadi sumber kekuatan kita sebagai sebuah negara merdeka dan inilah sumber kekuatan yang dipanggil perpaduan nasional.

Maka sesuai dengan semangat 1Malaysia yang cuba disemarakkan kini, saya berpendapat sangat wajar untuk kita semua belajar dan diwajibkan menghayati Perlembagaan negara.

Pemimpin hari ini memimpin dengan berpandukan Perlembagaan yang mewakili semangat pemimpin-pemimpin terdahulu.

Mereka itu pergi dengan meninggalkan benih perpaduan yang mencambahkan keamanan dan kemakmuran ekonomi dan sosial kepada kita semua.

Maka kita tidak perlu lagi merasa sangsi dengan segala nikmat yang dikecapi hari ini kerana jika kita terus mempersoalkan hak dan Perlembagaan, kita hanya meragui diri kita sendiri.

Cintailah Perlembagaan Persekutuan 1957 kerana satu hari nanti apabila anak-anak kita bertanya bagaimanakah negara kita bermula, terangkan sahaja mengenai Perlembagaan itu. Pengakhirannya anak-anak kita akan lebih menghargai sebuah kehidupan bernama 1Malaysia. Maka jadikanlah pendidikan Perlembagaan sebagai satu subjek teras di sekolah, khususnya di peringkat menengah.

ABDUL RAZAK IDRIS

Banting, Selangor
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dari semasa ke semasa. Empty Re: Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dari semasa ke semasa.

Post  rsgold123456 Wed Feb 03, 2010 6:10 am

Thank you this forum I hope everybody have an enjoyable day.
ugg boots sale,
uggs,
gucci shoes,
jordan shoes,
Happy New Year.
ugg boots sale,
ugg on sale,
mbt shoes.

rsgold123456

Posts : 3
Join date : 2010-02-03

Back to top Go down

Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dari semasa ke semasa. Empty Re: Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dari semasa ke semasa.

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum