Pembulian dan pembuangan kanak-kanak
+3
vinclam1314
Jennifer Ong
sim
7 posters
Page 1 of 1
Pembulian dan pembuangan kanak-kanak
Anak merupakan hadiah daripada Tuhan kepada ibubapa.Saya sentiasa dengar kata-kata ini,selain itu Pendidikan Moral juga mengajar kita supaya menghargai dan menyayangi kanak-kanak,tetapi kebelakangan ini sentiasa mempunyai kes-kes pembulian dan pembuangan kanak-kanak berlaku di Malaysia.kebanyakan kanak -kanak dibuli sehingga seluruh badan adalah diliputi oleh lukaan dan akhirnya mati.Ini amat menyedihkan mengapakah orang dewasa sampai hati memudaratkan kanak-kanak yang sebegitu comel.bukan sahaja kes pembulian,kes pembuangan kanak-kanak menigkat tahun demi setahun.Pihak polis sentiasa dapati bayi buangan di tempat yang kurang orang dan kawasan pembuangan sampah.
Adakah manusia semakin kejam dan tidak perikemanusiaan???Apakah yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini???Adakah pendidikan tidak dapat menghentikan perbuatan manusia yang tidak perikemanusiaan lagi???Berikan pandangan anda.

sim- Posts : 49
Join date : 2008-01-29
Re: Pembulian dan pembuangan kanak-kanak
Pendidikan sememangnya boleh menghentikan perbuatan tidak berperikemanusiaan ini, tetapi ia berlaku dalam jangka masa yang panjang. Pendidikan seks contohnya haruslah diajarkan kepada pelajar-pelajar terutamanya pelajar yang berusia 12-18 tahun.. Pendidkan ini memang telah diwujudkan di sekolah tetapi terdapat segolongan guru yang masih berasa kekok semasa mengajar tentang topik ini dan tidak memberi informasi dengan sepenuhnya. Akibatnya, sesetengah pelajar berpendapat bahawa mereka perlu mencari maklumat tentang pendidikan seks ini dengan cara lain... Adakalanya, mereka akan mendapat maklumat yang salah di internet.. Perkara ini adalah tidak baik kerana pelajar tersebut mungkin akan cuba melakukan apa sahaja yang dicadangkan dalam internet untuk mendapat informasi yang diingini.. Selain itu, rasa kekok sekumpulan guru sains umpananya menyebabkan pelajar tidak mendapat pendidikan seks yang secukupnya. Akibatnya, perbuatan seks sebelum kahwin dan anak luar nikah berlakud dan seterusnya muncullah bayi yang dibuang ke dalam longkang ataupun ditinggalkan di tempat lain.
Di samping itu, perbadanan yang menolong golongan wanita seperti wanita yang hamil pra-nikah haruslah dibentuk dengan banyak lagi. Pihak berkuasa juga haruslah giat melakukan aktiviti ataupun mewujudkan tabung khas untuk menolong golongan-golongan wanita ini..
Pendidikan daripada ibu bapa juga penting untuk membentuk anak-anak yang berperikemanusiaan.
Saya percaya, dengan kerjasama semua pihak, manusia kini akan lebih berperikemanusiaan, rakyat akan diberi pendidikan seks yang secukupnya, golongan wanita juga dapat mencari tempat perlindungan yang dipercayainya. Akhirnya, kes pembuangan juga dapat dikurangkan.

Jennifer Ong- Posts : 60
Join date : 2008-01-12
Re: Pembulian dan pembuangan kanak-kanak
Berikut adalah beberapa link yang boleh menjadikan sebagai satu rujukan kepada kakak dan abang tentang isu yang dibincangkan di sini..
Sila Rujuk link ini sebelum kakak dan abang berbalas tentang isu ini..
Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan Di Dalam Dewan Rakyat Pada 4 April 2007 tentang gejala pembuangan bayi
Menentang buli melalui pendidikan dan kemahiran Oleh Dina Zaman dan Indra Nadchatram
satu karangan tentang kes pembulian oleh Mazlan
Laman Web Jabatan Kebajikan Selangor

vinclam1314- Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx
Pembulian dan Pembuangan Kanak-kanak
Kenapa masa sekarang ibu bapa hendak mengorbankan darah daging mereka?Adakah mereka tidak berasa sangat sakit hati ketika melihat anak mereka dibuang di tepi jalan?Mereka tidak takut anak mereka digigit oleh anjing-anjiang liar?Pada pandangan saya,sesetengah ibu bapa tidak sengaja hendak membuang anak-anak mereka kerana adakalanya mereka tidak mampu mendidik mereka.Selain itu,anak-anak yang dibuli oleh ibu bapa mereka seperti dengan cara memukul mereka dengan tali pinggang,menggunakan seterika menyentuh badan mereka dengan sengaja dan banyak cara yang kejam yang tidak dapat disangkakan.Pembulian anak-anak adalah perbuatan yang tidak dapat dimaafkan oleh orang ramai kerana mereka rasa anak sendiri juga boleh membuli dengan dahsyat sekali,apalagi rakan,guru atau orang lain yang membuli mereka.Anak-anak yang telah dibuli oleh orang lain akan berasa rendah diri kerana mereka tidak bermaruah lagi untuk memandang orang lain.Masalah ini perlu diselesaikan dengan secepat mungkin supaya anak-anak yang selalu dibuli boleh mendapat masa depan yang cerah.Seperti sebagai guru haruslah memahami pelajar mereka supaya dapat menyelesaikan pembulian anak-anak.Lantaran,pelajar juga boleh mencari guru kaunseling untuk membimbing mereka supaya mereka tidak akan dipandang rendah oleh orang lain.Selain itu,semua pihak haruslah membantu kes pembulian dan pembuangan kanak-kanak supaya kes-kes ini dapat dikurangkan.Sesiapa yang cuba membuang dan membuli anak-anak hendaklah didenda dengan mengikut peraturan mahkamah.
HsuJia- Posts : 34
Join date : 2008-01-13
PEMBULIAN DAN PEMBUANGAN KANAK-KANAK
Pada pendapat saya , pada masa kini memanglah berlaku banyak kes pembulian dan pembuangan kanak-kanak.Hal ini amat serius dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak .Faktor yang menyebabkan kes-kes tersebut berlaku ialah pendidikan yang bermutu dan bernilai tidak diberi kepada rakyat dan seterusnya menyebabkan mereka kekurangan sesuatu pendidikan mengenai cara untuk menjadi seseorang yang bermoral dan bersopan santun.Sehubungan dengan itu, mereka mudah melakukan sesuatu yang buruk misalnya membuli kanak-kanak serta membuang kanak-kanak.Selain itu, terdapat seseorang berpendapat bahawa kanak-kanak tidak mempunyai keupayaan untuk menentang atau menghalang diri daripada sesuatu pembulian ,jadi mereka yang tidak berpendidikan ini akan mengambil kesempatan untuk membuli mereka di samping melepaskan geram mereka waktu kerja atau tekanan dalam kehidupan mereka.Pendidikan seks yang tidak sempurana yang dibekalkan kepada remaja mudah mengelirukan fikiran mereka .Mereka mudah terpengaruhi oleh maklumat seks yang tidak sempurna itu dan keinginan tahu mereka terhadap sesuatu seks telah menyebabkan mereka memperolehi sesuatu maklumat seks dengan cara yang tidak sesuai dan salah . Hal ini boleh menyebabkan mereka mudah menjalankan hubungan seks sebelum perkahwinan .Justerusnya berlakulah kes-kes pembuangan kanak-kanak atau bayi yang disebabkan mereka yang tidak mempunyai keupayaan untuk membesarkan kanak-kanak mereka.Terdapat juga sesetengah suami isteri yang tidak membuat perancangan mereka sebelum melahirkan anak mereka, apabila mereka telah melahirkan anak mereka tanpa perancangan dan tidak berupaya untuk membesarkannya pada masa itu , mereka akan membuangkan anak mereka di mana-mana tempat yang mereka tidak dapat jumpa .Perbuatan ini adalah sangat dosa dan perlu dibanteraskan .Demi mengatasi masalah tersebut terdapat beberapa tindakan yang boleh diambil oleh pihak tertentu untuk menangani masalah tersebut .Antaranya, pihak kerajaan boleh mengadakan kempen mengenai kanak-kanak untuk menyedarkan mereka yang menjalankan pembulian dan pembuangan terhadap kanak-kanak.Di samping itu , pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam mendidik remaja mengenai pendidikan seks agar mereka tidak berasa tergeliru dan dapat mengelakkan mereka daripada melakukan hubungan seks sebelum perkahwinan mereka. Bantuan kaunseling juga perlu diberi kepada ibu bapa yang sering melakukan keganasan terhadap anak mereka .Melalui kaunseling .mereka dapat mengetahui betapa banyaknya luka dan tekanan yang akan dihadapi oleh kanak mereka apabila mereka melakukan pembulian terhadap anak mereka . Pembulian itu menyakitkan bukan disebabkan oleh kesan-kesan luka atau lebam, tetapi disebabkan oleh kesan emosi. Ditumbuk, ditendang, dibelasah atau dilanggar boleh meninggalkan kesan fizikal. Usikan dan penyisihan walaubagaimanapun boleh menyebabkan kesan emosi yang mungkin tidak akan sembuh.Hal ini akan meninggalkan kesan negatif atau bayangan dalam kehidupan kanak-kanak mereka dan menyebabkan mereka suka mengurung diri dan tidak mahu bergaul dengan sosial.Oleh itu, ibu bapa mudah bersimpati terhadap kanak mereka apabila telah dikaunselor dan memberi kasih sayang yang cukup kepada mereka.Dengan adanya tindakan di atas ,saya percaya kes-kes pembulian dan pembuangan kanak-kanak dapat dibanteraskan dengan sempurna dan cepat dan tragedi yang menyakitkan hati juga tidak akan berlaku.
NCH CHEAN- Posts : 39
Join date : 2008-01-15
Pendidikan seks teratur boleh atasi masalah bunuh,buang bayi
SETIAP agama di dunia mengutuk perbuatan membunuh dan membuang bayi. Islam mengutuk keras perbuatan keji dan hina itu. Khalifah kedua Islam, Saidina Umar yang menanam anak perempuannya hidup-hidup ketika zaman jahiliah, pernah menangis kerana menyesali perbuatannya.
Punca lain yang menjadikan manusia bersifat binatang adalah kerana terpengaruh dengan budaya tidak sihat seperti seks bebas dan pengaruh bahan lucah.
Mengambil beberapa kejadian, baru-baru ini, mayat bayi dicampakkan ke dalam tong sampah di kawasan Sentul, Kuala Lumpur. Siasatan polis mengesyaki pembunuh bayi itu adalah ibunya sendiri yang bekerja sebagai pembantu rumah.
Sementara itu, seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dipercayai dijerut dengan tali seluar oleh ibunya sehingga mati. Mayat bayi itu dijumpai dalam keadaan menyayat hati dalam tangki air di Taman Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Punca kes pembuangan bayi disebabkan kurang pengetahuan dan didikan agama sehingga sanggup melakukan perbuatan zina. Akibatnya, bagi menutup malu kesalahan itu, ada segelintir pasangan yang sanggup memakan pil tertentu bagi tujuan pengguguran bayi dan ada juga yang membiarkannya sehingga beranak dan terus membunuh bayi yang tidak berdosa itu. Ada juga yang meninggalkan bayi itu dengan ucapan 'tolong kebumikan mayat ini.' Manusia jenis apakah yang sanggup melakukan perbuatan itu?
Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan, Dr Narimah Awin, berkata pendidikan seksualiti teratur, formal dan sesuai dengan konteks negara adalah langkah penting dalam membanteras salah laku seks.
Kajian di Sweden dan beberapa negara lain menunjukkan pendidikan seks berjaya menurunkan kadar pengguguran bayi dan remaja di negara itu yang memulakan aktiviti seksual pada umur yang lebih matang berbanding sebelumnya.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr Ismail Ibrahim, berkata pendidikan agama tidak boleh ditinggalkan dalam usaha mengatasi masalah sosial di kalangan remaja.
Parlimen Agama-Agama Dunia di Chicago pada 1998 juga memperakui empat pokok permasalahan keruntuhan dan pelanggaran etika yang berleluasa dalam masyarakat, iaitu membunuh, mencuri berdusta dan melakukan kesalahan seks tidak wajar dilakukan dan patut dijauhi sama sekali agar dapat merealisasikan masyarakat yang sejahtera,
Penguatkuasaan undang-undang memainkan tanggungjawab penting. Mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan iaitu cuba membunuh dan Seksyen 317 Kanun Keseksaan, iaitu membuang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun mesti dikuatkuasa dengan lebih jitu agar perkara ini tidak berulang pada masa depan.
Bagi membendung masalah pembuangan bayi sehingga mengakibatkan kematian adalah kembali kepada ajaran Islam.
Remaja mesti menjauhi pergaulan bebas dan bahan lucah yang boleh merangsang salah laku seks atau mengandung tanpa nikah yang berakhir dengan pembuangan bayi.
ZULZAIDI MAHMOD,
Akademik Pengajian Islam
Universiti Malaya.
(Sumber:Dipetik daripada Berita Harian, Seksyen Surat, 29 Februari 2008)

urm.. saya juga berpendapat serupa dengan kakak JenniFlower dan kakak Chean Hui bahawa pendidikan seks di sekolah harus dijalankan kerana cara inilah yang terbaik untuk remmaja-remaja kalian supaya mereka tidak melakukan perlakuan seks sesuka hati tanpa berfikir tentang masa depan mereka.. Walaubagaimanapun, kebanyakan orang termasuk adik, berasa bahawa pendidikan seks ini haruslah dijalankan di dalam keluarga sebelum pendidikan seks dijalankan di sekolah. Akan tetapi, kebanyakan ibu bapa berasa malu untuk mengajar pendidikan seks kepada anak-anak mereka. Jadi, pendidikan seks haruslah dijalankan di sekolah sedangkan kebanyakan ibu bapa tidak mengajar anak-anak mereka tentang seks. Tapi, adakah guru-guru di sekolah tidak berasa malu semasa mengajar pendidikan seks? terutamanya apabila murid-murid bertanya soalan tentang seks. Selain itu, pendidikan seks masih tidak umum di masyarakat timur kerana masyarakat timur adalah agak bersifat 'tutup'. mereka masih berfikir bahawa pendidikan seks tidak perlu diajar oleh mereka dan anak-anak mereka akan tahu tentang seks secara automatik. Inilah yang menjadi halangan pendidikan seks di sekolah.
Selain itu, Subjek yang diajar kepada murid-murid adalah agak banyak dan subjek-subjek ini telah memenuhi jadual perbelajaran pelajar. Jika Pendidikan Seks diajarkan dan diwajibkan di semua sekolah, sekolah akan terpaksa mengurangkan masa untuk masa perbelajaran subjek lain dan ini mungkin akan menyebabkan pelajar-pelajar tidak begitu faham tentang sesuatu subjek sedangkan subjek itu tidak mempunyai masa yang cukup untuk diajar oleh guru kerana kebanyakan guru terpaksa mengajar dengan cepat kerana takut tidak dapat menghabiskan sillabus. Saya berasa pendidikan seks haruslah ditambahkan lagi dalam sesuatu subjek seperti pendidikan jasmani atau biologi dan bahagian tentang pendidikan seks ini haruslah dipentingkan seperti pendidikan seks seakan-akan adalah satu topik yang besar.
Tentang masalah pembulian, ini dapat memaparkan bahawa pendidikan moral di kalangan murid adalah tidak cukup sempurna kerana pengajaran moral di sekolah menengah kini adalah mementingkan penghafalan sahaja. Pelajar-pelajar dihendaki menghafal tentang definisi semua nilai yang terdapat dalam sillabus untuk menjawabkan soalan di SPM. Pelajar-pelajar tidak dapat memahami maksub nilai moral dengan lebih baik dan tidak melaksanakan nilai yang dipelajari oleh mereka.. Oleh itu, saya berasa pendidikan moral di sekolah menengah haruslah menukarkan cara penilaiannya. (adakah saya sentuh perkara yang sensitif? )
Selain itu, Subjek yang diajar kepada murid-murid adalah agak banyak dan subjek-subjek ini telah memenuhi jadual perbelajaran pelajar. Jika Pendidikan Seks diajarkan dan diwajibkan di semua sekolah, sekolah akan terpaksa mengurangkan masa untuk masa perbelajaran subjek lain dan ini mungkin akan menyebabkan pelajar-pelajar tidak begitu faham tentang sesuatu subjek sedangkan subjek itu tidak mempunyai masa yang cukup untuk diajar oleh guru kerana kebanyakan guru terpaksa mengajar dengan cepat kerana takut tidak dapat menghabiskan sillabus. Saya berasa pendidikan seks haruslah ditambahkan lagi dalam sesuatu subjek seperti pendidikan jasmani atau biologi dan bahagian tentang pendidikan seks ini haruslah dipentingkan seperti pendidikan seks seakan-akan adalah satu topik yang besar.
Tentang masalah pembulian, ini dapat memaparkan bahawa pendidikan moral di kalangan murid adalah tidak cukup sempurna kerana pengajaran moral di sekolah menengah kini adalah mementingkan penghafalan sahaja. Pelajar-pelajar dihendaki menghafal tentang definisi semua nilai yang terdapat dalam sillabus untuk menjawabkan soalan di SPM. Pelajar-pelajar tidak dapat memahami maksub nilai moral dengan lebih baik dan tidak melaksanakan nilai yang dipelajari oleh mereka.. Oleh itu, saya berasa pendidikan moral di sekolah menengah haruslah menukarkan cara penilaiannya. (adakah saya sentuh perkara yang sensitif? )
vinclam1314- Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx
Re: Pembulian dan pembuangan kanak-kanak
Adakah manusia semakin kejam dan tidak perikemanusiaan???Apakah yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini???Adakah pendidikan tidak dapat menghentikan perbuatan manusia yang tidak perikemanusiaan lagi???Berikan pandangan anda.
Pada pendapat saya, manusia kini bukanlah semakin kejam dan tidak perokemanusiaan,kerana terdapatnya terlalu banyak gangguan emosi dan tekanan dalam kehidupan di dunia ini. kos-kos kehidupan yang menampung tinggi, peluang-peluang perkerjaan susah direbut,dan sebagainya.Mereka tidak dapat menguruskan tekanan sendiri, emosi mula tidak dapat ditangani lagi. Akhirnya,kanak-kanak menjadi mangsa bagi mengurangkan tekanan mereka.
Pada pendapat saya, adalah perlu menganut agama, seperti Buddha, Islam, katolik dan sebagainya. Fungsi agama boleh membantu dalam pendirian emosi seseorang, serta meredakan tekanan yang ada pada kita.
Pendirian yang sihat adalah dapat menpengaruhi kelakuan seseorang.
Adakah pendidikan membantu dalam menghentikan perbuatan manusia? pada pendapat saya, adalah tergantung tujuan menerima pendidikan. Tujuan yang sekadar mendapat keputusan yang baik adalah sudah tentu tiada fungsinya menghentikan perbuatan-perbuatan manusia ini.
Ini hanyalah pendapat saya sahaja,minta maaf jika menyinggung perasaan anda.

pohblg- Posts : 31
Join date : 2008-02-20
Re: Pembulian dan pembuangan kanak-kanak
Masalah pembulian dan pembuangan kanak-kanak merupakan masalah yang hangat diperkatakan di Malaysia dalam beberapa waktu kebelakangan ini.Ini adalah tidak disebabkan oleh manusia kini yang semakim kejam!Malah itu,masalah ini adalah berpunca daripada masalah kewangan dan sosial yang dihadapi oleh ramai ibubapa atau penjaga yang menyebabkan mereka mengalami tekanan jiwa.Perselisihan faham dalam rumahtangga yang sering berlaku di antara suami isterijuga merupakan salah satu punca masalah pembulian dan pembuangan kanak-kanak.Anak yang selalu dijadikan mangsa dan tempat melepaskan geram.Selain itu,masalah itu juga berpunca daripada penceraian di antara suami dan isteri.Jika masalah itu tidak diambil tindakan,masalah ini akan berleluasa dan banyak mendatangkan kesan fizikal dan kesan mental terhadap kanak-kanak.Cara-cara yang dapat mengatasi masalah itu adalah mereka yang bertanggungjawab di ataspembulian dan pembuangan kanak-kanak mestilah dibawa ke muka pengadilan untuk dibicara dan dihukum setimpal dengan perbuatan yang mereka lakukan.Kerajaan juga harus memainkan peranan yang penting dalam menjalan kempen untuk menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kesan-kesan pembulian dan pembuangan kanak-kanak.Ini dapat dilakukan melalui forum,ceramah,risilah dan sebagainnya.Ibu bapa juga haruslah memberikan kasih sayang dan penjagaan yang baik kepada kanak-kanak.Media massa juga harus memberi liputan yang meluas tentang sebarang masalah pembulian dan pembuangan kanak-kanak.
Ang3laWong- Posts : 36
Join date : 2008-01-11
Similar topics
» Kanak-kanak warga asing tanpa dokumen pengenalan turut dapat
» HARI KANAK-KANAK SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2009
» Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour)
» Kanak-kanak empat tahun cedera terkena tembakan
» Masalah Obesiti dalam Kalangan Kanak-kanak

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum